51

40 3 0
                                    

Drake memeluk dengan erat bahu Serah. Rasa syukurnya tidak terhingga kerana berhasil membawa lari gadis itu.

"Boss, kita dah hampir di pelabuhan." Luke bersuara.

"Okay. Sediakan barang yang aku suruh tu. Kalau Leon datang, keluarkan. Kalau tidak, kita masuk ikut jalan yang telah ditetapkan."

"Macam mana kalau ada orang-orang Leon berkawal di situ boss?"

"Aku akan uruskan mereka. Yang penting, kami bertiga selamat masuk ke dalam kapal tu. Dan, korang semua akan balik ke rumah masing-masing dengan aman."

"Baik boss."

Kereta diberhentikan di sebuah sudut yang agak terlindung dari pandangan orang ramai. Suasana persekitaran yang sudah gelap sedikit sebanyak memudahkan pergerakan mereka.

Stella melilaukan pandangannya ke sana sini. Dia mula merasa susah hati dengan tindakan melarikan diri yang di atur oleh Drake.

"Drake, betul ke kita akan selamat?"

"Kita akan selamat, asalkan kau tidak banyak bunyi, Stella. Sekarang duduk diam di sana tunggu isyarat untuk kita masuk ke dalam kapal itu. Faham tak?"

Stella mengangguk laju. Orang upahan Drake dipandang satu-persatu. Tiadakah satu orang pun di antara mereka ini yang berani membelot? Dia tidak mahu dituduh bersubahat dengan Drake lalu dipenjarakan.

"Drake." Stella memanggil. Ketika itu Serah sudahpun sedarkan diri namun tetap mendiamkam diri.

"Ada apa Stella?"

"Kenapa kita kena balik secara sembunyi-sembunyi macam ni? Kita kan ada passport. Kita boleh balik dengan cara yang sah di sisi undang-undang, kan?"

Drake menarik nafas panjang.

"Polis tengah cari kita, Stella. Kau mahu tertangkap di lapangan terbang?"

"Tapi tak kan kau nak kita jadi pelarian seumur hidup?"

"Jangan risau, Rhea akan uruskan semua itu dengan bantuan Joven. Yang penting sekarang ini, kita perlu balik ke tempat kita terlebih dahulu."

"Tapi dia ni bukan Rhea, Drake. Dia ni Serah Dias. Dia ada ibu bapa, dia bukan Rhea."

"Stella, kali ini kau kena percaya dengan cakap aku. Dia ini Rhea. Dia terpaksa menukar identiti kerana perbuatan jahat kau terhadap dia, kau faham tak? Kau yang menyebabkan semua ini berlaku. Kau dan anak kau tu, memang tidak tahu diuntung."

Stella menggeleng laju.

"Rhea sudah mati, Drake. Aku sendiri yang uruskan pengembumiannya. Kau dah silap orang. Kau akan dicari sebab menculik dia ni. Kau kembalikan sajalah dia ni kepada keluarga dia, okay?"

"Boleh tak kau berhenti melawan cakap aku? Kau dari dulu sampai sekarang sama saja. Aku kau tak hormat. Rhea kau tak suka. Asyik kau saja yang betul, pada hal kau tu bukan ahli keluarga kami pun. Kau tu anak tiri saja. Sedar-sedarlah dengan kedudukan kau tu, Stella. Bapa kau seorang kaki judi. Ibu kau seorang pencurang. Kau tiada hak hendak mengarah aku ataupun Rhea. Sekarang ni tutup mulut kau atau aku bunuh kau."

"Kau sudah gila."

"Aku tidak kisah kau nak cakap aku ini gila atau apa pun. Selepas kita selamat balik ke rumah nanti, semua ini akan selesai. Aditiya Seth akan menerima balasan atas perbuatannya."

"Apa yang kau cakap ni?"

"Senang. Aku akan membuat satu kenyataan yang akan menyebabkan lelaki itu dipenjarakan."

Stella menggeleng lagi. Kali ini dia mula menangis sambil berpeluk tubuh.

"Ughh.." Serah pura-pura menggeliat dan baru terjaga dari pengsannya.

SORROWTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang