Serah terpaku di hadapan skrin telefonnya. Jai membuat panggilan dari lapangan terbang.
"Are you serious? Jai, kau serius ke kau berada di airport ni?"
"Iya lah. Mak bapa kau di mana?"
"Di kilang. Oh god, aku macam tak percaya."
"Kau nak ambil aku atau tidak? Sejuk ni."
Serah ketawa kemudian meminta maaf.
"Okay, wait for me. Aku datang sekarang."
"See you bunny."
"Right."
Serah memutuskan talian. Dia melompat turun dari katil kemudian berlari menuju ke bilik Anna. Dia mengetuk pintu bertalu-talu sebelum pintu terkuak. Anna muncul sambil menguap panjang.
"Ada apa kak? I nak tidur okay."
"Kunci. Kunci kereta. Aku nak pinjam kereta."
"Laa.. gelabahnya. Nak pinjam kunci je, ingatkan ada pencuri masuk. Ketuk pintu orang macam nak roboh dibuatnya."
"Cepatlah." Anna berlalu dan kembali semula sambil menghulurkan kunci keretanya kepada Serah.
"Thank you, dik. Love you, bye!"
"Gembira sangat, siapa yang datang."
"Jai!" Anna menutup pintu namun secepat itu juga dia membukanya semula.
"Kau cakap apa tadi? Jai?"
"Iya Anna. Jai. Jai datang."
Anna berlari masuk ke dalam bilik Serah yang terbuka.
"Are you serious?"
"Kau nampak aku macam bergurau? Dia ada di airport. Aku nak pergi ambil dia la ni. Kau jaga rumah kejap, okay? Kau nak pesan apa-apa tak?"
"Burger king. And Shea?"
"Ya?"
"Tell him you love him."
Serah kaku sebentar namun cepat-cepat dia mengukir senyuman.
"Not now, Anna."
"But..."
"No but. Aku pergi dulu. See you later."
"Drive elok-elok kak. Kau tu kalau dah pegang stereng kereta, asyik berangan berada di litar lumba."
"I will try."
"Shea, I am serious."
"I know."
Anna menggeleng kecil selepas pintu tertutup. Dia menguap sekali lagi. Rambutnya yang berserabut diraba kemudian dia melangkah longlai ke arah sofa. Niat hati hendak membuta sampai ke malam, tapi kedatangan Jai membubarkan segala rasa mengantuknya.
"Such a killjoy."
Anna mengukir senyuman kemudian berlari naik ke biliknya. Its shower time!
* * *
Jai mengangkat tangan ke arah Serah. Gadis itu pula tersenyum lebar sambil melangkah ke arahnya.
"Apa khabar?" Jai berbasa basi.
Ha ha ha
Serah tidak dapat menahan tawanya. Jai menjinjing bagasinya menuju ke kereta.
"No, big man, biar aku drive. Kau tu bukan selalu berada di sini. Lagipun kau tu pelancong, duduk diam-diam di kerusi kau tu dan pakai seat belt."
Jai menggeleng kecil. Dia hampir terlupa bagaimana gilanya Serah dek jarak mereka yang terlalu jauh.
"So, aku nak tanya juga, biar pun kita belum sampai di rumah. Kau datang ni ada apa berita? Abang kau nak kahwin?"

ANDA SEDANG MEMBACA
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...