Suasana pagi yang indah membuat Haikal dan Maya ingin berkelah di taman bunga Milik Alyah. Seronok melihat telatah anak-anak bermain di rumput.
Haikal yang sedang duduk bersandarkan kerusi roda leka bermain dengan anak-anak yang sibuk memanjat tubuhnya.
"sebut ayah.. Ayah sayang" Haikal mengangkat sedikit tubuh montel Haris sambil menyebut perkataan ayah.
Membulat mata Haris memandang wajah ayahnya sambil ketawa riang. Manakala Haffaz cuba berdiri mengguna tubuh Haikal. Dia mengenggam baju Haikal untuk berdiri
Maya tersenyum bahagia melihat telatah anak-beranak itu lalu mengambil video. Comel.
"Oh ya Sayang, berapa hari lagi tinggal nak puasa?" soal Haikal yang asyik bermain dengan Haffaz dan Haris.
"Minggu depan bang." Balas Maya yang sibuk menyuap Husna roti.
"Tak sangka abang diberi peluang untuk menyambut bulan ramadhan bersama sayang dan anak-anak. Harap abang sempat sambut raya dengan anak-anak."
"Insya-Allah bang. Maya yakin abang akan menyambut raya pertama bersama anak-anak. Husna pun happy dapat raya dengan ayah" Maya sudah mencium pipi montel Husna sehingga anaknya itu ketawa mengekek-ngekek sebab suka.
"Abang harap abang dapat puasa penuh tahun ni. Tahun lepas abang banyak ponteng puasa." Luah Haikal dengan nada hiba.
"Abang bukan ponteng tapi keadaan abang tak mengizinkan abang untuk meneruskan puasa. Tahun ni jangan pula abang berbohong cakap abang okay. Kalau keadaan abang tak mengizinkan, abang terpaksa berbuka. Abang perlu jaga kesihatan. Nanti kita terpaksa raya di hospital. Kasihan anak-anak kita. Raya pertama kat hospital" bebel Maya panjang.
Haikal tersenyum lalu mengangguk. Apa yang dikatakan oleh Maya benar sekali. Dia perlu jaga kesihatan untuk anak-anak.
"Sayang abang nak suap juga. Jealous tengok sayang asyik suap Husna, Haris dan Haffaz je" Haikal sudah memuncungkan bibir tanda merajuk. Maya mengerling kearah Haikal.
"Mengada. Dengan anak-anak pun nak jealous" marah Maya yang menyuap potongan sandwich di mulut Haikal.
Haikal ketawa.
"Okay giliran abang pula suap sayang" Haikal mengambil potongan sanswich di tangan Maya lalu menyuap kemulut Maya.
Maya tersenyum malu. Haikal sentiasa membuat hatinya tercuit dan rasa bahagia.
(This is my last chapter😭😭😭... but that doesnt mean this story already complete😜😝😜😝.. sis sdah mula bz dengan assignment yang berlambak dan kuiz around the corner.hahahahaha.. harap uolls sabar ya..sayonara)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
Lãng mạnSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...