29

39 4 0
                                    

Masing-masing merasa tegang, tidak keruan dan serba salah mendengar setiap bait perkataan yang diucapkan oleh Joven. Peguam itu pula sesekali membetulkan letak cermin matanya. Aditiya dan Jai kelihatan lebih tenang berbanding dengan Stella. Manakala Mark seolah-olah hanyut dengan perasaannya sendiri.

"20% saham MG Empire diserahkan kepada Marcos Weston, 20% kepada Stella Weston manakala 60% lagi diserahkan kepada pelabur terbesar dalam MG Empire, iaitu ADS Corp. MG Properties pula akan diserahkan segala urusan dan pentadbiran kepada pemegang saham terbesar dalam syarikat, iaitu ADS Corp, berkuat kuasa serta merta."

"What?! Are you joking, Joven Hendriks? Kau pasti ke kau sedang membaca wasiat Jenelle Rhea Gavin?"

Stella bertempik bagaikan orang kerasukan.

"Ma, please. Boleh tak dengar dulu sampai  habis apa yang peguam nak cakap?"

"No. I am done here. What ever happen here today, I will never forget or forgive."

"Satu perkara lagi Puan Stella Weston, Kristal Mansion diserahkan kepada Emma Costa dan Villa Bening diserahkan kepada Marcos Weston."

"Go to hell all off you!"

Stella menyambar begnya kemudian meluru keluar dari bilik mesyuarat itu seperti ribut taufan. Paula terpaksa mengekori majikannya itu kalau tidak entah apa lagi yang akan berlaku.

Aditiya Seth serta anak dan isterinya hanya mampu melihat ulah Stella yang tidak diduga.

"Maafkan saya bagi pihak ibu saya tuan peguam, Tuan Seth. Dia.. terkejut agaknya."

"Kami pun terkejut juga, Marcos. Tak apalah, mungkin lepas ini kita boleh berbincang atas apa yang terjadi."

"Boleh Tuan Seth. Tidak ada masalah."

"Baiklah, kita sambung semula sesi ini."

Joven dengan perasaan yang bercampur baur membacakan wasiat Rhea sesuai dengan tugasnya sebagai seorang peguam.

* * *

Aditiya membawa rakan-rakan barunya itu makan malam di sebuah restoran yang sederhana suasananya, dengan harapan situasi tegang yang berlaku di pejabat peguam siang tadi dapat dilupakan.

Karmila, Emma dan Leah sempat membeli belah bersama dan kini hubungan di antara mereka bertambah mesra.

"Wahh... cantiknya dia." Jai memuji telatah Leah yang comel. Gaun kembangnya ala-ala puteri membuatkan anak kecil itu tidak putus-putus tersenyum.

"Terima kasih Uncle Jai."

"Pandainya. Besar nanti nak jadi apa?"

"Saya nak jadi polis. Nak tangkap orang yang buat jahat pada Kak Rhea dan Uncle Conrad."

Ruben mengusap lembut rambut cucunya itu.

"Dia ni agak petah bercakap, Jai. Lebih-lebih lagi sejak dia dah bersekolah, macam-macam benda dia nak tahu. Asyik bertanya saja." Ruben bersuara.

"Bagus la tu. Tak sunyi bila ada teman berbual, betul tak Leah?" Leah mengangguk ke arah Aditiya dan Karmila.

"Mak, saya nak belajar menyanyi boleh tak?"

Emma tertawa.

"Kata nak jadi polis, ni nak menyanyi pula. Mana satu ni?"

"Saya nak jadi polis yang pandai menyanyi."

Ha ha ha

"Amboi.. angan-angan tinggi melangit."

Leah tersenyum manis bila dia merasakan semua orang suka dengan apa yang dikatakannya.

SORROWWhere stories live. Discover now