41

37 3 0
                                    

Serah dan Heidi mengetuai acara makan malam di Alia Mansion pada hari kedua selepas majlis pertunangan tempoh hari.

Sekali lagi, kenalan rapat Aditiya termasuk Stella, Drake, Mark dan Emma hadir ke mansion tersebut.

Ada satu ketika, Serah ditinggalkan berseorangan di ruang menyediakan makanan, dan entah bagaimana Drake berjaya menyelinap sekaligus menghampiri Serah.

"Drake." Serah mencengkam dadanya, kerana Drake tiba-tiba sahaja berdiri betul-betul di belakangnya.

"Serah, aku minta maaf, tapi aku betul-betul perlu bercakap dengan kau, bersendirian."

Serah memandang tepat ke muka Drake, kalau diikutkan hati, mahu saja dia menampar lelaki itu dengan kuali atau pinggan atau apa saja, namun dia sedaya upaya untuk bersabar.

"Cakap la."

"Bukan di sini, Serah."

"Cakap di sini, atau aku menjerit." Serah mula naik angin. Heidi pula lambat sangat kembali dari dewan makan.

"Okay. Okay. Jangan menjerit. Tolonglah, Serah okay. Aku cuma nak tanya, betul ke kau ni berasal dari Spain? Betul ke Ira Sharma dan Jhon Dias tu ibu bapa kandung kau?"

"What? Drake, dari mana datangnya soalan-soalan kau ni? Apa hak kau nak tanya aku macam tu?"

"Just.. just.. kau.. kau bukan Serah Dias. Betul kan? Kau ni adik aku, Rhea Gavin. You can lie to everyone but not me. Tell me the truth. Kau ni Rhea Gavin, kan?" Drake cuba mencapai lengan Serah, hendak memeluknya.

"Jai..!!!!!" Serah menjerit sekuat-kuat hatinya. Drake menjadi panik lantas menekup mulut Serah dan mengheretnya keluar dari ruang itu.

"Serah! Serah! Raj! Jai!! Tolong..!!" Heidi yang ketika itu melihat kejadian tu berteriak sambil berlari mengejar Drake.

"Heidi..!! Tolong aku..!! Heidi....!!"

"Lepaskan dia! Serah..! Jai..!!"

Heidi mencapai sebuah pasu bunga dan mencampakkannya ke arah Drake.

"Heidi, stop it! Aku.. aku tak berniat apa-apa pun okay? Calm down."

"Hell you! Lepaskan dia, sekarang juga!" Heidi melaung lagi. Serah menangis teresak-esak dalam cengkaman Drake.

"Aku cuma nak bercakap dengan Serah, please Heidi."

"Ini kau kata bercakap, kau sakitkan dia. Lepaskan dia, sekarang!" Heidi merasa hatinya bagaikan disiat-siat melihat keadaan Serah yang ketakutan itu.

"Heidi..." Serah merintih, menggigil ketakutan.

"Serah.. please, don't cry. Aku tak ada niat nak sakitkan kau, okay? Aku ni abang kau. Aku sayangkan kau, okay?"

"Apa yang kau cakap ni? Lepaskan dia! Jaiiii....!!!" Heidi menjerit lagi.

"What happen?" Raj muncul di belakang Heidi, dan tergamam melihat kekacauan yang sedang berlaku itu.

"Drake, apa kau buat ni?" Raj cuba untuk menghampiri, tapi Drake bergerak mundur ke belakang sambil mengheret Serah.

"Raj, I don't mean to hurt her. Okay?"

"Heidi..." Serah teresak lagi.

"Drake, lepaskan Serah. Please.." Heidi mula menangis.

"Lepaskan dia sekarang juga, Drake." Jai muncul dari arah belakang Drake sambil mengacukan pistol.

"Jai.. Jai.." Serah mencengkam lengan Drake yang memaut tubuhnya.

"Lepaskan dia." Jai bersuara lagi. Drake mengangguk kecil. Situasi yang agak berat sebelah itu membuatkan dia mengalah. Dia melepaskan cengkamannya pada Serah dan mengangkat tangannya ke udara.

SORROWTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang