Lembah Maut
Lembah maut ialah sebuah kawasan terpinggir di hujung kota besar negeri di bawah bayu itu. Kawasan itu menjadi tempat pembuangan sampah, sisa toksik dari kilang-kilang perindustrian dan macam-macam lagi. Ia mendapat namanya apabila dikatakan satu ketika dahulu, lembah itu menjadi lokasi untuk membunuh diri oleh golongan yang kecewa akibat putus cinta. Selain itu, khabar angin turut mengatakan, bukan setakat sampah sarap yang dibuang ke lembah tersebut, malah terdapat juga mayat manusia sering kelihatan di situ. Namun disebabkan kawasan tersebut terlalu kotor dan terasing, tiada siapa pun ambil kisah tentang kewujudan mayat-mayat tersebut. Bagaimanapun, sampah sarap ataupun mayat reput di lembah itu bukanlah bahaya yang perlu dirisaukan, sebaliknya kewujudan binatang buas di kawasan itulah yang sebenarnya menjadikan kawasan itu dipinggirkan. Pernah beberapa kali haiwan buas terutamanya haiwan pemakan daging dilihat berkeliaran di lembah itu. Tidak dapat dipastikan dari mana datangnya binatang-binatang tersebut, namun sama seperti mayat-mayat reput itu, pihak berkuasa seolah-olah tidak berminat dengan kewujudan haiwan-haiwan berbahaya itu. Sehingga ke hari ini, lembah maut tetap digeruni dan dihindari oleh orang awam.
Tapi tidak bagi Bre. Cerita mistik tentang lembah maut seolah-olah tidak wujud padanya ketika ini. Dia berpeluk tubuh, sambil bersandar di keretanya. Lembah maut terletak hanya beberapa kaki dari tempat dia berjejak. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan suasana semakin dingin. Hari beransur gelap dan penantiannya semakin memuncak. Tebing lembah maut itu direnung kemudian Bre tersenyum nipis.
Sekejap lagi Rhea, kau akan menjadi sampah sarap di lembah maut ini.
Deruman enjin kereta mematikan senyumannya. Rita dan Randi keluar dari kereta sambil mengheret seseorang bersama mereka.
Rhea.
Bre sempat merasa cemburu melihat gaun yang dipakai oleh Rhea. Gaun itu terlalu cantik dan pasti harganya juga mahal. Tapi tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya Rhea sempat memakai baju yang cantik itu sebelum menjadi sampah sarap di lembah maut.
Bre mengisyaratkan agar Rhea dipegang erat dan dipaksa berlutut di hadapannya. Tanpa sebarang amaran Bre melayangkan penampar sulung ke muka Rhea.
"Ughh... lepaskan aku! Kau siapa, apa kau nak?" Bre menggeleng kecil. Ayat biasa la kan kalau diculik dan didera sebelum dihukum.
Bre mencengkam dagu Rhea sekuat-kuat hatinya kemudian dia berbisik perlahan.
"Bercakap biar perlahan, Rhea. Kita tidak mahu menarik perhatian harimau atau singa yang berkeliaran di tempat ini."
Rhea terpegun sejenak. Dia berhenti meronta apabila akhirnya mengetahui siapa penculiknya itu.
"Bre? Aubrey? Itu kau ke?" Bre bertepuk tangan. Penutup kepala Rhea dibuka dengan kasar. Dandanan rambut Rhea kini rosak sama sekali.
"Bre, kenapa kau buat macam ni? I know you hate me, tapi kalau kau nak sesuatu, kau boleh cakap kan? Aku akan bagi tak kira apa sahaja benda tu."
Bre menggeleng laju. Dia meludah ke tanah.
"Kau tak akan dapat beri apa yang hilang dari aku, Rhea. Aku bencikan kau dan tambah benci sehingga aku tak sanggup lagi nak pandang muka kau ni."
"Bre, jangan la macam ni. Kita balik ke rumah, okay? Suruh orang-orang kau lepaskan aku, kita balik."
Rhea cuba merayu, air matanya berlinangan laju namun wajah Bre bertambah bengis melihat dia menangis.
"Diam." Bre membentak. Sepucuk pistol di keluarkan dari pakaiannya dan diacukan di kepala Rhea. Rhea kaku, tidak menyangka Bre sanggup melakukan hal itu kepadanya.
"Aku minta maaf Bre. Okay, kau nak apa cakap je, aku akan bagi. Kau nak duit, rumah.. anything. Aku akan bagi."
"Kau ingat aku ni kemaruk dengan duit kau macam Stella? Hei perempuan, kau dengar sini ya, aku tak hairan la dengan duit kau tu! Kau jutawan ke pengemis ke, sama je pada aku. Aku tetap bencikan kau dan tak akan suka dengan kau sampai bila-bila pun."
YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...