16

35 2 0
                                    

Stella memerhati setiap seorang pekerja MG Properties yang datang melawat Rhea. Seolah-olah mereka ialah orang asing yang boleh membawa bencana terhadap keselamatan Rhea. Emma pula tidak menang tangan menyambut buah tangan yang dibawa, sehingga penuh meja dan sofa tempat dia meletakkan barang-barang tersebut.

"Finally." Rhea menoleh ke arah kakak tirinya itu. Selepas agak lama mendiamkan diri, Stella akhirnya bersuara.

"Kenapa tu?" Dia bertanya.

"Sesak nafas I tengok staff you keluar masuk dalam bilik ni. Satu pejabat datang melawat."

"Kau ni, biar la diaorang datang."

"Ye I tahu. Ni, Mark tak datang lagi ke?"

"Dia kata petang nanti baru dia datang. Esok dia kena outstation ke Indonesia. Betul ke?"

"Dia cakap macam tu ke?"

"Ha ah.. projek diaorang dekat situ ada masalah, so dia kena datang tengok."

"Kan? Tu la, budak tu dari dulu lagi I dah bawa kerja dengan kita, tapi tak nak. Malu katanya, makan gaji dengan keluarga sendiri. Sekarang, you tengok la. Dalam situasi yang bahaya macam ni pun dia kena pergi jauh pula."

"Aku risau la Elle."

"I pun risau juga. Tak apa, lepas dia balik nanti, I cuba pujuk dia lagi. Tak pun you cakap dengan dia, siapa tahu cakap you dia dengar."

Rhea terdiam seketika, selepas itu barulah dia mengangguk kecil.

"Okay, aku cuba."

Stella mengukir senyuman.

"Rhea, I ada benda nak cakap dengan you ni. Benda penting sangat." Emma mengangkat muka. Rhea memandangnya sekilas.

"Pasal you dan keselamatan you."

"Okay, apa dia?"

"Mark ada beritahu dengan I yang you tak setuju mengupah pengawal peribadi. Kenapa?"

"Err.. sebab masa tu aku tak nampak pun gunanya.. tapi sekarang ni lepas apa yang berlaku.. aku rasa aku setuju kot nak ambil bodyguard."

"Hmm.. elok la tu. Itu satu. Yang kedua ni pun I harap you bersetuju juga."

"Apa dia?"

"I nak you berkahwin dengan Mic. Secepat yang mungkin."

Emma dan Rhea terlopong mendengar cadangan bernas Stella yang seterusnya.

Rhea menggeleng kecil, manakala suaranya tidak terkeluar dari kerongkongan.

"Tapi.. kami.. apa kau cakap ni Elle? Kau jangan bergurau boleh tak?"

"I tak bergurau, Rhea. I lakukan semua ni demi keselamatan you. You dah setuju mengupah bodyguard, ya okay, fine. Mereka boleh melindungi you setiap masa dan di mana juga, tapi tidak sebaik saja you masuk ke dalam rumah. Emma, Ruben atau I pun tak kan mampu berkawal untuk you sepanjang masa. Please Rhea, fikir baik-baik pasal benda ni."

"Tapi Stella ini soal kahwin. Aku baru je kenal dengan Mic, tak sempat berbual lama pun. Kenapa kau boleh terfikir nak jodohkan kami pula? Mic sendiri bagaimana? Dia mesti hendak menentukan jalan kehidupannya sendiri, betul tak?"

"You je yang baru kenal dengan Mic. I dah kenal lama dengan budak tu. Orangnya baik, menghormati orang tua dan pandai mencari duit. Atau you nak calon suami yang kaya macam you?"

"Stella, no. Tak kisah la kaya ke tidak, ini soal kahwin. Aku.. macam mana aku nak bagi keputusan kalau kita je yang berbincang pasal ni? Entah la Stella. Agaknya kau memang dah benci sangat dengan aku sampai kau aturkan jodoh aku juga."

SORROWWhere stories live. Discover now