15

39 2 0
                                    

"Mom, kenapa you tak pernah kenalkan Mic pada I? Sejak bila you kenal dengan dia tu?"

Bre memulakan sesi soal siasat. Stella memandang wajah Bre sekilas.

"Dah lama, tapi Bre, I nak kenalkan Mic pada Rhea, bukan pada you. You ingat tak masa mula-mula Rhea balik, I ada bawa korang pergi dinner dekat satu resort ni?"

"Ingatlah. Kenapa?"

"I ada cakap nak kenalkan kawan I pada Rhea kan? Mic itu la orangnya."

"Oh.. you mean that Mic is also owner resort tu juga ke?"

"Of course. See, you dah mula setuju dengan pilihan I, betul tak?"

"Pilihan? Untuk apa?"

"I nak jodohkan Rhea dengan Mic tu."

"What?! I mean, kenapa pula you kena buat macam tu? Macam mana kalau Mic dah ada girlfriend?"

"Dia tak boleh tolak tawaran I punya. Lagipun Rhea tu lebih bagus dari kawan-kawan perempuan dia. Mereka memang sepadan. Kalau Rhea setuju, bulan depan juga I nak kahwinkan mereka."

"Mom, slow down there. Rhea masih terlantar di hospital dan you dah sibuk atur rancangan perkahwinan dia? I mean, seriously? Dia setuju ke?"

"Dia tak ada pilihan lain, Bre. You see, situasi kita sekarang ni amat bahaya tau. I atau Mark atau you tak dapat saling menjaga antara satu sama lain pun. Apa lagi Rhea. If you remember, Conrad was dead. Now, Rhea menjadi sasaran penjahat,  I rasa dengan kahwinkan dia dengan Mic sajalah dapat melindungi dia twenty four hours."

"Oh god, mom, you can always hire a bodyguards for her. Tak perlu la nak kahwinkan dia dengan orang asing."

"Mic bukan orang asing, Bre. Dia yang selamatkan Rhea, and for your information, they get along so nicely tau. I pasti Rhea pasti akan setuju berkahwin dengan Mic."

Bre mati ayat. Stella nampaknya sudah nekad. Tapi, tiada istilah sudah terlambat dalam kamus hidupnya. Mic tidak boleh berkahwin dengan Rhea. Tidak boleh, selepas dia sendiri sudah mula merasakan Mic adalah lelaki idamannya selama ini. Kaya, kacak dan penyayang. Dia sudah jatuh cinta pada pandangan pertama!

"Bre, kita kena pergi sekarang. Urusan membuat ID card Rhea mesti dipercepatkan. And oh ya, I ada sesuatu untuk you."

"Apa tu?"

"Here, your money. Use wisely. Rhea yang luluskan loan you. So, I harap you tak akan buat apa-apa yang akan menyusahkan I nanti."

"Wow.. you, I mean Rhea luluskan loan I? Thank you."

"Don't thank me. You should thank her. Marilah, nanti lambat."

"Okay mom."

Bre tersenyum sinis.

Aku akan buat apa saja asalkan Mic jatuh ke tangan aku.

* * *

Rhea membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya segera dipegang.

"Uughhh.." dia merintih kesakitan apabila tersentuh luka pada dahinya.

"Awak dah bangun?" Mic segera mendapatkan Rhea.

"Mic? Awak masih berada di sini? Mark mana?"

"Dia pergi beli makanan. Sekejap lagi baliklah tu. Awak nak apa-apa tak?"

"Air."

"Okay." Mic menuangkan air ke dalam gelas kemudian menghulurkannya kepada Rhea.

"Let me help you." Rhea mengukir senyuman. Mic membantunya bersandar di kepala katil.

SORROWWhere stories live. Discover now