52

39 3 0
                                    

Seven days later

Serah menghembuskan nafas panjang-panjang. Balutan pada tangan kirinya terasa amat merimaskan namun apakan daya. Sebulan saja Serah. Sebulan saja.

"Hello young lady, fikirkan apa tu?" Serah mengukir senyuman.

"Tak ada apalah doktor. Ni tangan ni, leceh la."

"Sabar la sikit, cik adik. Bukannya lama pun. Okay, you are done for today. Minggu depan jangan lupa datang. Masa dan hari yang sama, okay?"

"Okay doktor. Jumpa lagi." Serah melangkah keluar dari bilik pemeriksaan dengan wajah yang riang. Semuanya sudah berakhir. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

Jai menghulurkan tangannya ke arah Serah apabila gadis itu berhenti di tempat dia menunggu.

"Lebarnya senyuman kau, ada apa-apa ke?"

"No. Aku cuma happy je. Semuanya dah selesai kan?"

"Harap-harapnya lah. Ni, Tristan ada call tadi. Dia nak kita ke balai, untuk kali yang terakhir."

"Haii... keterangan yang boleh buat sebuah buku tu tak cukup lagi ke?"

"Aku tak tahu. Kita pergi sajalah, okay? Aku tak nak ada hal lain yang timbul kemudian hari. Kau faham kan?"

"Okay, fine. Jom."

Jai membukakan pintu kereta untuk wanita kesayangannya itu. Walaupun Serah mengatakan semuanya sudah berakhir, dia tahu, jauh di lubuk hati gadis itu, dia masih terganggu oleh satu perkara yang amat sulit untuk dijelaskan dengan kata-kata.

* * *

"Ini tentang Drake Ivanshov." Tristan meletakkan sebuah fail di hadapan Serah dan Jai.

"Okay. Kenapa dengan dia? Dia terlepas dari tahanan ke?" Jai pantas bertanya.

"No. Dia tak mungkin akan terlepas, okay. Ini adalah hasil siasatan kami di tempat dia bersembunyi selama ini. Sebelum dia muncul semula dengan wajah dan identiti yang baru."

"Oh, jadi kamu berhasil menjejaki tempat dia bersembunyi?"

"Betul Cik Dias. Menurut hasil siasatan kami, dia dibantu oleh seorang doktor yang bernama Elise Brown. Elise Brown terpaksa bersetuju dengan semua permintaan Drake, disebabkan Drake telah menahan anak perempuan Elise. Dia menahan kanak-kanak itu di sebuah rumah kebajikan agar Elise akan menuruti semua kemahuannya. Bagaimanapun, semasa ketiadaan Drake, Elise berhasil mendapatkan anaknya itu dan membuat laporan polis. Dia turut membawa semua rekod dan dokumen tentang pembedahan plastik yang dilakukan oleh Drake. Dengan penyerahan dokumen itu, kita akan dapat menahan Drake selama mungkin di dalam penjara sesuai dengan jumlah pertuduhan ke atasnya."

Serah menoleh ke arah Jai. Jai memeluk bahunya sambil mengukir senyuman.

"Yang seterusnya, ini adalah berkenaan dengan Stella Weston."

"Kenapa dengan Stella?"

"Dukacita kami maklumkan Cik Dias, kami terpaksa menahan Stella atas tuduhan cubaan membunuh ke atas Aubrey Weston."

"Apa? Tapi bagaimana semua itu berlaku? Stella kata Bre melarikan diri dari rumah selepas mereka balik dari Kristal Mansion hari tu."

"Itu hanya helah Stella, Cik Dias. Pihak polis telah menggeledah kediaman Stella dan menemui Aubrey di dalam salah sebuah bilik di rumah itu. Kami percaya, Aubery telah dikurung selama lebih dari sebulan berdasarkan keadaan fizikal dan kesihatan mangsa. Selain Stella kami juga telah menahan Paula, seorang penjenayah yang dikehendaki dan rakan sekutu Stella. Saya percaya awak masih ingat pada dia."

SORROWWhere stories live. Discover now