"Aku jatuh cinta dengan seorang lelaki yang baik budi bahasa dan sayangkan aku. Lebih kurang begitu la. Jared melamar aku selepas setahun berkenalan. Masa itu, papa dan mama aku baru merancang hendak menghantar aku ke UK untuk menyambung pelajaran. Tapi apa kan daya, macam kau juga, cinta punya pasal, aku mengandung. So, tiada jalan lain, kahwin je la."
Heidi hanya mendiamkan diri. Dia membiarkan Stella bercerita sementara dia menunggu sesuatu yang mungkin akan terluah secara tidak sengaja dari mulut kawan lamanya itu.
"Selepas melahirkan anak kedua aku, Mark, aku mula bosan dengan kehidupan sebagai seorang ibu dan kerja-kerja rumah. Aku akhirnya mendapat pekerjaan di syarikat papa aku. Kau kenal papa aku kan?"
"Tak. Kau cuma cerita, papa kau tu kaya. Mak kandung kau dah mati, mama tiri kau cantik. Kau ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Tapi nama mereka kau tidak pernah sebut pun di depan aku."
"Ye ke? Ke kau lupa ni."
"Kau tak pernah cerita. Kalau ya, mesti aku ingat, tak payah la aku minta kau cerita sekarang ni, buang masa."
"Biar betul kau ni. Aku ingat ada la."
"Tiada Stella. Kau tiada masa nak ceritakan tentang ahli keluarga kau. Kau cuma sibuk berbelanja dan meminta perhatian tentang betapa kayanya papa kau."
"Don Gavin tu bapa tiri aku je sebenarnya, tapi memang betul dia kaya raya." Stella ketawa kecil.
"Don... Don Gavin? Kau ni anak tiri Don Gavin?" Heidi terkejut bukan kepalang.
"Ye la. Kenapa kau terkejut sangat ni?"
"Err... sebab kau tak pernah mengaku pun kau ni anak tiri Don Gavin."
"Itu sebab, dulu aku benci sangat dengan adik-adik aku. Biasa la, anak tiri cemburukan anak kandung orang tua dia kan. Mak aku pula dah mati, tambah la aku malas nak kisahkan status aku dalam keluarga tu. Asalkan aku dapat duit, sudah."
"Oh.. jadi.. jadi.. adik-adik kau sekarang di mana?"
"Ini yang jadi masalah besar dalam hidup aku. Bila Don Gavin meninggal, dia wasiatkan harta dia kepada Conrad dan Rhea, anak kandung dia dengan dua wanita yang berbeza."
"Kau ni biar betul. Tak baik kau cakap bapa kau macam tu."
"Betul la. Conrad tu, anak papa dengan mama tiri aku, Adrianna. Rhea tu pula anak kandung dia dengan salah seorang one night stand dia. Aku yang anak tiri ni tak dapat sesen pun harta orang tua tu."
Heidi menggengam jari jemarinya erat-erat. Stella melanjutkan cerita.
"Selepas dua minggu wasiat papa dibacakan, Conrad ditimpa kemalangan lalu meninggal."
"Haa ahh..? Meninggal? Mati maksud kau?"
"Ye la, mati. Mati katak. Isteri tiada. Apa lagi anak. Polis cakap kemalangan yang menimpa Conrad tu adalah kemalangan yang dirancang. Dengan kata lain, Conrad telah dibunuh."
"What..? Kau ni, boleh tak jangan main-main?"
"Aku tiada hati nak bermain-main dengan kau. Apa yang betul terjadi, itulah yang aku cerita dengan kau."
"Okay, okay. Jadi, lepas tu?"
"Sekali lagi aku dipermainkan oleh keluarga aku sendiri. Seperti papa, Conrad juga telah mewasiatkan semua harta yang menjadi bahagiannya kepada Rhea. Anak pungut dalam keluarga Gavin yang diangkat menjadi ratu. Aku lari tinggalkan rumah selepas tu. Aku tidak sanggup lagi berbaik-baik dengan budak tu. Dia telah merampas semuanya dari aku. Papa. Conrad dan harta papa. Aku tahulah dia tu anak kandung papa, tapi asal usulnya tidak jelas, okay."
ANDA SEDANG MEMBACA
SORROW
Fiksi UmumRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...
