49

31 2 0
                                    

"Kita dah sampai. Tinggalkan semua barang yang ada bersama-sama dengan korang di dalam kereta." Raj bersuara sambil mengeluarkan dompet dan telefonnya dari saku seluar.

Heidi dan Jai berpandangan namun tidak berani membantah.

"Tunggu di sini." Raj menambah.

"Kau nak ke mana?"

"Kau nampak lelaki tua tu? Dia tu informer untuk Krakon di atas ni. Sarang mereka berada di bawah. Nak sampai ke bawah, kita kena tanya informer tu."

Jai mengangguk. Heidi berpeluk tubuh. Mula merasa bengang dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh penyangak yang bernama Krakon ini.

Jai memerhatikan keadaan sekeliling. Sekilas pandang, tiada orang yang akan menyangka tempat itu ialah sarang penyangak. Tempat itu begitu bersih dan terpelihara. Beberapa orang kanak-kanak asyik bermain bola tidak jauh dari tempat mereka meletakkan kereta. Beberapa buah gerai menjual buah dan sayur-sayuran turut didirikan di sepanjang jalan. Pendek kata, tiada yang mencurigakan dengan tempat itu. Pandai Krakon menyembunyikan diri dari pihak berkuasa.

Selepas sepuluh minit berlalu, Raj kembali dengan raut muka yang ketat.

"Macam mana?" Jai bertanya.

"Dia boleh aturkan pertemuan kita dengan Krakon dengan syarat, kau kena hentikan penglibatan pihak polis dalam hal ini. Kau tahu la, polis dan penjahat mana boleh bekerjasama."

Jai mengeluh berat. Mestilah Tristan tidak mahu undur diri begitu saja.

"Tidak boleh Raj. Tak kan la aku nak minta Tristan berhenti mencari Serah. Lagipun, aku bukan nak suruh Krakon yang pergi mencari Serah. Aku cuma nak dia bagi lokasi yang kemungkinan dijadikan tempat bersembunyi oleh Drake."

Raj mengusap dagunya. Dia menoleh sekali lagi kearah lelaki tua itu.

"Khidmat mereka bukan percuma, Jai. Memberi maklumat dan melakukan kerja itu sama saja bagi mereka."

"Aku tahu la. Aku akan bayar berapa saja yang mereka minta, asalkan kita tahu di mana Drake membawa Serah."

"Okay, aku akan cuba tanya orang itu lagi."

Heidi merengus kencang.

"Kalau aku tahu begini jadinya, awal-awal lagi aku dah langgar mati Drake tu. Menyusahkan orang saja. Adik dia sendiri dia sanggup buat macam tu."

"Kita tidak sangka jadi begini, kan? Aku kalau jumpa dia sekarang ni, memang habis la dia aku kerjakan."

Heidi menggeleng perlahan. Kepalanya berdenyut-denyut dek sinaran matahari.

"Kau okay tak ni?"

"Aku okay. Panas sangat ni."

Jai memandang ke hadapan. Raj melambai ke arah lelaki tua itu sambil mengisyaratkan agar mereka masuk ke dalam kereta.

"Dapat tak?" Heidi segera bertanya sebaik saja Raj menyertai mereka.

"Lelaki tua tu berikan aku nombor telefon ni. Dia kata orang ini lah yang melakukan kerja-kerja seperti yang kau cakap tu." Jai menyambut cebisan kertas yang diberikan oleh Raj.

"Kita pergi dari sini dulu. Dalam perjalanan nanti kau call nombor ni." Jai tidak menjawab. Dia menekan pedal minyak dan meninggalkan sarang penjahat itu secepat yang mungkin.

* * *

Jai meletakkan keretanya di sebuah taman awam yang terletak di tepi sebuah tasik buatan. Dia menoleh ke kiri dan kanan kemudian mendail nombor telefon yang diberikan oleh Raj.

Raj mengambil kesempatan itu untuk menghampiri Heidi.

"Heidi, aku tahu kau marah, tapi aku harap kau dapat maafkan aku, okay?" Heidi menoleh merenung ke muka Raj yang berserabut.

"Of course I will forgive you, Raj. Everyone make mistakes. Tapi, cukup la kau melakukan semua kegiatan kau tu di belakang aku. I will end everthing between us, lepas Jai berjaya menemukan Serah. You will be free from me and you can do anything you wants, back to your old life. For now, please keep your distance from me."

"Heidi, kita dah nak berkahwin okay? Tak kan kau nak putuskan pertunangan kita pula? Kau kata kau dah maafkan aku."

"Memaafkan tidak bermakna aku menerima dengan hati yang lapang semua yang kau buat, Raj. Aku maafkan kau sebab aku pernah mencintai kau. Aku tidak mahu berdendam dengan kau. Dan aku tidak mahu kau terus merasa serba salah terhadap aku."

"Aku akan tinggalkan semuanya, tapi jangan putuskan hubungan kita, sayang, okay. Kau cakap la apa saja, minta la apa saja, tapi jangan bubarkan pertunangan kita."

"What if.. aku yang melakukan semua itu? Kalau kau sendiri yang menangkap aku tidur dengan lelaki lain di rumah aku, dapat ke kau maafkan aku? Dapat kau terima semua itu? Bakal isteri kau, bakal ibu kepada anak-anak kau tidur dengan lelaki lain, berparty macam tak ingat dunia. Apa perasaan kau?"

Raj kelu. Wajah Heidi ditatap lama.

"No. Kau tidak akan mampu maafkan aku. Apatah lagi meneruskan perkahwinan kita. Sebab itu Raj, kau jangan la bersusah payah untuk menjernihkan lagi keadaan di antara kita. I am done with you."

"Heidi.."

Jai menghampiri Raj dan Heidi.

"Orang itu nak bertemu dengan aku, berseorangan. Aku hantar korang balik dulu."

"No I am fine. Aku naik teksi je. Anything happen, call me."

"Sure. Kau bagaimana?" Raj mengeluh. Heidi yang semakin menjauh dipandang dengan perasaan yang hiba.

"My life is done. Dia akan tinggalkan aku."

"I am sorry." Jai menepuk bahu abangnya itu.

"Nah.. I will be fine. Kau pergilah, selamatkan Serah dan tangkap penjahat tu. You deserve to be happy."

"Okay. Aku pergi dulu."

Raj mengangguk. Jai bergegas mendapatkan keretanya. Dia melambai ke arah Raj dan menggerakkan kereta menuju ke tempat pertemuannya dengan orang suruhan Krakon.

* * *

Hospital

Anna dan Vya sudah sedarkan diri. Walaupun begitu, doktor belum mengizinkan mereka berdua untuk keluar dari hospital.

Ira memeluk Anna.

"I am sorry mom. Saya tak dapat selamatkan Shea." Ira menggeleng kecil.

"She will be fine. Jai akan jumpa dia."

"Those guy have a gun, mom. He shoot us.. and he took Shea with him. I am afraid mom.."

"Syhh.. sudah la Anna. Kakak kau tak akan apa-apa. Asalkan kau dan Vya dah selamat." Anna merebahkan badannya ke pangkuan Ira.

"I am sorry mom.." dia menangis semahu-mahunya. Jhon mengusap lembut bahu anaknya itu.

"Lets have faith, Anna. Kakak kau akan selamat." Anna tidak mampu menjawab. Hanya tangisannya saja yang kedengaran.

Ira mengangkat muka, memandang ke arah Jhon.

"Everything will be alright." Ira mengukir senyuman, dia mengangguk kecil sambil mahu mempercayai kata-kata suaminya itu.

"Everything will be alright."

SORROWWhere stories live. Discover now