47

29 3 0
                                    

"Jai?" Heidi memanggil perlahan.

"Ada apa Heidi?" Jai bertanya. Wajah Heidi dipandang sekilas. Walaupun dia tidak berapa mesra dengan bakal kakak iparnya itu, dia tetap menghormatinya.

"I know this is not the right time to ask, but still."

"Its fine. Tanya je lah. Lagipun ini je masa terluang yang kita ada. Apa dia?"

"Its about Serah. You know, biar aku berterus terang dengan kau. Aku dan Stella pernah berkawan baik, masa kami sama-sama menuntut di sekolah menengah dulu." Jai segera memandang Heidi.

"Really? So, apa kaitannya dengan Serah?"

"I don't know. Tapi aku rasa tak sedap hati pasal sesuatu. Tempoh hari, aku ada berjumpa dengan Stella. Dia sempat memberitahu dengan aku, tentang ahli keluarganya." Heidi berjeda, menarik nafas panjang kemudian menambah.

"Betul ke Stella tu anak tiri Don Gavin?"

Jai mengerutkan muka.

"Kau kata kamu kawan baik, tapi pasal ini pun kau tidak tahu?"

"I know right? Nama dia pun Stella Weston. Aku cuma tahu dia anak orang kaya dan ada dua orang adik. Stella tidak suka bercerita tentang ahli keluarganya. Alasan Stella senang, dia bencikan ahli keluarganya kecuali duit bapa tirinya yang banyak."

"Sampai sekarang macam tu. Kalau bukan kerana dia, semua benda ni tak jadi. Entah hantu apa yang merasuk dalam badan dia tu, sampai sanggup nak jahanamkan adik dia sendiri. Dia dan Drake tu sama saja. Perangai setan."

"Drake? Lelaki yang datang dengan Stella tempoh hari kan?"

"Iya Heidi. Drake itulah. Kenapa kau kenal dia juga?"

"No. Tapi aku tak boleh lupa apa yang dia cakapkan tempoh hari. Dia berulang kali mengatakan Serah itu adik dia. Apa maksudnya, Jai? Siapa dia tu yang sebenarnya?"

"Senang cerita, Drake Ivanshov tu kemunculan semula Conrad Andre Gavin. Dia memalsukan kematiannya sendiri gara-gara wasiat Don Gavin."

"Conrad? Tapi Stella cakap dia sudah mati."

"Kau tak dengar apa yang aku cakap tadi? Dia merancang sebuah kemalangan dan pura-pura mati. Selepas kematian penipu itu pula, Stella mengambil kesempatan itu untuk menjahanamkan Rhea Gavin. Sampai mati Rhea dibuat Stella."

Heidi terpaku. Kalau Drake itu Conrad, bermakna Serah itu Rhea. Heidi bingkas berdiri sambil termundar mandir di hadapan Jai.

"Kau ni dah kenapa? Sekarang ni kau dah tahu, Drake itu bahaya. Jadi jauhkan diri dari dia. Kali ini aku akan pastikan dia dan kakak dia tu mereput di dalam penjara."

"Jai, betul ke Serah itu Rhea?" Jai terdiam. Muka sembap Heidi ditatap dalam-dalam.

"Kenapa kau tanya macam tu pula?"

"Malam itu Drake bersungguh-sungguh mengatakan Serah itu adik dia. Kalau Drake itu Conrad, bermakna Serah itu Rhea. Cakaplah Jai. Betul ke Serah itu Rhea?"

Jai menggeleng.

"I need to know the truth, Jai. Jawablah, ya atau pun tidak."

"Penting sangat benda ni pada kau?"

"Aku tak akan tanya kalau tidak penting, Jai. Kebenaran yang kau akan beritahu aku ini akan mengubah keputusan aku untuk meneruskan perkahwinan aku dengan Raj ataupun tidak."

"Kau dah gila? Kenapa pula kau nak batalkan perkahwinan kau dengan Raj?"

"Sebabnya, kalau Serah itu Rhea, bermakna dia itu anak kandung aku dengan Don Gavin. Sekarang, kau cakap dengan aku, Jai. Beritahu dengan aku kebenarannya."

SORROWWhere stories live. Discover now