Rhea terjaga apabila bunyi siren kereta polis tiba-tiba memenuhi ruang udara sehingga masuk ke dalam mimpinya.
Dia menghampiri tingkap dan menyelak langsir. Rhea bagaikan tidak percaya melihat dua buah kereta polis berada betul-betul di hadapan rumahnya. Tanpa berlengah lagi, dia berlari keluar dari biliknya.
"Rhea." Emma memanggilnya dari aras bawah.
"Apa yang berlaku, Emma?"
"Ada bangkai dan darah haiwan di letakkan di depan rumah."
"Apa? Mark mana?"
"Dia ada di depan dengan ayah."
"Kenapa kau tak kejutkan aku?"
"Hari ini kan hari sabtu. Kau dah pesan kalau hari sabtu kau nak bangun lewat."
"Kau ni, kalau orang letak bom di depan rumah tu pun kau masih nak biarkan aku tidurlah ya?"
"Bukan macam tu. Mark yang tak bagi aku kejutkan kau. Dia juga yang call polis."
Rhea menyambut jus buah yang dihulurkan oleh Emma.
"Rhea." Kedengaran suara Mark memanggilnya. Dia dan Emma bergegas ke ruang tamu. Mark serta dua orang anggota polis menunggu mereka di situ.
"Selamat pagi, Cik Rhea."
"Selamat pagi, tuan inspektor."
"Rhea, pihak polis nak minta kebenaran untuk menyemak rakaman cctv terutama yang dipasang di pagar hadapan."
"Okay, kau tunjukkan kepada tuan inspektor room controller tu."
"Kalau tak keberatan, boleh saya tanya sesuatu?"
"Silakan tuan."
"Cik ada keluar rumah semalam?"
"Err... tak ada. Selepas balik dari balai polis, saya tak ke mana-mana lagi."
"Okay, itu saja. Terima kasih cik."
Rhea mengangguk kecil. Lengan Emma dipaut erat.
"Duduk la di kerusi tu." Rhea merebahkan badannya ke atas sofa. Ruben dan Leah muncul lantas duduk di hadapan Rhea.
"Kau tak apa-apa, Rhea?" Ruben bertanya.
"Tipulah kalau saya kata saya ok, ayah. Perkara yang berlaku ni dah melampau. Tak ada haiwan yang sengaja nak mati di depan rumah orang."
"Harap-harap dengan bantuan rakaman cctv tu, polis akan dapat tangkap orang yang letak benda tu di sana."
"Kau tak nak beritahu Stella pasal benda ni?"
"Nantilah aku suruh Mark call dia. Sekarang ni fikiran aku buntu. Aku nak berehat di dalam bilik. Kalau ada siapa-siapa cari aku, cakap aku tak sihat. Kalau penting sangat, suruh orang tu pergi jumpa Stella."
"Yelah."
* * *
Rhea mengeluarkan fail yang diserahkan oleh Joven kepadanya.
Dokumen yang membuktikan dia adalah pemilik sah MG properties, 40% saham MG Empire serta beberapa asset lain yang bernilai jutaan ribu ringgit.
Rhea mengeluh panjang. Sebelum wasiat Don Gavin dibacakan, semuanya baik-baik saja. Tiada perkara luar biasa yang berlaku kepada dia atau adik-beradiknya yang lain.
Seminggu selepas wasiat itu dibaca, Conrad meninggal dunia disebabkan nahas jalan raya yang dirancang.
Hari ini, dia pula diganggu dengan bangkai haiwan liar serta simbahan darah di hadapan rumahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...