27

31 3 0
                                    

Jai menghampiri Rhea apabila menyedari gadis itu tidak bercakap apa-apa pun selepas mereka kembali dari menghadiri upacara pengebumian 'Rhea'.

Rhea menoleh apabila merasakan kehadiran Jai di sisinya.

"Apa yang kau fikirkan sekarang?"

"Aku dah mati. Rhea Gavin dah mati. Segala legasi papa aku terlepas begitu saja dari tangan aku. Aku rasa aku betul-betul tidak berguna, Jai. Kalaulah aku tak bodoh sangat semua ini pasti tidak akan berlaku."

"Sudah la tu. Bukan salah kau pun. Apa yang kau perlu kau lakukan sekarang ini ialah fokus kepada rancangan kau ni. Kalau sampai kau silap langkah, kau boleh dipenjarakan tau."

"Itu aku tahu. Tapi.."

"Sudahlah. Pasal legasi papa kau tu, aku janji aku akan jaga sebaik mungkin dan aku akan kembalikannya semula kepada kau bila sampai masanya."

"Terima kasih Jai."

Jai mengangguk kecil. Bahu Rhea dipeluk sambil dia mengusap perlahan rambut gadis itu.

"Aku ada benda nak beritahu dengan kau, aku harap kau tak marah."

"Apa dia? Cakaplah."

"Kau tahu kan, aku ke sini sebab hendak menghadiri majlis pertunangan Rhea Gavin. Tapi malang tak berbau, aku pula diculik dan hampir mati."

"Itu aku tahu. Apa benda yang kau nak cakap sebenarnya?"

"Aku dah call ibu dan ayah aku, aku minta mereka datang ke sini berjumpa dengan kau. Aku tidak boleh merahsiakan perkara yang besar begini dari pengetahuan ibu dan ayah aku, Rhea. Aku harap kau faham."

"Tapi.. mereka akan tahu yang aku masih hidup."

"Mereka akan faham kalau kau ceritakan semuanya kepada mereka. Percayalah, ibu aku adalah orang yang paling mulia hatinya di dunia ini. Ayah aku pula, dia seorang yang sangat adil dan berfikiran luas. Jangan bimbang, mereka pasti akan dapat menerima semua ini. Lagi pula kau dah selamatkan nyawa aku. Apa yang lebih penting jika dibandingkan dari itu?"

Rhea terkelu seribu bahasa. Jai memimpinnya ke sofa.

"Kau duduk la dulu. Biar aku buatkan air."

Rhea mengangguk kecil. Tiba-tiba loceng pintu berdering.

"Itu pun mereka sudah sampai."

"Siapa?"

"Ibu dan ayah aku."

Rhea ternganga. Apa aku nak buat ni?

* * *

Tiga jam selepas itu

"Ma, sudah la tu. Kami dah selamat, okay."

Karmila menggeleng laju. Dia seakan-akan enggan berhenti menangis apabila mendengar pengakuan Rhea tentang apa yang telah berlaku kepadanya. Aditiya memandang Rhea tanpa berkelip, membuatkan Rhea dilanda kerisauan yang maha hebat.

"Pa, cakaplah sesuatu." Jai bersuara lagi.

Aditiya menggeleng perlahan.

"Papa tak tahu apa nak cakap, Jai. Rhea terlalu berani. Terlalu berani sampai kelu papa dibuatnya."

"Kamu hanya seorang gadis kecil Rhea. Tidak sepatutnya kamu mengalami semua ini. Syukurlah, kamu selamat."

Karmila akhirnya dapat bertenang dan mengambil tempat di sebelah Rhea. Rhea didakap erat membuatkan Jai tersenyum kecil.

"Tentang wasiat kamu itu, pak cik berjanji pak cik akan buat apa yang termampu. Buat sementara waktu, kamu perlu pindah ke Spain."

"Betul tu sayang. Jangan risau, Ira tu baik orangnya. Dia pasti akan sukakan kamu dan kamu akan selamat di sana. Tentang wasiat kamu tu, serahkan pada kami. Tahulah kami uruskannya."

Rhea akhirnya mampu melepaskan nafas lega. Jai dipandang berserta dengan senyuman manis di wajahnya.

"Terima kasih pak cik, mak cik. Saya terhutang budi dengan pak cik dan mak cik."

"Janganlah cakap macam tu. Apa yang kamu lakukan terhadap keluarga mak cik tidak dapat dibayar dengan wang ringgit atau apa saja di dunia ini. Kamu dah selamatkan Jai, anak mak cik. Mak cik yang sepatutnya berterima kasih kepada kamu."

"Betul tu Rhea. Kamu janganlah merasa terhutang budi dengan kami sedangkan kami yang berhutang nyawa dengan kamu. Anggap sajalah, kami ini ialah keluarga kamu sekarang."

"Ke.. keluarga?"

"Betul tu, sayang. Kalau kamu dah selamat sampai ke Spain, jangan lupa hubungi kami."

"Baik mak cik."

"Bila penerbangan kamu Rhea?"

"Esok pagi pak cik. Keadaan tidak mengizinkan saya untuk tinggal lebih lama di sini."

"Tidak mengapalah. Tapi, kamu sentiasa dialu-alukan untuk melawat ke India. Betul tak Jai?"

"Betul la tu. Kau jangan la sedih sangat. Kau datanglah melawat ke India lepas kau dah sesuaikan diri di tempat baru kau tu nanti."

"Okay, saya akan cuba."

Karmila melebarkan senyuman. Perasaannya sudah terpaut pada Rhea, tapi apa kan daya, ini bukan masa yang sesuai untuk mengaturkan perjodohan.

"Baru lega hati mama, Jai. Walaupun susah untuk diterima apa yang telah berlaku kepada kamu berdua, biarlah semua itu berlalu. Yang penting ialah masa depan."

"Terima kasih ma." Jai mendakap Karmila dan Rhea sekaligus membuatkan Karmila ketawa girang.

"Oleh sebab semuanya sudah selamat, papa rasa papa nak buat kenduri la."

"Papa, no. Not now, okay. Kita buat di India nanti. Betul tak ma?"

"Lambat lagi." Rhea meleretkan senyuman. Hatinya terusik melihat kemesraan Jai serta orang tuanya.

"O oh.. ada orang yang sedang bersedih hati la ma."

"No.. jangan macam ni sayang. Okay, apa kata kita dinner di luar. Mama belanja."

"Mama, we can't. Rhea is just not safe out there."

"Sayangnya.. tak apalah. Kita order makanan dari restoran yang paling mahal dan makan sepuas-puasnya. Macam mana?"

"Good idea."

Rhea mengangguk kecil, mencuba sedaya upaya untuk tidak merosakkan suasana itu. Alangkah bahagianya memiliki sepasang ibu bapa. Jai yang menyedari kelakuan Rhea cepat-cepat menghampiri gadis itu dan membawanya berdiri.

"Kau perlu pakai sesuatu yang cantik. Malam ni tiada orang yang dibenarkan bersedih."

"Okay."

Rhea menurut sahaja apabila Jai membawanya ke bilik untuk menukar baju. For the memories sake, let it go.

"Rhea."

Jai memanggil ketika Rhea hampir siap mendandan rambutnya.

"Ye, ada apa?"

"Nah, aku nak kau pakai ni. Walaupun tak mahal, aku sayang kalung ni."

"Kalau kau sayang, kenapa kau bagi pada aku?"

"Sebab kau dah jadi orang yang penting pada aku sekarang ini. Kalau kau tak nak pakai, simpan je. Buat kenangan."

"Gila tak nak pakai, cantik ni. Terima kasih. Tolong pakaikan, boleh?"

Jai mengukir senyuman. Rhea mengangkat rambutnya sementara Jai memakaikan kalung itu ke lehernya.

"Terima kasih sebab muncul dalam hidup aku. Aku harap kau tidak akan lupakan aku, Rhea."

"Sama-sama kasih. Aku pun sama, aku harap kau tidak akan lupakan aku."

Jai menggeleng kecil.

"Macam mana aku nak lupakan kau? Orang yang paling gila pernah aku jumpa setakat ini."

Rhea tertawa sambil menepuk lengan Jai.

"Mari, aku dah lapar ni. Minta-minta betul la banyak makanan yang orang tua tu order."

Mereka berpimpinan tangan mendapatkan Aditiya dan Karmila di ruang tamu.

"What a beautiful sight." Karmila bergumam.

Aditiya mengangguk kecil. Harap-harap bertemu jodoh.

SORROWWhere stories live. Discover now