"Kenapa dengan papa?"
"Entahlah. Aku cuma rasa beruntung sebab kau ambil risiko untuk menjaga aku, sebab, kalau tak, aku sendiri tak dapat bayangkan di mana dan bagaimana keadaan aku sekarang ni, jika situasinya berbeza."
Conrad merenung ke dalam mata adik perempuannya itu.
"Betullah tu. Aku sendiri pun tak sangka, walaupun Stella bermati-matian hendak aku hantar kau ke rumah kebajikan."
"Stella, dia memang tidak pernah sukakan aku, dari dulu sampai sekarang."
"Kau tahu sebabnya kan. Bila keputusan ujian DNA kau membuktikan kau adalah anak kandung papa, dia bertambah terancam. Macamlah kau ni sebutir bom yang akan meletup pada bila-bila masa saja. Aku tak faham betul dengan dia tu."
Rhea tertawa kecil bila mendengar Conrad merungut.
"Kadang-kadang aku terfikir juga, boleh ke dia buang perasaan benci dia tu, sekiranya aku serahkan semua benda yang dia mahu?"
Conrad menggeleng kecil. Bibirnya membentuk senyuman.
"Sikap Stella takkan berubah, Rhea. Perangai tu dia warisi dari mak dia. Keturunan putar belit, kau jangan kisahkan sangat dia tu. Kau jaga baik-baik amanah papa. Kerjakan dan bantu orang, beramal, itu yang sebaik-baiknya."
Rhea mengangguk kecil.
"Betul juga tu. Eh.. aku belum pernah lawat rumah kebajikan yang mama tubuhkan dulu tu. Masih beroperasi ke?"
"Masih. Tapi tulah, rumah kebajikan tu dah daif."
"Kau tak pergi tengok-tengok ke?"
Conrad menggeleng.
"Rumah tu mengingatkan aku kepada mama. Kau tahulah."
"Tak apalah. Kalau ada masa nanti aku pergi sana."
"Elok juga tu. Kau buat la apa yang kau fikirkan patut."
"Jam berapa flight kau esok?"
"Jam 8 pagi. Kenapa?"
"Saja nak tahu. Sempat kita bersarapan bersama kan? Nanti aku cakap dengan Stella."
"Suka hati kau lah. Rhea?"
"Hmm..?"
"Luangkan masa dengan aku hari ni, boleh?"
"Aii.. lain macam je bunyi? Ada apa-apa ke?"
"Saja. Kita boleh bercerita tentang apa saja yang kau nak tahu. Aku sedar, kau masih tak tahu banyak pasal family kita. Pasal mama, pasal Stella mungkin."
"Okay. Great idea. So kita lepak di rumah kau lah kan?"
Conrad tersenyum sambil mengangguk kecil.
"Okay lets go shopping."
"Nak shopping apa?"
"Makanan la. Kita nak bercerita sambil makan okay. Aku tak nak buang masa memasak ke apa ke, faham tak ni?"
"Amboi.. kan senang kita makan je dulu. Dah tak payah risau pasal lapar."
"Aku perlukan makanan. Kau nak ikut, jom. Tak nak, tunggu aku di rumah."
"Fine. Jom, borong satu supermarket tu. Order pizza je kan senang."
"Still."
"Okay. Mari."
Rhea tertawa menang. Dia memaut lengan Conrad yang jelas terhibur dengan telatahnya.
* * *
Stella memandang Michael atau Mic dengan mata yang seakan-akan mahu mengeluarkan api. Anak muda itu pula cuba berlagak tenang namun masih gagal menyembunyikan rasa gementarnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/161616485-288-k48265.jpg)
YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...