Chapter76

2.2K 56 0
                                        


Encik Izzudin mengusap kepala Haikal penuh kasih. Tangan Haikal memeluk pinggang Encik Izzudin. Kepalanya pula disandar di dada bidang papanya.

Encik Izzudin melayan saja perangai manja Haikal itu.

Tiba-tiba Alyah muncul di pinti bilik Haikal. Dia tersenyum melihat karenah dua beranak itu. kakinya melangkah kearah Encik Izzudin dan Haikal lalu duduk di sebelah Encik Izzudin.

Sejak dua menjak ni, perangai Haikal sangat manja dengan mereka berdua. Setiap malam, semua ahli keluarga akan meluangkan masa bersama dan melayan karenah anak-anak Ana dan Putri yang suka mengacau triplet itu

Namun malam ini amat berbeza dari hari-hari sebelumnya kerana Haikal Cuma ingin meluangkan masa bersama Alyah dan Encik Izzudin dan berbual dengannya.

"Kenapa malam ni nak bermanja dengan mummy dan papa hmm? Dah ada anak pun masih nak bermanja dengan mummy dan papa" ujar Alyah.

Encik Izzudin dan Alyah tersenyum melihat gelagat Haikal yang tiba-tiba memeluk mereka berdua. Manja.

"Lama Haikal tak bermanja dengan papa dan mummy sorang-sorang. Selalu kongsi dengan adik-adik dan yang lain. Malam ini apa salahnya Haikal manja dengan mummy dan papa" ujarnya perlahan.

"Mummy nak peluk" beritahu Haikal sambil tersengih.

Alyah mengelengkan kepalanya.

Namun dia turuti saja permintaan Haikal. dia memeluk tubuh Haikal manakala tangan sasa Encik Izzudin mendakap tubuh Haikal dan Alyah. Memandang tubuhnya kurus Haikal diantara Alyah dan Encik Izzudin.

Haikal tersenyum bahagia.

Ini yang dia inginkan selama ini, dipeluk oleh kedua-dua orang tuanya.

"mummy, papa terima kasih jaga Haikal selama ini. Haikal sayang mummy dan papa" luah Haikal.

Encik Izzudin dan Alyah saling berpandangan.

"Terima kasih kerana menjadi anak papa dan mummy. Papa bahagia dapat anak macam Haikal. Papa sayang Haikal juga" ucap Encik Izzudin lalu mengucup dahi Haikal.

"Mummy sayangkan Haikal juga" ucap Alyah pula.

Haikal tersenyum bahagia.

"Mana aci! Kami pun sayangkan Haikal" ujar Allisya, Ellina dan Ilham serentak dengan nada tak puas hati.

Ellina sudah mencekak pinggang dan memuncungkan mulutnya. Ellina dan Ilham mencekak pinngang. Bulat mata mereka memandang Alyah dan Encik Izzudin.

Mereka tertawa.

Encik Izzudin memeluk tubuh Haikal.

"Haikal sayang papa sorang je" beritahu Encik Izzudin sambil menjongketkan keningnya kearah anak-anaknya itu.

Membulat mata mereka memandang Encik Izzudin lalau berlari mendekati mereka. Allisya, Ellina dan Ilham memeluk Haikal yang sudah didakapan Alyah dan Encik Izzudin.

Allisya memeluk tubuh Encik Izzudin, Ellina pula memeluk bahu Alyah manakala Ilham memeluk belakang Encik Izzuddin.

Mereka sudah tergelak lucu.

Ana dan Putri yang yang sedang mendukung Haris dan Husna tersenyum melihat gelagat mereka. Maya masih menidurkan Haffaz di ruang tamu.

"Kakak dan Ana nak join sekali ke?" tanya Allisya dengan sisa tawanya.

Ana dan Putri mengelengkan kepala mereka. Malas nak melayan karenah adik-adik mereka itu. mereka meletakkan Husna dan Haris di katil bayi.

"Patutlah tak nak spend dengan kami, rupanya dan bermanja dengan papa dan mummy rupanya" ujar Asyraff yang muncul di kamar Haikal disusuli dengan Taufiq dan Daniash dibelakangnya.

Tunggu Di Pintu SyurgaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang