Stella melemparkan begnya ke atas katil. Drake punya pasal, dia terpaksa menyewa di hotel murah pula. Mujurlah masih ada bilik mandi, tv, aircond dan tilam yang selesa. Kalau tidak, entah bagaimana dia hendak tidur malam ini.
Telefon bimbitnya berdering, memaparkan nama Heidi di skrin. Dia merengus kencang sebelum menyambut panggilan tersebut.
"Hello, ya Heidi, ada apa?"
"Kau okay tak?"
"Okay, cuma aku dah pindah hotel. Aku bengang betul la dengan jantan tak guna tu."
"Oh.. jadi kau tinggal di mana sekarang ni?"
"Err.. di Parade Hotel. Macam mana keadaan di sana? Aditiya ada cakap apa-apa tak?"
"Tiada juga. Cuma, itulah, Drake tidak lagi dibenarkan datang ke sini. Bukan apa, dia merasakan tindakan Drake itu dah melampau dan menghina mendiang bapa tiri kau dan adik-adik kau."
"Padan la dengan muka dia tu. Aku pun tak tahu la, macam mana aku boleh percaya sangat dengan lelaki tu?"
"Sabar la. Mungkin sebab dia mengaku dia tu adik kau. Yelah, siapa yang tidak rindukan ahli keluarga kan?"
"Aku kira nak balik esok la. Sampaikan salam aku kepada semua orang yang ada di sana."
"Yelah. Jaga diri kau baik-baik. Kalau kau perlukan apa-apa call aku."
"Hmm.. ok la. Aku nak mandi dulu. Penat pula rasanya."
"Okay."
Stella memutuskan talian. Ketika dia hendak ke kamar mandi, telefonnya menerima pesanan ringkas.
'Lets meet up. Aku nak minta maaf. Kita makan sama2 ok. Aku lapar ni. Tak sempat makan tadi.'
"Mati la kau. Tak ingin aku nak makan sama-sama dengan kau."
Dia meletakkan semula telefon itu di atas katil. Nak minta maaf konon. Kau ingat senang-senang itu kau nak tebus kesalahan kau? Dasar orang tak sedar diri.
* * *
"Boss, dia menginap di Parade Hotel. Bilik nombor 2011."
Drake memutuskan talian. Tunggu kau Stella. Kau ingat semudah itu kau nak lari? Jangan lupa disebabkan kau, semua ini berlaku. Pada aku. Dan Rhea. Harta kekayaan Don Gavin jatuh ke tangan orang lain disebabkan kebodohan kau. Dan yang paling teruk sekali, aku kehilangan Rhea. Kau akan terima balasan atas semua perbuatan kau ini.
* * *
"Tuan, ada orang hendak berjumpa dengan tuan."
Perbualan Jai, Raj, Aditiya dan Jhon terhenti apabila menerima pesanan itu.
"Siapa yang datang tengah-tengah malam ni?"
"Katanya dia kawan tuan. Namanya Tristan."
"Tristan? Bawa dia ke sini."
"Baik tuan."
Raj memandang ahli keluarganya itu dengan seribu satu perasaan. Kalau Tristan sampai sanggup datang dari jauh semata-mata hendak bertemu dengannya pada waktu tengah malam, itu tandanya ada perkara penting yang perlu dibincangkan dengan kadar yang segera.
"Jai. Tuan Aditya. Maafkan saya kerana terpaksa datang pada waktu begini."
"Tak apalah, tuan inspektor. Silakan duduk."
"Oh ya.. kenalkan ini kawan saya, Maia."
"Jemputlah duduk Maia. Shika, bawakan kopi."
"Baik tuan."

ANDA SEDANG MEMBACA
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...