Chapter 3

2.2K 71 7
                                    

~~Tok~~Tok~~~~Tok~~~

Ilham yang sudah bersiap untuk menunaikan solat Tahajud serta baca Al-Quran dengan Haikal lalu mengetuk pintu bilik Haikal. Selepas beberapa kali ketukan masih tiada respons daripada abangnya.

Dia memulas tombol pintu lalu menolaknya perlahan-lahan. Dia dapat melihat Haikal nyenyak tidur di katilnya. Dia tidak terkejut melihat abang Taufiq tidur disebelahnya.

Ilham mendekati mereka lalu mengejutkan mereka berdua untuk bangun.

"Abang Haikal, Abang Taufiq.. bangun. Tahajud. Papa tunggu kat bilik solat." kejut Ilham banyak kali.

"hmmm.... Ilham?" tanya Haikal mamai. Dia tak tahu pukul berapa dia terlena selepas berborak dengan Taufiq.

"Abang bangun.. Bangun tahajud bang. Papa tengah tunggu tu." Ujarnya sekali lagi.

"Tolong bangunkan Abang Taufiq sekali" beritahunya sebelum beredar.

"Baik dik.." balasnya lalu mengejutkan abangnya yang nyenyak tidur.

"Abang bangun.. Papa panggil solat Tahajud."

Taufiq membuka matanya perlahan-lahan

"Ada apa ni Haikal.. Abang penatlah. Nak tidur." ujarnya sebelum menutup matanya semula.

"Abang Fiq.. Papa tunggu kita dua solat Tahajud. Nanti dia marah kita dua sebab lambat." Ujarnya lagi sambil mengelengkan kepalanya. Liat sungguh Taufiq untuk bangun dari tidur macam papa.

Bila dengar nama Encik Izzudin, mata Taufiq terbuka luas.

"Alamak.." ucapnya lalu melompat keluar dari katil Haikal. Dia cepat-cepat masuk ke kamar mandi untuk menyiapkan dirinya.

'tahu takut..' getus hati Haikal.

**************

Usai selesai solat, Haikal mengajar Ilham menghafaz Al-Quran. Kesemua adik-adiknya diajar mengaji oleh Haikal dan Taufiq. Mereka berdua merupakan al-Hafiz.

Mereka gigih mengajar adik-adik mereka menghafaz Al-Quran. Ini semua hasil didikan Alyah dan Encik Izzudin. Haikal mengajar Ilham sehingga subuh menjelma.

Waktu subuh sudah tiba. Kebetulan kesemua anaknya dan menantu berkumpul di rumah agong tersebut membolehkan mereka menunaikan solat subuh bersama.

"Taufiq, Azan." Arah Encik Izzudin. Taufiq berdiri dihadapan lalu melaungkan azan. Taufiq melaungkan azan sungguh merdu sekali.

Setelah selesai, Haikal pula mengambil alih tempat Taufiq sebentar tadi. Dia menjadi iman untuk solat subuh mereka sekeluarga. Haikal membaca potongan ayat suci Al-Quran semasa solat. Suaranya sungguh merdu sekali.

***************

Asyraff melihat Ilham yang termenung jauh di kerusi kayu yang tersedia di luar rumah mereka. Dia melihat Ellina dan Alisya mengejar anak buah mereka.

"Assalamualaikum" sapa Asyraff lalu duduk sebelahnya. Ilham tersentak lalu memandang pemilik suara tersebut.

"Waalaikumsalam abang Raff" balasnya perlahan

"Maaf, Ilham tak sedar abang di sebelah Ilham." Sambungnya semula.

"Termenung jauh nampak. Fikirkan pasal apa?" soal Asyraff.

Ilham mengelengkan kepalanya .

"nothing" jawabnya ringkas.

"Pasti Ilham fikir pasal benda hari tu kan?" duganya. Dia tahu apa yang difikirkan oleh adik bongsunya itu

"Abang tak beritahu dengan mummy kan pasal hari tu?" soal Ilham.

Kalau boleh dia tak mahu perkara ini diketahui oleh Alyah. Pasti mummynya akan membebel kalau dapat tahu dia main bola sepak semalam.

"Belum lagi" beritahunya.

"Abang.." rayu Ilham dengan muka simpati.

"Please dont tell mummy about this. Abangkan pandai simpan rahsia. Abangkan handsome" pujinya untuk melembutkan hati Asyraff.

"Abang hansome ye?" soalnya kepada Ilham sambil mengusap dagunya dengan tangannya.

"Ya betul bang. Abang handsome dari abang Taufiq dan Abang Danish. Patutlah kakak Zulaikha sukakan abang" puji Ilham sambil tersengih.

Asyraff tersenyum mendengar pujian Ilham. Zulaikha merupakan rakan sekerja Asyraff. Mereka berkenalan di hospital tempat Asyraff bekerja. Asyraff dan Zulaikha merupakan doktor pakar jantung dan Zulaikha pula Doktor sakit puan.

"Walaupun Ilham puji Abang Raff, Abang Danish tetap nak marahkan Ilham" ujar Danish yang tiba-tiba muncul di situ. mukanya amat serius.

~~Gulp~~~

Ilham menundukkan kepalanya apabila melihat susuk badan Danish. Danish merupakan abang yang paling tegas dalam kalangan abang dan kakaknya.

Danish bekerja sebagai polis. Itulah cita-citany dari kecil lagi. sepadan dengan dirinya yang tegas dan mempunyai badan yang tegap.

"Chill lah bro. You make our little brother scare" ujar Asyraff apabila melihat Ilham sudah bermain dengan jari-jemarinya. Dia tak suka melihat Ilham begitu.

"Mana boleh bertenang bang. Kita semua tahu Ilham tidak boleh bermain sukan lasak. Ilham kalau abang tengok Ilham main bola lagi, abang beritahu dekat mummy" ujarnya tegas. Matanya tajam melihat wajah Ilham yang sudah muncung itu.

"Ilham minta maaf. Ilham janji tak buat lagi" ucap Ilham bersungguh-sungguh.

"Janji?" soal Danish sambil memandang tepat wajah Ilham.

"Janji" jawab Ilham sambil mengangkat tangannya seperti orang mahu berikrar.

Danish sudah mula tersenyum lalu mencium kepala adiknya itu.

"You know what dik. Abang akan rahsia benda ni dari mummy" beritahu Asyraff memecahkan keheningan sunyi antara mereka.

"Betul ke ni bang" ujar Ilham teruja. Asyraff Cuma mengangguk. Ilham terus memeluk Asyraff dengan erat sekali.

"Thank you bang" tanpa segan-silu dia mencium pipi Asyraff.

"Ish.. Tak malu cium pipi orang. Laki pula tu.." ujar Danish meluat.

"Suka hati Ilhamlah.. Abang Raff kan abang Ilham." Beritahunya sambil menjelirkan lidahnya.

"Biarkan dia Ilham. Abang Danish tu jealos dengan abang Raff sebab Ilham sayang abang lebih." Sakatnya. Dia melihat Danish sudah memandang tajam kearahnya.

"Ye ke bang.. Abang nak Ilham cium Abang juga" soalnya gembira. Dia suka menyakat abang dia tu. cepat cuak.

"Ish.. Tak payahlah. Abang malas nak melayan kamu dua, lebih baik abang tolong mummy buat kerja daripada layan kamu dua. Makin dilayan makin menjadi. Perangai macam budak-budak" bebel Danish lalu beredar dari situ. Asyraff dan Ilham ketawa terbahak-bahak mengenakan Danish.


Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now