24

43 3 0
                                    

24 jam kemudian

Tristan menutup siaran tv. Dia memandang ke arah Jai yang turut sama menonton berita terkini itu tadi.

"Patutlah aku macam pernah nampak dia, rupanya memang betul dia tu Jenelle Rhea Gavin."

"Aku lagi tak sangka, aku ke sini sebab menerima jemputan ke majlis pertunangan dia inilah. Gila, apa yang berlaku 24 jam yang lepas memang gila."

Jai menggeleng berkali-kali sementara Tristan masih cuba menghadam kata-kata Jai sebentar tadi.

"Majlis pertunangan? Maknanya kau kenal dengan dia ni?"

"Dia aku tak kenal. Tapi abang dia, Conrad Andre Gavin aku kenal. Syarikat keluarga aku adalah pelabur terbesar ke dalam MG Empire. Ayah aku dan mendiang Don Gavin adalah rakan baik dalam perniagaan."

"Oh begitu. Yang kau pula, bagaimana kau boleh berada di lembah maut tu? Kau kena culik ke apa?"

"Aku kena culik dan hampir kena bunuh. Kalau la Rhea tak sempat datang, maksud aku, jatuh dari tebing tu, aku memang dah mati sekarang ni. Dia dah selamatkan nyawa aku, Stan. Aku janji aku akan tolong dia dengan apa cara sekalipun, kalau betul dia bukan sengaja terjun ke lembah maut tu."

"Aku rasa kau berdua sama-sama hampir kena bunuh la malam tu. Rhea terjun dari tebing itu untuk melepaskan diri dari penculiknya. Hebat betul perempuan tu. Tapi siapa pula yang mahu membunuh perempuan cantik seperti dia?"

"Kau kan polis, kau mesti tahu punya. Aku dah tak sabar nak dengar cerita dari pihak dia pula."

"Kau sendiri macam mana?"

"Pasal aku, kau jangan risau. Aku tahu siapa yang buat macam ni pada aku."

"Okay. Kalau kau dah sedia, beritahu dengan aku. Sekarang ni aku kena ke balai. Aku yakin lembah maut tu dah kena sapu bersih untuk mencari 'Rhea' tu. Kalau ada apa-apa, call aku."

"Okay."

Tamat imbas kembali

* * *

Rhea

Aku mengesat air mataku. Jai termangu kelu tanpa kata. Dia mengusap belakangku perlahan-lahan.

"Aku tak sangka, orang yang aku paling percaya khianati aku pada akhirnya, Jai. Itu pun dia mati-matian tidak mahu mengaku. Aku sangka dia ikhlas sayangkan aku. Ikhlas menerima wasiat bapa aku. Tapi kau tengoklah apa yang jadi? Dia sanggup melakukan hal ini pada aku demi kepentingan dirinya sendiri."

Jai tidak menjawab. Dia termenung jauh ke hadapan. Mestilah dia tidak terkata. Pengakuanku bukan la sesuatu yang mudah untuk diterima oleh akal fikiran yang waras.

* * *

Rhea melentokkan kepalanya ke bahu Jai. Walaupun perit dikhianati saudara sendiri, dia merasa selamat dengan kehadiran Jai di sisinya.

Selepas beberapa minit mendiamkan diri, Rhea bersuara lagi.

"Tapi Stella sudah silap perkiraan. Dia tidak tahu kalau berlaku apa-apa pada aku, seperti kematian atau kemalangan yang menyebabkan kesan hilang keupayaan, semua asset MG Empire akan jatuh ke tangan ADS Corp. Dia tak kan dapat sesen pun dari harta itu. Legalah sebab aku sudah bertindak terlebih dahulu sebelum semua ini terjadi. Kalau tidak, dia pasti sedang bergembira sekarang ini."

"Apa kau cakap?"

"ADS Corp akan menjadi pemilik seluruh asset MG Empire kalau aku mati atau jadi cacat. Kenapa kau terkejut sangat ni?"

SORROWWhere stories live. Discover now