Chapter 9

1.5K 54 0
                                        

"Sampai bila kau nak rahsiakan penyakit kau ni, Haikal?" soal Doktor tersebut.

Dia memandang sayu kearah sahabatnya yang duduk di kerusi tersebut.

"Sampai bila-bila Hazwan" jawab Haikal ringkas.

Haikal tak sampai hati memberitahu mengenai penyakitnya yang semakin lama semakin teruk.

"Lambat laun mereka akan tahu juga." Ujarnya semula.

"aku tak sampai hati tengok muka mummy sedih. Aku tak sampai hati melihat muka bahagia bertukar menjadi duka gara-gara aku. I'm just adoption child" sayu suaranya berkata.

"aku tahu kau tak nak lukakan hati mummy kau, tapi mereka akan syak kalau kau bohong yang kau tidur di rumah kawan tapi sebenarnya tak." Ucap Dr Hazwan.

Tersentak Maya mendengar kata-kata Hazwan tersebut. Haikal tidak tidur di rumah rakannya? Jadi selama ini dia tidur dimana? Soal Maya di hati.

Haikal mengeluh kecil

"Taufiq dah banyak kali call aku. Tapi aku tak angkat sebab takut dia syak something. Hari ini 4 kali dia call aku tanya pasal kau" ujarnya.

"Kau cakap apa?" soal Haikal.

"Aku cakap kau keluar beli makanan"

"Dia percaya tak?" soal Haikal lagi.

"Nasib berpihak pada kau, Haikal. Dia percaya bulat-bulat. Dia nak kau balik rumah hari ni juga." ucap Dr Hazwan.

"Petang nanti aku balik" jawab Haikal.

 Dr Hazwan mula risau.

"Tapi kau masih dalam pemantauan. Keadaan kau tak stabil lagi. Pastikan kau makan ubat ikut dos yang ditetapkan" nasihat Dr Hazwan.

Mereka berdua diam seketika.

Maya yang bersandar di situ hendak melangkah keluar dari situ. dia risau terkantoi curi dengar perbualan mereka. Persoalan yang bermain di minda Maya adalah penyakit apa yang dihidapi oleh Haikal. macam serius.

"Hazwan, can you do a favour for me?" tanya Haikal setelah lama berdiam diri.

Langkah Maya berhenti apabila mendengar permintaan Haikal. Permintaan apa tu? Getus hatinya.

Dia kembali bersandar pada dinding

"Apa dia Haikal?" soal Dr Hazwan pelik.

"Cari aku isteri" ucapnya perlahan dan bersahaja.

Terlopong mulut Maya mendengarnya.

"What!" jerit Dr Hazwan terkejut.

"Are you lost your mind?!" ucapnya tak percaya.

Haikal mengangguk kepalanya

"Yes! Itu cara yang terbaik untuk keluar dari rumah tu and masalah akan selesai" jawabnya serius.

 Maya tak pernah lihat muka dan ton suara serius Haikal.

"Kau nak saya cari calon isteri macam mana?"

"Mana-mana yang membolehkan aku keluar dari rumah mummy. Nanti aku upah dia menjadi isteri sementara sampai aku mati" ucap Haikal.

Bula mata Dr Hazwan memandang shabatnya itu

"Ini kerja gila Haikal. Ada ke orang nak dengan permintaan kau ni." duga Dr Hazwan

"maybe 50-50" ucapnya bersahaja.

"why 50-50?"

"Hazwan, duit boleh butakan manusia. Jika mereka terima duit yang aku bagi, mereka akan terima permintaan aku. Aku yakin yang mereka tak akan jatuh cinta dengan aku. Siapalah yang suka dengan orang dah nak mati ni" ucapnya Selamba.

"Haikal!" marah Dr Hazwan

'mati? Haikal sakit apa? This cant be happening ' getus hati Maya risau.

"kau seorang doktor pakar dalam bidang barah Hazwan. kau tahu barah aku ni dapat meragut nyawa aku" lirih Haikal.

Dia masih belum terima hakikat bahawa dia penghidap barah walaupun sudah 5 bulan dia hidapi. Dia harus sembunyikan perkara ini dari pengetahuan sesiapa.

"Tapi kita boleh berusaha menyembuhkan kau dari penyakit tu" pujuk Dr Hazwan.

Haikal tersenyum tawar dan mengelengkan kepalanya.

"Bukan menyembuhkan tapi melambatkan proses dia merebak" ucapnya perlahan

Dr Hazwan terdiam.

"Walaupun kau akan kahwin. Sudah pasti family kau akan lawat awak lebih-lebih lagi Taufiq. Dia so overprotective about you"

"Make him hate me" luahnya lemah.

Dr Hazwan ketawa sinis. Dia kenal sungguh dengan perangai Taufiq yang lebihkan keluarganya dari segalanya. Complex brothers.

"Impossible Haikal. Awak dah lama hidup dengan dia for 29 years! Macam mana kau nak suruh dia bencikan kau? sedangkan kamu dua tak pernah bergaduh langsung dalam hidup korang" ucapnya bersungguh-sungguh. Ada juga mereka bergaduh tapi sekejap.

Maya menjenggukkan sedikit kepalanya keluar. Dia dapat melihat Haikal meraup rambutnya ke atas. tiba-tiba dia terasa sedih mendengar luahan Haikal.

Tanpa diduga, dia berdiri dari kerusi lalu menoleh kearah sahabatnya itu. Serentak dengan itu mata mereka kini bertembung. Reaksi muka Haikal amat terkejut apabilah melihat muka maya. Bulat matanya memandang kearah Maya.

Alamak!!~~~     

Tunggu Di Pintu SyurgaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang