Epilog
Octavia, Anna, Emma dan Mark berkejaran menuju ke wad kelas satu yang menempatkan Serah dan bayinya yang baru dilahirkan 12 jam yang lepas.
Tanpa mengetuk pintu, Octavia menyerbu masuk. Heidi, Ira dan Karmila lantas menoleh apabila tetamu-tetamu itu memenuhi ruang wad tersebut.
"Senyap sikit Vya. Nanti baby bangun."
"Ala mama, baby tak boleh asyik tidur je. Serah mana? Tak keluar lagi dari labour room ke?"
"Ada dalam bilik air tu dengan adik kau."
"Oh.. let us see the little girl. Girl kan?"
"Kau ni. Perempuan la. My god.. cantiknya anak buah aku." Anna melentokkan kepalanya ke bahu Emma.
Mark mengukir senyuman. Wajah bayi perempuan Serah ditatap dengan penuh perasaan.
"Eh.. korang dah datang?" Serah bersuara. Jai memapahnya dengan langkah yang agak perlahan menuju ke katil.
Emma membantu menyelimutkan Serah selepas ibu baru itu berbaring di atas katil.
"Apa khabar?" Emma bertanya. Serah tertawa kecil.
"Sihat la. Kau datang dengan Mark? Leah mana?"
"Dia kan bersekolah. Tunggulah cuti sekolah nanti, aku bawa dia melawat kau di sini."
Serah memeluk Emma. Mark menghampiri kedua-dua wanita yang disayanginya itu dengan muka yang tenang.
"Mark."
"Hai mak cik. Tahniah sebab dah bagi aku seorang adik yang cantik. Apa nama kau bagi pada anak kau tu?"
"Entah la. Aku dengan Jai tak pernah bincang pun. Terlalu teruja nak rancang itu ini sampai nama anak pun kami lupa nak fikir."
"Apa la kau ni, kau letak je nama yang senang nak ingat. Senang nak sebut. Betul tak?" Octavia mencelah. Anna mengangguk.
"Korang sajalah yang bagi nama, aku dah tak larat nak berfikir ni." Mark menggeleng kecil.
"Kalau kau tanya aku, aku letak karang nama bunga. Kau mahu?"
"Vya, no." Jai menepuk bahu kakaknya itu
"Aku tak pandai nak cari nama ni. Kenapa tak tanya Heidi?"
"Dia pun sama blank. Asal cucu dia lahir semua dia dah tak nak fikir." Serah menjawab. Heidi tersenyum dari kejauhan apabila Anna menyebut namanya.
"Mama pun sama. Dia cakap baby tu lebih penting dari nama yang korang nak letak. Apa kata kau beri nama pada dia. Kau kan abang dia?" Anna menepuk lengan Mark.
"Aku? Laa... jadi aku kena fikir?"
Mereka berpandangan sesama sendiri kemudian mengangguk beramai-ramai. Mark memandang sekilas ke arah Serah. Bayi kecil yang telah pun menawan hati semua orang itu ditatap lama.
"Ruby."
"Ruby?" Mark mengangguk. Emma mengukir senyuman.
"Dia dilahirkan selepas kau menepuhi susah payah dan suka duka dalam kehidupan kau. Kecekalan dan semangat kau untuk meneruskan hidup seterusnya melahirkan dia. She is blessing into your life, in our life. Lambang cinta dan permulaan untuk kehidupan baru kau dan Jai. So, Ruby. Our little girl's name is Ruby."
Serah mengerdipkan matanya beberapa Kali barulah dia bersuara.
"Macam nama batu je?"
Ha ha ha
"Memang la nama batu. Tapi batu yang berharga okay. Kau ni."
"Ruby." Serah mencuit pipi si kecil yang lena tanpa rasa terganggu dengan kehadiran ahli keluarganya yang datang melawat.
"Welcome to the world Ruby."
Ibu dan ayah berjanji akan melindungi, menjaga dan menyayangi kau sehingga akhir nafas kami di dunia ini.
Tidak akan ada penderitaan yang akan kau lalui.
Cintaku. Sayangku. Kekasihku.
Heidi, Ira dan Karmila berbalas senyuman. Segala kesakitan dan kesedihan yang ditempuhi dengan tabah oleh Serah akhirnya beransur sirna. Kehadiran Ruby di dalam keluarga besar mereka adalah satu kurnia yang tidak ternilai harganya.
Semoga berbahagia selalu kesayanganku.
THE END

ANDA SEDANG MEMBACA
SORROW
Fiksi UmumRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...