17

32 2 0
                                    

Mark melemparkan buku catatannya ke atas meja. Terpaksa meninggalkan Rhea ketika gadis itu sedang sakit sudah satu masalah. Sekarang, timbul pula masalah lain.

Mak kau dah carikan jodoh untuk aku. Mic. Kau ingat lelaki yang selamatkan aku masa aku kemalangan hari tu tak? Rupanya dia tu kawan mak kau. Aku pun tak tahu bagaimana dia boleh terfikir nak kahwinkan aku dengan Mic. Alasan dia senang saja, demi keselamatan aku. Kau boleh percaya ke? Kau kena percaya dan kena balik secepat mungkin. Sebab hujung bulan depan, majlis pertunangan aku dan Mic akan berlangsung. Kau jangan cakap aku gila, mak kau tu yang kurang waras.

Gila. Stella memang sudah hilang akal. Kandungan email Rhea yang diterimanya siang tadi benar-benar membuatkan dia terganggu.

At least, cukup seratus hari juga la Conrad meninggal dunia, baru Stella terfikirkan idea bernasnya itu.

Apa kejadahnya mengatur jodoh Rhea dengan Mic, orang yang baru dikenali oleh Rhea? Stella sengaja beralasan. Dia tahu, Stella sengaja membebankan Rhea dengan macam-macam perkara supaya kelak, dia punya alasan untuk mengambil alih harta kekayaan Rhea.

Mark menggeleng lagi. Tapi tak kanlah secepat itu? Hujung bulan depan? Tinggal dua minggu lagi lah jawabnya.

Pintu pejabatnya diketuk.

"Mark, boss panggil ke site."

Teman sekerjanya, Andra muncul dengan air muka yang serius.

"Laa.. kita kan baru balik dari sana? Ada apa lagi?"

"Ada tiang tumbang."

"Masalah lagi. Ye lah, mari kita pergi."

* * *

Rhea merenung Mic ketika Mic sedang asyik menyuap makanan. Temujanji pertama mereka akhirnya terjadi selepas Rhea dibenarkan balik ke rumah. Janggal dan kekok. Itulah yang boleh dikatakan untuk menggambarkan perasaannya sekarang ini. Rhea berdehem kecil membuatkan Mic beralih perhatian kepadanya.

"Kenapa ni, awak nak order makanan lain ke?" Mic segera bertanya apabila melihat makanan dalam piring Rhea masih belum terusik.

"Tak, saya cuma tak ada selera nak makan. Banyak sangat benda dalam yang bermain dalam fikiran saya."

Mic berhenti menyuap. Dia meletakkan makannya ke tepi kemudian menumpukan perhatian kepada Rhea.

"Beritahulah dengan saya. Ini tentu soal rancangan perkahwinan kita, betul tak?"

Rhea mengangguk perlahan.

"Okay, cuba cakap apa yang menganggu awak selain perkara itu?"

"Semuanya. Mic, perkara ini terlalu mendadak. Kita baru bertemu beberapa hari yang lepas. Masih banyak perkara yang saya tak tahu pasal awak dan awak juga begitu. Macam mana awak boleh berlagak tenang begini? Saya sampai tak lalu nak tidur gara-gara perkara yang satu ni."

Mic mengukir senyuman.

"Saya tiada masalah. Tentang apa saja atau pun pasal perkara ini. Saya percayakan Stella dan awak. I mean, semua orang kenal dengan awak, Rhea Gavin. Jangan salah faham, saya bukan stalker okay."

Rhea menggeleng.

"Bukan begitu, Mic. Ini soal perkahwinan. Soal masa depan saya dan awak juga. Kalau kita bersetuju untuk menerima cadangan Stella, bermakna kita tidak lagi berpeluang menentukan masa depan kita sendiri."

"Oh, bermakna awak dah ada pilihan hati awak sendiri la ya?"

Rhea lantas menidakkan anggapan Mic.

"Tak, saya tak ada sesiapa pun, okay. Cuma saya tak sedap hati. Saya tak nak melukakan hati dan perasaan awak. Saya juga tidak mahu awak bekorban begitu banyak demi rancangan Stella ini."

SORROWWhere stories live. Discover now