Jai mendengar dengan teliti apa yang diucapkan oleh pembantunya melalui telefon.
"Okay, terima kasih." Jai memutuskan talian dan mendial semula.
"Tristan, ada perkara penting yang aku nak kau buat. Kau dengar baik-baik."
Selepas lima minit ke hulu ke hilir sambil bercakap di dalam telefon, akhirnya Jai memutuskan talian. Dia bergegas menemui Serah dan yang lainnya lobi airport.
"Dah selesai semuanya?" Jhon bertanya.
"Dah."
"Kalau macam tu, jom cek in. Nanti lambat."
"Okay, jom."
Anna memaut erat lengan Ira menuju ke pintu pemeriksaan. Manakala Serah sempat menyedari air muka Jai yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
"Are you okay?"
"I am fine. Nanti aku cerita dengan kau."
"Okay."
* * *
Aditiya, Karmila dan Octavia sudah tidak senang duduk, menunggu ketibaan Jhon Dias sekeluarga. Sesekali Adit menatap jam tangannya, manakala Karmila tertoleh ke sana sini, lagaknya bagai mencari orang yang sesat.
"Mama, papa, sabar la. Kejap lagi keluar la dia orang tu, fokus di pintu ketibaan tu je."
"Dah lambat ni, sepatutnya dah sampai."
"Ma, flight dia orang baru je sampai. Aduh.. kan bagus mama dan papa stay di rumah je tadi?"
"Mana boleh Vya, mama rindu dengan Shea tu. Dah lama mama tak jumpa dia."
"Aii.. Aunty Ira mama tak rindu ke? Girlfirend Jai pula yang mama nak sangat nak jumpa?"
"Bakal menantu mama tu, Vya."
"Vya, jangan berbahas dengan mama kamu kalau soal Serah. Kamu takkan menang. Oh itu pun mereka. Jhon...! Sini..!"
Octavia melompat dari kerusinya lantas berdiri di celah ibu dan ayahnya itu.
"Mana satu Serah ma?"
"Tu, yang adik kau dok iring bagai puteri kayangan. Aduhai... manisnya dia..."
Octavia terpaku memandang Serah sehinggalah mereka sampai dan berpeluk-pelukan dengan orang tuanya.
"Vya, kenapa dengan kamu ni? Ini lah Serah yang mama selalu ceritakan tu. Serah, ini Octavia, kakak Jai."
Karmila mencuit pinggang Octavia yang terpaku di tempatnya.
"Hai Octavia, selamat bertemu."
Serah menghulurkan tangan untuk bersalaman namun Octavia mendakapnya erat-erat.
"Selamat bertemu juga, cik idaman hamba. Okay, one important thing, aku je ke yang perasan benda ni?"
"Apa dia Vya? Jangan nak mula mengarut boleh tak?"
"Tak, aku kena cakap juga. Serah, you dengan Heidi Fernandez tu adik beradik ke?"
Aditiya dan Karmila sekaligus menumpukan perhatian ke arah Serah.
"Err.. tak rasanya. Tapi Jai pun pernah cakap, yang saya mirip dengan orang yang bernama Heidi Fernandez ni."
"Kan? Entah apa reaksi Heidi bila dia berjumpa dengan kau nanti. Serius, Jai girlfriend kau ni dengan bakal kakak ipar kau tu memang mirip habis."
"Vya, stop it. Shea is your aunty daughter and far away from that relationship with Heidi you talking about. Forget about this and never bring it up again."
YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...