5

51 3 0
                                    

"Okaylah tu. Sekurang-kurangnya you taklah sunyi sangat duduk sorang-sorang di rumah."

Rhea mengukir senyuman. Selepas menunggu selama tiga puluh minit, akhirnya dia dapat berjumpa dengan Stella.

"Kau macam mana?" Rhea menyedut jus tembikai kegemarannya sambil memandang Stella.

"Macam mana apa? Macam nilah, Mark kan tinggal dengan I. Tiada apa yang special di rumah tu. Tapi kan, kalau kita nak buat party christmas ke party new year ke.. buat di rumah you. Boleh kan?"

"Tiada masalah. Kau cakap je bila masa kau nak buat party, tapi jangan lupa pinjamkan maid kau."

"Don't worry my dear sister. Soal itu you jangan risau. So, macam mana kerja you setakat ni? Taklah susah sangat kan?"

"Boleh tahan jugalah. Aku macam nak tidur di pejabat sebab banyak sangat benda nak belajar. Tapi tu lah, kesian pula dekat pak cik guard, tak kan nak suruh dia berjaga sepanjang malam kan?"

"You ni, nak kerja pun agak-agaklah. Staff you kan ramai, bagi-bagilah kerja."

"Apa kata kau pindah kerja dengan aku? Alaa.. nanti aku pujuklah Conrad, boleh?"

"No, Rhea. No. Walaupun jawatan I sebagai pengarah urusan tu tak besar mana, tapi I tak boleh pindah suka hati tau. Tina dan Lotus kan ada, mereka tu lebih dari cukup untuk tolong you."

"Blah blah blah... so, macam mana dengan plan kita nak bercuti tu? Kau masih on tak?"

"Hmm.. hujung minggu ni Conrad ke India kan? Lepas dia balik, boleh kot kita jalan. You nak ke mana?"

"Bali?"

"Oh come on Rhea, tempat bukan main banyak tapi you pilih Bali? Tempat tu seberang tambak je, bila-bila masa kita boleh pergi."

"Laa... boleh la. Lain kali baru aku belanja kau pergi Dubai, okay? Tunggu aku duduk lama sikit di kerusi peninggalan Don Gavin tu."

"Kelakar you ni. Hmm.. apa-apa sajalah. Asalkan I masih boleh buat party di rumah you tu."

"Stella, rumah tu rumah kita semua, tau. Kau, aku dan Conrad pernah tinggal sama-sama di rumah tu. Papa je yang pisahkan kita semua. Itu aku tak paham."

"Jangan fikir sangatlah, rumah peninggalan dia kan banyak. Mestilah dia bagi sorang satu. You lah yang untung, tanah banyak, rumah pun banyak."

"Eh hello, rumah dan tanah tu untuk dijual okay? Tak ada maknanya semua tu. Ni aku nak tanya sikit, kau tak ada boyfriend ke?"

Uhuk! Rhea terpaksa menepuk lembut bahagian belakang Stella akibat tersedak air kopi.

"Tak senonohlah kau ni. Boleh tak kau jangan tanya soalan tu lagi?"

"Come on Stella, kau tu masih muda. Cantik, bekerjaya, tak kan la tak ada boyfriend?"

"Aku malaslah nak bercinta lagi. Aku ni bukan muda remaja lagi, tau. Cukuplah yang dah lepas tu. Aku ada perkara lain yang lebih membimbangkan."

"Siapa, Bre?"

"You tahulah kan, I tak berapa suka dengan kerja dia tu. Tak kan sampai ke tua dia nak jadi model. I nak dia ada kehidupan yang lebih terjamin masa depan dia."

"Kau ni, Bre tu pandai fikirlah. Mungkin sekarang ni dia tengah kumpul duit untuk masa depan dia, kan? Macam kau juga, dia pun mesti ada cita-cita yang dia nak capai."

"Betullah tu. You pula macam mana? Tak terfikir nak kahwin?"

"Belum kot? Buat masa ni biar aku kerja dulu, boleh? Bagi la masa sepuluh tahun ke, baru aku fikir pasal kahwin."

SORROWWhere stories live. Discover now