Stella menghempaskan penumbuknya di atas meja. Paula sampai terlompat akibat bunyi bising tersebut.
"Kau nak pecahkan meja ni, Stella? Aku tahulah kau banyak duit."
"Banyak duit kau kata? Aku dah jatuh miskin kau tahu. Bila-bila masa saja aku boleh bankrap, gara-gara budak tulah."
"Oh.. jadi, peguam dah baca wasiat Don Gavin, itu ke sebabnya kau jadi gila macam ni?"
"Ya Paula, ya. Dan untuk pengetahuan kau, sesen pun harta orang tua tu aku tak dapat."
"Apa maksud kau tak dapat walau sesen? Takkan Rhea.."
"Kau jangan sebut nama tu di depan aku sekarang. Nampaknya, aku kena jalankan rancangan terakhir aku. Aku tidak boleh biarkan budak tu menguasai MG Properties sorang diri."
"Wah.. jadi MG Properties dah jatuh ke tangan adik kau tu? Parah kau Stella."
"Aku tahulah. Aku ingatkan semuanya dibahagi sama rata, rupanya tidak. MG Empire dah jadi milik Conrad. Aku? Aku hanya dapat 20% saham dalam syarikat. Aku tak tahulah apa Conrad rasakan sekarang ini. Orang tua tu betul-betul dah khianati aku dengan Conrad."
"Hmm.. jadi, apa rancangan kau sekarang?"
"Kita pergi jumpa Michael sekarang. Aku nak dia mula bekerja esok hari juga. Aku tak boleh biarkan Rhea menguasai MG Properties terlalu lama."
"Yelah, jom. Risau pula aku tengok kau macam ni."
Stella merengus kencang. Masalah. Masalah.
........................................................................
Doktor Elise berlari-lari anak menuju ke kereta yang sedang menunggunya. Conrad tersenyum lebar sebaik saja melihat wanita itu. Dia dengan sikap budiman membukakan pintu keretanya untuk doktor itu.
"Sorrylah, aku lambat sikit."
"Tak apa. Aku sengaja datang awal."
Elise mengukir senyuman. Conrad mencapai tangan wanita itu dan mengucupnya.
"Adik aku dah balik."
"Oh."
"Kita kena jalankan rancangan itu awal bulan depan. Aku dah bankrap. MG Properties dah jadi milik Rhea."
"Okay, aku akan mulakan persediaan esok. Kau pula kalau boleh jangan ambil alkohol atau dadah sehingga tarikh temujanji kau."
"Aku tahu. Jom, aku bawa kau ke satu tempat. Kau mesti suka."
"Okay, jom."
Elise melebarkan senyuman. Wajah Conrad yang kacak ditatap sepenuh perasaan. Untunglah siapa yang menjadi suri hidup Conrad kelak.
........................................................................
Rhea membunyikan hon sebaik saja selamat sampai di alamat rumah yang diberikan oleh Conrad kepadanya. Dia mengukir senyuman, terkagum dengan ketenangan suasana kampung halaman Emma.
Seorang kanak-kanak muncul kemudian masuk semula ke dalam rumah. Rhea menanti penuh sabar. Tidak lama kemudian, Emma pun keluar.
"Rhea? Rhea, itu kau?"
Rhea ketawa girang lantas berlari memeluk Emma.
"Emma, apa khabar?"
"Oh Tuhan, kau sudah begitu besar Rhea. Kenapa kau tak beritahu nak datang?"
"Saja, nak bagi kejutan. Kau apa khabar?"
"Beginilah, hidup di kampung ni walaupun susah tapi tenang. Kau kenapa tiba-tiba muncul di sini? Kau nak kahwin?" Rhea tertawa besar mendengar tuduhan Emma.

ANDA SEDANG MEMBACA
SORROW
BeletrieRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...