Chapter 38

2.2K 64 9
                                    

Sudah dua hari Ilham demam dan batuk. Batuknya semakin teruk. Danish yang duduk disebelah Ilham membetulkan baju sejuk Ilham.

Mukanya pucat kerana demam. Danish mengusap belakang Ilham yang dari tadi tidak henti batuk. Risau dia dibuatnya.

Sebelum Asyraf pergi kerja, dia telah memeriksa keadaan Ilham. Jika keadaan Ilham tidak baik lagi, dia terpaksa bawa Ilham ke hospital.

"Abang dah banyak kali cakap dekat adik, Adik tak boleh penat sangat. Sekarang siapa yang susah abang juga yang susah" tegur Danish dengan tegas. Dia masih mengosok belakang Ilham.

"Adik lupa. Maaf bang" ucap Ilham lemah.

Entah kenapa dia terasa sesak nafas. Harap-harap dia tak kena serang asma. Ilham terlupa nak beritahu yang Inhaler dia dah habis.

"adik makan ubat lepas makan bubur. Mummy masih kat bawah jaga Kak Ana. Nanti dia tengokkan Ilham." Beritahu Danish perlahan.

"Abang dada adik sakit" ujarnya lemah lalu mengenggam dadanya dengan erat.

Nafasnya terasa sesak. Danish mula cemas. Dia lupa yang Ilham mudah kena serang asma jika demam panas.

"Adik okay tak?" tanya dia risau.

Ilham mengelengkan kepalanya. Dia tidak terdaya untuk berkata-kata. Dia sukar bernafas

"Mana inhaler adik."

"ha..bis" jawab Ilham payah. Bahunya sudah naik turun kerana sesak nafas.

Terbutang mata Danish mendengarnya.

"Shit"

Danish mencempung badan Ilham lalu menurun anak tangga. Terkejut mereka (Allisya, Ellina, Alyah, Encik Izzudin, Ana dan Putri) memandang muka Danish yang cemas itu. Hati mereka mula risau apabila melihat Danish mendukung Ilham.

"Ya Allah anak aku" Alyah berlari mendapatkan Ilham dan Danish.

"Cepat bawa Ilham masuk ke kereta. Kita pergi Hospital sekarang!" ujar Encik Izzudin risau apabila melhat Ilham sudah terkulai di dakapan Danish. Bibirnya membiru

Danish berlari masuk ke kereta Honda miliknya. Encik Izzudin menghidupkan kereta enjin lalu memandu keluar dari rumahnya itu. dia memandu laju menuju ke hospital.

"Kakak, Sya risaukan adik." Ucap Allisya dengan air mata yang berlinangan. Bukan sekali dia melihat Ilham keadaan begitu tapi sudah banyak kali.

"Dia tak apa-apa ke Kak?" tanya Ellina risau.

Oleh Sebab tu mereka tak pernah menyuruh Ilham membuat kerja berat. Antibodi Ilham sungguh lemah dari kecil lagi dan senang kena serang asma.

Putri memeluk adik kemabarnya itu.

"Syhh... Insya-Allah adik tak apa-apa. Kita banyakkan berdoa untuk adik supaya cepat sembuh."

Alyah sudah menangis melihat muka Ilham yang pucat itu. Danish tak henti membaca doa untuk adiknya itu.

"Ilham perlu kuat demi mummy" ucapnya dengan air mata yang berjurai di pipi.

Dia memeluk erat tubuh kecil Ilham. Ilham mengenggam dadsnya yang sakit itu. Ilham tidak sperti abang-abang dan kakak yang lain yang tinggi. Tubuhnya kecil dan ketinggiannya Cuma 152cm sahaja.

****************

Perlahan-lahan mata Ilham dibuka. Dia memandang sekelilingnya untuk memastikan di mana dia berada. Dia dapat meneka bahawa dia berada di Hospital.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now