14

32 3 0
                                    

"Ma, where have you been? Aku call banyak kali tak dapat, mama dari mana ni?"

Stella tidak mempedulikan bebelan Mark. Keadaan kesihatan Rhea lebih penting daripada pertanyaan anak bujangnya itu.

"Jangan nak mula membebel, Mark. Rhea mana? Bagaimana keadaan dia?"

"She is fine. Luka kecil je."

Maknanya tak matilah? Nasib baik betul.

Stella mengurut dahinya kemudian duduk perlahan-lahan di sebelah Mark.

"Ma, are you okay?"

"I am fine. Just.. I kesal sebab.. entahlah Mark. You tak faham apa yang I rasa sekarang ni. Kakak you mana?"

"Dia masih berada di Manila. Petang nanti baru balik."

"Good. Kenapa you duduk di luar ni? Kenapa tak jaga Rhea di dalam?"

"Ma, ini ialah kawasan rawatan kecemasan. Rhea belum dipindahkan ke ward."

"Oh.. sorry.."

Mark memeluk bahu ibunya itu apabila Stella kelihatan sangat muram dan tidak bereaksi seperti selalu.

"Ma, are you sure you okay?"

"I am fine, Mark. Tadi you kata you call banyak kali, kenapa? Fon I law battery. Silent mood pula."

"I don't know if I have to tell you this."

"Just tell me. What happen? I mean if you call me sebab nak beritahu pasal Rhea, I minta maaf sangat-sangat. Okay, I bangun lewat sebab I pergi clubbing semalam and tidur di hotel. Sorry sebab tak call."

"No ma, you pergi club is just fine. As long you safe. Kami yang duduk di rumah pun boleh diserang, so you better ikut cakap polis lepas ni. Jangan kerap sangat keluar waktu malam. Kalau you nak berparti, buat kat rumah je. Bawa semua kawan-kawan you, asal you selamat."

"Apa maksud you, kamu kena serang di rumah? Ada penceroboh masuk dalam rumah ke?"

"Tak masuk dalam rumah.. tapi.. orang jahat tu.. tinggalkan bangkai haiwan depan rumah. Lepas tu satu halaman kena simbah dengan darah haiwan tu, dah macam tapak penyembeilhan. Bau busuk dia usah cerita. Nasib baik Rhea lewat bangun, kalau tak entah apa jadi dengan dia."

Stella terlopong. Dahsyat sangat tu!

"Habis tu.. apa jadi dengan rumah tu sekarang?"

"Polis dah arahkan pekerja pembersihan
bersihkan kawasan tu. Buat sementara ni, Rhea tinggal di Vila Bening."

"My god.. I have no idea.. lepas tu.."

"Ya. Tadi dia keluar pergi ambil barang di kedai. Masa balik tu la dia kena langgar. I mean, mom, really? Siapa yang benci sangat dengan dia sampai sanggup buat aniaya macam tu sekali?"

Stella menggeleng. Dia termenung jauh seolah-olah sedang berfikir tapi pada hakikatnya dia sedang bergembira kerana semua rancangannya berjaya, setakat ini.

"Hello, maafkan saya. Mark, Rhea macam mana?"

Stella dan Mark berpaling serentak ke arah suara tersebut.

"Mic? Kau buat apa di sini?" Stella pura-pura terkejut.

"Mama kenal dia ke?"

"Kenal. Dia kawan mama la. Dan you, macam mana you boleh kenal dengan dia? Dan Rhea?"

"Ma, Mic yang bawa Rhea ke hospital. Polis dah pun ambil keterangan dia. Kalau dia tak ada, entah apa akan jadi pada Rhea."

Stella terpegun sekali lagi.

SORROWTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang