Aditiya Seth dan Karmila berpandangan sesama mereka sambil menunggu bait bicara dari Heidi. Bakal menantu mereka itu kelihatan sedikit pucat kerana tidak mengenakan mekap seperti lazimnya. Dia juga tampil ringkas dengan tshirt dan jeans. Rambutnya dibiarkan terlepas. Air mukanya tenang namun jelas dia sedang memikirkan sesuatu.
"Heidi, kalau ada apa-apa masalah, cakaplah dengan kami. Walaupun ia berkenaan dengan Raj, cakap saja."
Heidi mengangkat muka. Jarinya yang masih memakai cincin pertunangannya dengan Raj diangkat keriba.
"Kenapa Heidi?"
"Tuan Seth, Puan Karmila, saya tahu apa yang akan saya katakan ini mungkin tidak masuk akal bagi tuan dan puan, tapi inilah kebenarannya. Kedatangan saya ke sini sebab hendak membatalkan pertunangan saya dan Raj."
Suasana agak sepi seketika. Masing-masing cuba memberi reaksi yang tidak keterlaluan walaupun kata-kata Heidi itu memang tidak terduga. Aditiya Seth lebih tenang riak wajahnya, manakala Karmila semakin lama semakin jelas gelabahnya.
"Okay, tapi kenapa Heidi? Kami tahu Raj itu kadang-kadang cuai dan nakal, tapi selama ini kau tetap memaafkan dia. Apa pula yang berlaku kali ini sampai kau hendak batalkan pertunangan kamu?"
Heidi mengesat hidungnya dengan tisu. Karmila dipandang sekilas.
"Ini bukan tentang Raj, puan. Ini tentang saya. Tentang kisah silam saya yang tiada siapa pun yang tahu hinggalah ke hari ini. Selama ini saya hidup dengan pembohongan orang lain. Saya tinggalkan tempat asal saya atas kehendak orang lain. Saya abaikan perkara terindah yang berlaku dalam hidup saya sebab ancaman orang lain. Saya.. saya pernah kehilangan segala-galanya dalam hidup saya sebab orang lain. Lelaki yang saya cintai meninggalkan saya tapi saya diberitahu tentang pembohongan yang lain. Saya melepaskan satu-satunya tanda cinta kami sebab tiada pilihan lain. Sekarang, saya akan membuat pilihan sekali lagi untuk menentukan kehidupan saya selepas ini."
"Apa yang kamu cakapkan ini Heidi? Bila masa pula semua ini berlaku kepada kamu?"
"Perkara ini berlaku duapuluh tahun yang lepas, puan. Semasa saya masih remaja, mentah dalam mengenal erti kehidupan. Semasa saya tidak punya apa-apa kecuali perasaan saya kepada orang itu. Tapi semua itu tidak akan kembali lagi, dia sudah mati. Dia sudah meninggalkan saya buat selama-lamanya."
"Duapuluh tahun yang lalu? Kenapa baru sekarang kau ceritakan perkara ini kepada kami? Apa kaitannya dengan Raj dan pertunangan kamu?"
"Perkara ini tiada kena mengenanya dengan Raj. Tapi.., ada kaitannya dengan Jai dan Serah."
"Jai dan Serah? Heidi, lebih baik kamu berterus terang, apa sebenarnya yang hendak kau katakan."
"Nama sebenar saya ialah Samira Lavine. Saya menggunakan nama Heidi Fernandez selepas bergiat aktif dalam dunia modeling. Selain itu, saya mahu mengelakkan orang-orang suruhan Conrad Andre Gavin dari menjejaki saya. Saya melarikan diri seumur hidup dari lelaki itu."
"Samira Lavine? Kau.. kau ini.."
"Ya, Tuan Seth. Serah itu anak kandung saya dengan Karlous. Sebab itu saya hendak membatalkan pertunangan saya dengan Raj. Bukan sebab itu saja, kalau puan hendak tahu kenapa saya tidak boleh meneruskan hubungan kami, tempoh hari ketika saya dan Jai ke apartmen Raj, dia baru saja selesai mengadakan sex party dengan kawan-kawannya. Puan mungkin dapat menerima perbuatan Raj itu, sebab dia anak puan, tapi saya tidak. Saya tidak mahu seorang lelaki yang mengamalkan sex bebas menjadi ketua dalam keluarga saya. Oh dan yang paling penting, saya tidak pernah cintakan dia."
Karmila ternganga. Aditiya Seth memakukan pandangannya ke muka Heidi, seolah-olah hendak menggahibkan wanita itu dari hadapannya.
"Fikirlah apa saja, Tuan Seth. Katalah apa pun, kebenaran ini tidak akan berubah. Saya akan membatalkan pertunangan saya dengan Raj atas sebab saya tidak cintakan dia lagi. Saya harap tuan faham, kenapa tuan tidak boleh menghebahkan kaitannya dengan Serah. Tuan sering mengatakan yang Don Gavin itu sahabat sejati tuan, jadi saya anggap tuan faham dan mengerti kenapa saya melakukan semua ini."
![](https://img.wattpad.com/cover/161616485-288-k48265.jpg)
YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...