30

44 4 0
                                    

3 bulan kemudian

"Mama! Mama! Kakak dah sampai." Ira bergegas membukakan pintu. Anak gadisnya yang seorang lagi akhirnya kembali ke rumah setelah mengikuti kursus keusahawanan selama sebulan di sebuah kolej komuniti yang terletak di ibu kota.

"Shea! You're home!" Anna melompat ke dalam pelukan kakaknya itu. Serah tertawa girang. Dia membawa Anna berpusing-pusing di ruang tamu sambil bergelak ketawa.

"Anna, bagi kakak kau berehat dulu." Ira datang menghampiri sambil membawa jus oren kegemaran Serah.

"Mama, I miss you so much." Serah melepaskan Anna dan beralih memeluk ibunya itu.

"Mama pun rindu juga. Kamu apa khabar nak?"

"Saya sihat ma. Papa mana?"

"Tak balik lagi. Sibuk sangat di kilang tu. Banyak benda kena siapkan. Launching day tak lama lagi, Shea. Sebulan je lagi."

"Sempat siap la ma, saya kan dah balik. Anyway, ada apa-apa pesanan untuk saya tak, sepanjang saya tak ada di rumah?"

"Oh banyak kak. Salah satunya, pak cik bujang terlajak di sebelah rumah tu kirim salam."

"No way. Bukan dia tu boyfriend you ke?"

Anna menarik muka masam.

"Oh come on Anna. Kau tu dah sembilanbelas tahun, buat-buat malu pula. You are allowed to have a boyfriend, one boyfriend, but no sex."

"I don't need a boyfriend. I need a vacation and freedom."

"Freedom my ass. Siang malam berparty lagi mahukan freedom. Lain la kalau kau kena kurung, betul tak ma?"

"Tak usah layankan sangat budak tu Shea. Kau tahu apa dia nak lepas dia graduate nanti?"

"Apa?" Anna mula tidak keruan apabila menjadi bahan bualan di antara ibu dan kakaknya itu.

"New car."

"What? Seriously? You nak buat apa dengan kereta baru? Habis tu kereta you sekarang tu nak letak mana?"

"Bagi akak gunalah. Tak kan la selama-lama nak menumpang dengan mama dan papa. We are hot girls, Shea. We need our own ride."

"Hot la sangat. Kau ingat kau ni kopi o panas, hot kau cakap? Tak ada maknanya semua tu."

"Aduhh... ma, boleh tak lepas ni mama hantar dia pergi ikut kursus motivasi ke kursus bina jati diri ke? Tak ada semangat hidup langsung."

"Anna, jangan cakap macam tu dengan kakak kau."

"Ahh.. tak kira. Saya nak kereta baru dan kereta yang ada sekarang tu, jadi milik akak lepas ni. Jangan la menolak kak, boring la macam ni."

"Kau ni kan, asyik memaksa je kerja kau kan?"

"I tak memaksa okay. I just lakukan apa yang patut. Jangan degil sangat kak, takut nanti Abang Jai cari lain. Tak pasal-pasal ada yang frust menonggeng."

"Apa kau cakap? Aku frust menonggeng? Ma, tengok Anna ni."

"Anna..."

"Eleh.. manja konon. Sikit sikit ma.. sikit sikit ma. Tak apa, kali ini kau akan ikut cakap aku, Shea. Aku akan pastikan itu la yang akan terjadi."

"Yelah teruskan berangan. Aku nak mandi. Ma, kita ke kilang lepas ni boleh?"

"Rancangannya begitu la. Kenapa tak rehat di rumah je, kamu kan baru sampai. Tak penat ke?"

"Penat sikit je. Lagi pun nak jumpa papa ni. Rindu sangat dengan dia."

"Yelah. Kamu Anna, nak ikut tak?"

SORROWWhere stories live. Discover now