"Okay, we are here. Ini resort kawan I. Makanan di restoran dia memang sedap. Jom."
"Mom, ini kan resort, kita nak makan bukan nak cari tempat penginapan."
Aubery mula merasa meluat dengan rancangan makan malam Stella.
"You tak dengar ke I cakap, di dalam ni ada restoran yang makanannya sedap? Bre, behave yourself, please? Kita nak makan kan, or kalau you nak tidur, you carilah bilik dulu. Lagipun I nak kenalkan Rhea dengan kawan I tu."
"Elle, aku ingat kita datang ke sini nak makan." Rhea mencelah.
"Memanglah kita nak makan, tapi..."
"Ladies, aku dah lapar tahap nak kebulur ni. Kita delay perbincangan ni dulu, boleh? Stella, lead the way. And please, no more drama. If you have, save it for tomorrow."
"You wish brother." Conrad menggeleng kecil. Apalah nasib tersepit di antara dua orang wanita yang sama-sama pandai berdrama.
"Thank you, Conrad." Bre melemparkan kata-kata sindiran buat Stella. Rhea tertawa dengan situasi itu.
"Kelakar ke?" Mark akhirnya bersuara.
"Kelakarlah, kan? I mean, come on, aku dah lama tinggal sorang-sorang di luar negara. Sekarang ni baru dapat merasa situasi macam ni, if you know what I mean. Its nice to have a family."
Mereka berpandangan sesama sendiri, tidak menyangka Rhea masih berfikiran seperti itu.
"Jom, I dah book section ni, khas untuk kita chit chat sampai bosan. Duduklah, sekejap lagi waiter akan datang ambil pesanan."
Rhea terkagum dengan suasana restoran yang dihias ringkas tapi nampak mewah itu.
"Sejak bila kau suka tempat macam ni, Elle?" Conrad bersuara.
"Actually, I pernah menginap di sini sekali sebab penat sangat. You ingat masa I ada seminar di KK hari tu?"
"Iya, so?"
"Sejak tu, I selalu datang ke sini. Makan. Makanan dia memang sedap, I promise."
"So, apa plan you lepas ni?" Bre bertanya.
"Kerjalah kot? Your mom dah bagi aku kerja, so tiada masa untuk aku bercutilah."
Stella menggeleng kecil.
"Its not like that, Rhea. You boleh mula kerja bila-bila masa je you suka. That place can wait you, of course I nak you berehat dulu, sesuaikan diri dengan keadaan. Lepas tu, you boleh mula kerja."
"Really? Actually I bukan nak ke mana-mana pun. Nak susun barang je."
"Oh ya.. barang you yang boleh memenuhkan sebuah banglo tu?" Rhea ketawa lagi bila Bre menyebut tentang barang-barangnya.
"How do you know?"
"Ugh.. I yang sign resit penerimaan dari kargo. Seriously Rhea, kenapa you tak tinggalkan je barang-barang tu di sana?"
"Bre, aku sayangkan setiap barang yang dah jadi milik aku. Kalau rumah tu tak cukup ruang untuk barang-barang aku, aku boleh cari rumah lain."
"Buat apa nak cari rumah lain, rumah tu bukannya ada orang yang tinggal pun. Setakat barang kau tu tak sampai separuh rumah tu." Stella mencelah.
"Abang tinggal di mana?"
"Aku ada rumah di Tanjung Aru."
"Bre, how about you? Mark?"
"I ada apartment I sendiri. Mark je yang tinggal dengan mom I di rumah kami."
"So, aku kena tinggal sorang-sorang lagilah?" Rhea separuh mengeluh.
YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...