Berita pertunangan Jai dan Serah yang belum pun sampai duabelas jam diumumkan, nampaknya lebih hangat diperkatakan daripada majlis pertunangan Raj dan Heidi yang bakal berlangsung beberapa jam lagi.
Semua yang hadir ke pertunangan itu ternanti-nanti dengan kehadiran pasangan itu di muka umum.
"Ini bukan seperti yang kita rancangkan."
Ira bersuara ketika mereka berada dalam perjalanan ke lokasi majlis. Jhon tidak menjawab.
"Mom, relax, okay. Tiada apa yang akan berlaku kepada Shea. Jai kan ada, kita pun sama. Jangan lupa, Uncle Adit pun ada upah sistem sekuriti yang ketat masa majlis ni. Kita act like normal je la. Nanti tak pasal-pasal majlis Abang Raj ni rosak."
"Itu mama tahu la Anna. But still, okay."
"Sayang, tiada apa akan berlaku. Orang cuma nak tahu tentang khabar pertunangan Jai dan Shea, itu je."
"I hope so. I don't want to lose her."
"Kita tidak akan kehilangan dia, Ira. Tuhan akan tolong kita."
Ira mengangguk kecil. Sedaya-upaya dia memujuk hatinya sendiri.
* * *
"Are you okay?" Jai bertanya. Serah menoleh, tidak segera menjawab.
"Kau cakap hari tu, Mark dan Emma akan hadir, kan?"
"Ya. Kenapa?"
"I don't know. I mean, he is the only person I haven't meet before the incident happen. Dia berada di Indonesia masa tu. Do you know how I feel?"
"So, kau nak mengaku dengan dia?"
"I don't know. Tapi sebelum ni, kau cakap dengan aku, dia seolah-olah dah berubah. Menyalahkan diri di atas apa yang berlaku. Dengan wujudnya pula si Drake ini, aku risau kalau dia melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Aku tak nak dia jadi macam tu. Kau faham maksud aku kan?"
"Aku faham. Dia stalk Drake tu pun dah cukup bahaya. Bagaimana kalau dia tahu yang Drake tu sebenarnya tidak wujud, mestilah dia akan jadi lebih gila lagi."
"Apa kau cakap? Drake tu tidak wujud?"
Jai menyumpah seranah di dalam hati. Macam mana la aku boleh terlepas cakap ni?
"What do you mean, Jai? Kau tahu sesuatu yang aku tak tahu ke?"
"Sebenarnya, ya. Ada yang belum kau tahu. Semalam, lepas kau tidur, Tristan inbox aku. Di cakap pasal keputusan DNA yang dia dapat dari gelas yang Mark bagi pada dia tu."
"So, that result doesn't match with Drake Ivanshov?"
Jai mengangguk. Shea terdiam seketika.
"How come...? Tapi DNA dia positif sepadan dengan Don Gavin, kan?"
"Ya, Mark cakap begitulah. Tapi, sekarang ini, aku tak tahu apa lagi yang akan berlaku. Tristan dah cuba padankan data dia dengan semua orang yang ada di dalam list wanted, bekas banduan, orang yang hilang, tapi no luck. Sebab itu aku cakap tadi, dia tu tidak wujud."
"Itu tidak mungkin la, Jai. Kalau dia memalsukan identitinya sekalipun, data dia mesti sepadan dengan sesiapa sahaja yang masih hidup di dunia ini. Tak kira la di negara ini atau pun di tempat lain."
"Masalahnya tiada, okay. Tapi jangan risau, Tristan sedang cuba mengesan kewujudan dia ini pula di dalam sumber yang satu lagi."
"Alien?"
"Are you joking? Seriously Serah, kau fikir dia tu alien?"
Ha ha ha
"Kalau data dia tidak sepadan dengan sesiapa sahaja yang masih hidup, itu tandanya dia bukan manusia, betul kan?"
YOU ARE READING
SORROW
قصص عامةRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...