Bre termundar mandir di hadapan Randi. Kenapalah Rita dan Paula lambat sangat sampai?
"Lambat lagi ke?" Randi mengangkat kepala memandang ke arah gadis itu. Randi menatap jam tangannya.
"Tunggulah sekejap lagi. Jalan jammed agaknya. Lagipun tempat ni jauh dari rumah kau."
Bre mengeluh panjang.
"Kau duduk la dulu. Penat aku tengok kau macam tu."
"Aku tak boleh bertenang selagi Paula tak datang ke sini."
"Suka hati kau la."
Bre akhirnya beralah. Dia duduk di sebuah kerusi sambil memandang ke pintu masuk gudang lama tersebut. Sebuah kereta berwarna hitam muncul selepas lima minit dia cuba bertenang.
"Sampai pun." Randi memecahkan kesunyian.
Paula dan Rita segera keluar dari kereta. Bre melonjak dari tempat duduknya.
"Apa hal kau ada di tempat macam ni?" Paula bertanya. Dia menyalakan sebatang rokok. Bre menggeleng laju.
"Stella mana? Rhea dan Mic?"
"Mereka semua ada di Kristal Mansion. Sekarang jawab soalan aku. Aku tak boleh lama sangat di luar ni, nanti Stella syak macam-macam."
"Pedulikan orang tua tu. Sekarang aku nak kau buat satu kerja untuk aku."
"Boleh, tapi khidmat aku bukan percuma Bre."
"Aku tahulah." Bre berlalu menuju ke kereta yang dipinjamkan oleh Randi kepadanya. Dia muncul semula sambil membawa sebuah beg lantas dibuka dan diletakkan di hadapan Rita dan Paula.
"Satu juta untuk kau dan orang-orang kau. Bawa Rhea ke sini sebelum majlis pertunangan berlangsung. Lepas tu aku bagi lagi sejuta."
"Senang sangat tu. Boleh aku tanya kenapa kau sanggup berhabis dua juta semata-mata nak bawa Rhea ke sini?"
"Aku nak bunuh perempuan tu."
"Kau biar betul. Stella tidak pula sanggup membunuh adik dia tu."
"Aku malas nak bersembang banyak. Pokoknya, Rhea mesti dibawa ke sini dan kau akan dapat duit kau."
"Aku tak boleh bawa Rhea keluar dari rumah tu. Stella akan tahu. Rita dan Randi akan buat kerja ini."
Bre tiba-tiba naik angin dengan mengacukan pistol ke arah Paula. Paula mengerutkan kening kemudian memandang ke arah Rita dan Randi.
"Aku kata, bawa Rhea ke sini dan kau akan dapat duit kau. Kau faham tak?!"
"Tahulah, aku cuma tanya je, kenapa kau nak bunuh Rhea tu? Apa masalah kau sebenarnya?"
"Masalah aku, dia tidak boleh bertunang dengan Mic. Mic tu kepunyaan aku. Kau tahu tak Mic dah kurung aku di rumah, lepas tu paksa aku makan ubat untuk gugurkan kandungan aku, sebab perempuan itulah. Sekarang, kau pergi bawa dia ke sini."
"Oh.. pasal Mic pun kau naik gila macam ni? Sabarlah sikit. Kau duduk diam-diam di sini, biar kami bawa perempuan tu, okay?"
"Sebelum jam lima petang, Rhea mesti ada di sini. Kau lakukan apa saja asalkan mereka gagal mencari Rhea sehingga aku bereskan perempuan tu. Faham?"
"Baik boss. Duit ni aku bawa ya. Rita, Randi, jom. Tinggalkan handfon kau kepada dia, senang aku nak call kalau jadi apa-apa nanti."
Randi menyerahkan telefonnya kepada Bre tanpa banyak soal.
"Oh ya, satu perkara lagi Bre."
Bang! Bre jatuh tersungkur di atas tanah. Pistol yang dipegangnya tercampak jauh. Paula menghampirinya kemudian merentap rambutnya dengan kasar.
YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...