45

36 3 0
                                    

Selepas wasiat Don Gavin dibacakan, Stella mula menjalankan rancangan jahatnya ke atas Rhea. Segala kebaikan yang dipamerkan di hadapan Rhea hanyalah lakonan semata-mata demi meraih kepercayaan Rhea.

Stella telah mengupah seorang pemuda bernama Mic untuk menggoda Rhea dengan harapan Rhea akan jatuh cinta dengan Mic. Selepas itu, Stella telah merancang satu kemalangan yang mana mengakibatkan kereta Rhea meletup dan Rhea cedera parah. Mic telah diarahkan untuk menjadi hero di tempat kejadian, untuk memudahkan proses suai kenal mereka.

Bagaimana pun rancangan Stella tidak berjalan dengan lancar dengan kehadiran kau dan kakak kau. Bre mula masuk campur dalam situasi itu tanpa mengetahui kedudukan perkara sebenar. Dia jatuh cinta terhadap Mic sehingga dia hamil. Namun Mic enggan bertanggungjawab kerana perkahwinannya dengan Rhea sudah ditentukan. Pada masa itu pula, kau sengaja dihantar ke Jakarta oleh Stella kerana mereka tidak mahu kau melindungi Rhea sekaligus merosakkan rancangan mereka.

Mic meminta pertolongan seorang doktor, yang merupakan kawan baiknya untuk menggugurkan kandungan Bre. Tindakan Mic itu membuatkan Bre semakin berdendam dengan Rhea. Dia menganggap, semua yang berlaku itu disebabkan Rhea. Pada hari pertunangan Mic dan Rhea, Bre telah mengupah Paula, seorang penyangak yang turut melakukan kerja-kerja kotor untuk Stella, menculik Rhea dan membawa Rhea ke tebing tinggi Lembah Maut.

Di sana, Bre telah menembak Rhea di kaki kanan, namun Rhea berjaya menyelamatkan diri. Dia telah terjun dari tebing tinggi itu ke Lembah Maut.

Pada masa yang sama, Jai turut berada di Lembah Maut kerana diculik semasa dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pertunangan Rhea dan Mic.

Rhea dan Jai membunuh penjahat yang menculik Jai sekaligus memudahkan rancangan Rhea untuk memalsukan kematiannya.

Kematian Rhea dan Conrad bagaimanapun tidak menjadikan Stella sebagai pewaris empayar perniagaan Don Gavin. Perkara itulah yang membuatkan Drake Ivanshov muncul dan mengaku sebagai anak yang sah dari Don Gavin. Tapi yang sebenarnya, dia ialah Conrad Andre Gavin. Dia telah terlebih dahulu 'mati' kerana merasa dikhianati oleh bapanya sendiri.

Kini, Stella dan Drake telah bergabung untuk merampas semula harta peninggalan Don Gavin. Cuma Stella belum tahu kebenaran tentang identiti sebenar Drake.

Sebab itu Mark, kami perlukan kau sekarang ini. Stella tidak boleh tahu, kau tahu tentang semua ini. Kau kena selamat demi Rhea dan MG Empire.





Mark kelu tidak terkata. Semua yang dikatakan oleh Serah, Jai, Tristan dan Aditiya Seth terlalu banyak untuk diterimanya. Jantungnya berdegup kencang. Kepalanya terasa pening. Mark memandang ke arah Serah.

Terlihat perasaan serba salah di wajah gadis itu. Apa yang perlu aku lakukan? Mark bersandar ke sofa. Matanya dipejamkan sambil cuba bernafas setenang yang mungkin.

"Apa yang kita perlu lakukan sekarang?"

Selepas lama mendiamkan diri, Mark akhirnya bersuara.

"Aku akan keluar berjumpa dengan Drake Ivanshov."

"Kau sudah gila? Dia akan bunuh kau. Tidak boleh. Jai, jangan benarkan dia keluar dari rumah."

"Itu lah rancangannya, Mark. Kita tidak boleh menyembunyikan Serah. Sebab dia bukan Rhea. Kita tidak mahu Drake sedar yang kita telah tahu segala-galanya tentang dia. Tentang keselamatan Serah, jangan risau. Tristan akan uruskan semuanya."

"Tapi.. Serah.. boleh tak fikirkan cara lain? Terlalu bahaya, betul tak?"

"Kita tiada jalan lain, Mark. Kita juga tidak boleh biarkan perkara ini berlarutan. Nanti lebih ramai yang menjadi mangsa Stella dan Drake."

SORROWWhere stories live. Discover now