Drake melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Hujan lebat sejak sejam tadi masih belum ada tanda-tanda hendak teduh.
Apalah yang akan berlaku selepas ini? Lain yang diharapkannya, lain pula yang jadi.
Conrad dan Rhea sudah mati. Lebih tepat lagi mati dibunuh. Siapa yang tergamak sangat melakukan perkara terkutuk itu terhadap Conrad dan Rhea?
Stella selamat pula dari ancaman bahaya. Atau mungkin sebab status Stella sebagai anak tiri Don Gavin menyelamatkan wanita itu dari menjadi mangsa penjahat. Tapi yang kelakarnya, Stella yang membesar di dalam keluarga Gavin tidak mendapat sesen pun dari harta peninggalan bapa tirinya itu.
Rhea mesti dapat mengagak sesuatu yang buruk pasti akan berlaku terhadap dirinya, sama seperti Conrad. Sebab itu lah dia mewasiatkan MG Empire kepada ADS Corp. Sebuah perusahaan korporat yang punya pengaruh di seluruh Asia. Aditiya Seth adalah orang yang bukan boleh dibuat sembarangan. Maka tidak hairanlah jika Rhea lebih mempercayai rakan lama mendiang bapanya itu daripada Stella, kakak tirinya.
Drake mengeluh panjang. Apa yang harus dia lakukan? Dia datang ke mari semata-mata hendak bertemu dengan Rhea dan Conrad, tapi semuanya lebur.
Dia mencapai telefon namun belum sempat dia mendial, telefon itu sudah berdering terlebih dahulu.
"Stella? Apa yang di nak?"
Drake meletakkan gelas yang dipegangnya sambil menyambut panggilan tersebut.
"Hello, Stella? Nak berjumpa dengan saya? Okay, boleh."
Drake mengeluh perlahan. Sejujurnya, dia tidak ada apa-apa yang hendak dikatakan kepada Stella. Di dalam kehampaannya, Drake bersiap-siap untuk keluar bertemu dengan anak tiri Don Gavin itu.
* * *
Mark membetulkan topi yang dipakainya. Di belakangnya sekarang ini, Stella sedang berbual rancak dengan Drake Ivanshov. Entah mengapa dia mengambil keputusan untuk menjadi stalker, gara-gara jantan seorang inilah.
"Aku dapat jemputan ke majlis pertunangan anak lelaki Aditiya Seth. Kalau aku bawa kau sekali, kau nak tak?"
"Eh.. mana boleh. Yang dapat undangan itu kau, bukan aku. Lepas tu, kau nak perkenalkan aku ni sebagai apa? Adik tiri kau yang baru sekarang muncul? Usahlah Stella, buat malu saja. Kau bawa sajalah Mark, tak pun PA kau tu."
"Susah la kau ni. Mark tu tak perlu aku bawa. Jai mesti dah cakap awal-awal dengan dia. Kau tak nak berjumpa dengan Aditiya ke? Siapa tahu dia boleh tolong kau dapatkan semula harta peninggalan papa."
Drake tertawa hambar.
"So, kau nak jumpa aku ni sebab kau nak hasut aku untuk merampas harta Aditiya Seth? I mean, really Stella? Kau rasa kau dapat ke menentang seorang yang berpengaruh besar macam Aditiya tu? Lagipun harta mana lagi yang kau cakap ni?"
Stella merengus kencang. Buat-buat bodoh pula dia.
"Kau dengar sini, Drake. Kalau betul kau ni anak Don Gavin, kau mesti rasa kesal, sebab apa yang telah berlaku. Walaupun sedikit mesti ada. Kau jangan nak tipu aku."
Drake mengangguk kecil. Muka Stella dipandang sekilas kemudian dia mengeluh panjang.
"Semuanya tidak berguna lagi, Stella. Mak aku pun dah mati. Conrad dan Rhea pun sama. Apa yang dah berlaku tu usahlah diungkit lagi. Kedatangan aku ke sini ikhlas nak berjumpa dengan korang tapi, tu la, nasib tak menyebelahi aku kan. Nak buat macam mana lagi."
"Payah betul la nak bercakap dengan kau ni. Tak sekarang ni, aku tanya kau betul-betul. Kau pasti ke kau ni anak kandung Don Gavin?"
"Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi, Stella. Itulah kebenaran yang aku tahu sejak aku mula mengerti tentang dunia ini. Tapi keluarga mak aku yang tak beri aku mencari ahli keluarga Don Gavin. Sampai satu tahap, aku nekad dan sekarang aku dah sampai ke sini."
YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...