Rhea ditemani Emma datang menziarahi kubur ibu bapanya dan Conrad. Keadaan persekitaran yang sunyi sepi membuatkan dia terbuai dengan perasaan.
"Papa, mama, abang, aku akan bertunang dengan Michael pada hari sabtu ini. Kamu tahu, aku tidak memerlukan apa-apa lagi di dalam hidup aku, tapi kenapa aku malah ditinggalkan bersendirian? Conrad, kau tak tahu betapa takutnya aku menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran kau di sisi aku."
Rhea berpeluk tubuh. Airmatanya dikesat.
"Aku berharap Stella melakukan perkara yang betul demi menjaga amanah yang papa tinggalkan pada kami. Oh ya.. maafkan Rhea papa, sebab Rhea tidak mampu menguruskan MG Empire sekaligus dengan MG properties. Rhea meminta pertolongan Stella, nasib baik dia bersetuju, kalau tidak entah apa yang akan berlaku dengan MG Empire."
"Terlalu awal Conrad tinggalkan Rhea, pa. Belum sempat Rhea belajar tentang selok belok perniagaan kita, dia dah pun pergi. Rhea hilang tempat bergantung harap, dan sebab itu jugalah Rhea terpaksa bersetuju dengan cadangan Stella untuk berkahwin dengan Mic. Rhea takut, papa. Bagaimana kalau perkahwinan ini tidak mengubah apa-apa malah memburukkan keadaan? Pada siapa lagi Rhea hendak meminta pertolongan?"
Emma memegang bahu Rhea. Gadis itu semakin hanyut dengan emosinya.
"Ma, Stella berikan cincin ini pada Rhea sebagai tanda Rhea akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Rhea harap keputusan Rhea tepat. Rhea tidak mahu mengecewakan mama, papa dan Conrad."
"Rhea, hujan nak turun ni, mari kita balik. Nanti kita datang lagi, okay?"
"Kau jalan la dulu, kejap lagi aku datang."
"Tak apa la, aku tunggu kau di sini je."
Rhea mengangguk kecil. Perasaannya kian murung.
"Kau tertekan pasal perkahwinan kau?" Emma bersuara. Rhea menoleh kepada Emma lantas mengangguk perlahan.
"Aku tak sedap hati la Emma. Macam ada benda yang tak kena je. Kau rasa betul ke keputusan aku menerima cadangan Stella tu?"
"Kau nak aku berterus-terang?"
"Kau cakap je la."
"Aku tak percayakan Stella. Walaupun dia cakap dia buat semua ni demi keselamatan kau, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dia tu."
"Kenapa kau cakap macam tu pula?"
"Entah la. Kau kena kahwin dengan Mic tu tak apa la, kan? Tapi masalah kau ni selesai ke lepas kau kahwin nanti?"
"Aku pun fikir macam tu juga. Banyak benda yang bermain-main di fikiran aku sekarang ni, Emma. Kalau jadi sesuatu pada aku, aku nak kau ingat benda ni baik-baik."
Emma tidak bersuara. Dia membiarkan Rhea meluahkan apa yang dirasainya ketika itu. Selepas setengah jam berlalu, mereka meninggalkan kawasan perkuburan tersebut.
* * *
Stella mengerling dengan ekor mata ke arah Bre yang datang berlenggang-lenggok ke arahnya. Anak itu kalau dia mahukan sesuatu, ulahnya harus yang paling molek.
"Ma, jom pergi lunch sama-sama."
"I can't, Bre. I dah janji dengan Rhea. Why not you come with us?"
"No. Mesti you nak borak pasal majlis kahwin dia tu, kan?"
Stella meletakkan pen yang dipegangnya. Dia merenung muka Bre seakan-akan hendak menelan anak itu hidup-hidup.
"Mom, jangan tengok I macam tu, please. You know I tak boleh duduk sekali dengan Rhea sambil discuss pasal majlis dia tu. Tak kuasa la I."
"I fikir you dah mula sukakan dia."

ANDA SEDANG MEMBACA
SORROW
Ficción GeneralRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...