"Aku nak keluar." Stella bersuara selepas lebih dari sejam dia, Rhea dan anak-anaknya berkumpul di Kristal Mansion selepas balik memberi keterangan dari balai polis.
"Elle, no. Tak selamat. Kau dan anak-anak kau... jangan nak ke mana-mana. Okay. Stay home and don't go anywhere."
Rhea tiba-tiba bingkas mengejutkan semua orang.
"Oh hell.. kenapa pula tidak selamat? Aku atau anak-anak aku tidak akan menjadi sasaran penjahat, Rhea. Kau sepatutnya risaukan diri kau tu. Kau tu yang banyak duit bukan aku. Kalau ada pembunuh berkeliaran di luar sana sekali pun, dia tak akan apa-apa kan kami. Kau faham tak?"
Stella menjadi berang apabila Rhea tiba-tiba memberikan perintah berkurung. Bre turut berdiri. Dia berdiri di sisi Stella sambil bersiap-siap untuk beredar.
"I am out of this. And you know what Rhea, my mom is true about one thing. Bukan kami yang akan jadi sasaran penjahat tapi you. I mean you is the billionaire, isn't?"
"Sudah la korang. Ma, if you want to go somewhere, just take care of yourself, and you Bre, don't forget that you are related to Rhea. Itu dah cukup untuk mengancam keselamatan kau, faham?"
"Well, thank you. Don't act like you know everything, brother. Kalau jadi apa-apa pada I, I akan salahkan dia ini. Got it?" Bre menyambar beg tangannya kemudian berlalu seperti ribut. Stella merengus kencang sebelum mengekori Bre menuju ke rumah.
"Bre! Bre!" Mark melepaskan kemarahannya dengan melepaskan penumbuknya ke udara.
"Sudah la tu Mark. Kita berharap je lah, mak dan kakak kau tu selamat. Aku pun pening kenapa susah sangat dia orang tu nak faham."
"Itu bukan tak faham, itu sengaja nak cari nahas. Polis dah bagi amaran, jangan kerap sangat keluar, tapi kau tengoklah. Baru je duduk sejam dalam rumah dah berambus."
"Aku masih tak percaya dengan berita ini, Mark. What if, orang tu betul-betul nak sasarkan semua orang dalam keluarga kita? Orang tu mesti dah plan awal-awal lagi kan. Mana kita nak lari, nak sembunyi? God!"
"Hei... hei.. Rhea, janganlah kalut macam ni. Polis dah letak anggota di semua kawasan kita untuk memantau keadaan kan? Kita buat tenang je la. Kalau kecoh nanti, media akan tahu dan sedikit sebanyak pasti menganggu situasi semasa syarikat. Kau kena bijak dan berhati-hati sepanjang masa, Rhea. Apa kata kau upah bodyguard? Aku risaukan kau."
"Aku akan fikirkan."
"No. Just hire two or three. Malang tak berbau, betul tak? Kau perlukan seseorang untuk mengawai kau sepanjang masa."
"Aku tak perlukan bodyguard di dalam rumah."
"Tapi macam mana bila kau menjalankan pekerjaan di luar?"
"Okay. Okay fine. Hanya bila aku keluar bekerja."
"Thank you."
* * *
Stella ketawa terbahak-bahak sambil bertepuk tangan. Paula menjadi kehairanan melihat ulah Stella yang tidak ubah seperti pesakit mental.
"Kau ni dah kenapa? Menang loteri?"
"Tidak Paula. Tapi lebih dari itu. Aku ke balai hari ni."
"Buat apa?"
"Beri keterangan. Kau nak tahu, polis kata kemalangan yang menimpa Conrad itu ialah satu konspirasi."
"Maksudnya?"
"Maksudnya ada orang yang mahu dia mati. Dia dibunuh dan dia mati. Okay. Walaupun aku tak tahu siapa orang tu, aku tetap nak berterima kasih dengan dia, sebab memudahkan kerja-kerja aku."
Paula terangguk-angguk mendengar kata-kata Stella.
"Jadi apa kau nak buat sekarang?"
"Aku boleh ambil peluang ini untuk singkirkan Rhea dari MG Properties. Aku akan jadikan keadaan yang bahaya ini untuk memaksa dia berkahwin dengan Mic. Lepas tu, segala-gala yang dimilikinya akan menjadi milik aku."
"Oh.. aku ingat kau nak bunuh adik kau tu."
"Hmm.. sebenarnya aku nak juga, tapi tak usahlah. Dia belum layak untuk mati. Dia perlu hidup dan menderita menyaksikan bagaimana aku hidup senang lenang selepas merampas harta kekayaan dia tu. Baru puas hati aku."
"Betul juga tu. Tak perlu la kita nak atur temujanji ke majlis suai kenal ke kan? Cukuplah jadikan situasi yang bahaya ini sebagai alasan untuk dia berkahwin dengan Mic. Senang sangat tu."
"Memang senang, Paula. Tapi akibatnya dia akan susah. Seronoknya, aku betul-betul senang hati dengan hal ini. Tambah la minuman tu, aku belanja."
"Amboi... belum apa-apa dah nak belanja. Ada khabar baik yang lain ke?"
"Hmm.. sebenarnya ada. Rhea akan lantik aku sebagai pemangku pengarah di MG Empire. Peguam yang berikan cadangan tu, sebab aku ni anak tiri, tak layak jadi pemilik syarikat tu. Tak apalah. Walaupun setakat pemangku pengarah, MG Empire itu tetap berada di bawah kekuasaan aku, betul tak?"
"Betul la tu. Betul-betul hari ini ialah hari kau la Stella. Jadi, bila kau nak temukan Mic dan adik kau tu? Tak sabar rasanya nak tengok orang kahwin."
"Sabar la. Rhea tu kolot sikit. Agaknya mak dia dulu orang gua kot?"
Ha ha ha ha
"Kejam la kau ni. Wujud lagi ke orang gua zaman sekarang ni?"
"Siapa tahu. Eii.. sudahlah, sekarang ni kita sembang pasal hal lain. Soal Mic dan Rhea tu kau jangan risau. Aku tinggal call je, then the game will begin."
"Okay. Cheers!"
"Cheers!"
* * *
Rhea gagal melelapkan mata. Kenyataan tentang wujudnya konspirasi disebalik kematian Conrad membuatkan dia berjaga sepanjang malam.
Sekejap dia baring. Bangkit lagi, kemudian termundar mandir di dalam biliknya.
Rhea buntu.
Kalaulah hubungannya dengan Stella tidal bermasalah, situasi yang bahaya ini pasti tidak terasa sangat ancamannya.
Ini tidak. Stella dan Bre seolah-olah tidak peduli dengan amaran pihak polis. Mujurlah Mark bersetuju untuk pindah me Kristal Mansion. Setidak-tidaknya mereka boleh saling menjaga antara satu sama lain.
"Keadaan di luar sana tidak selamat untuk cik sekeluarga. Pihak kami sarankan, kurangkan aktiviti di luar rumah pada waktu malam. Selain itu, bergeraklah paling kurang dua orang sekiranya hendak pergi ke mana-mana.
Kami harap pihak cik dapat bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis. Kita tidak mahu ada perkara buruk berlaku sebelum kes ini selesai."
Rhea terduduk di atas kerusi.
Kalaulah Conrad masih ada. Rhea mengesat air mata. Pesanan Conrad supaya dia lebih berhati-hati setiap masa dan di mana juga, kini terngia-ngia di gegendang telinganya.
Kenapa cepat sangat kau pergi?
YOU ARE READING
SORROW
قصص عامةRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...