Heidi merapikan dirinya buat kali yang terakhir sementara menunggu dijemput oleh pemandu khas ke tempat majlis pertunangannya dengan Raj dilangsungkan. Dia tersenyum manis melihat penampilannya di hadapan cermin.
Akhirnya selepas bertahun-tahun lamanya dia berusaha untuk bangkit dari kisah silamnya yang suram, dia kini bakal menjalani kehidupan yang dia impikan.
Slyvester Raj Seth, anak sulung lelaki kepada Aditiya Seth, akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Puas dia mengatur strategi, jenuh dia berpura-pura, demi meraih cinta dan perhatian anak muda yang kaya raya itu, dan kini dia sudah boleh menarik nafas lega.
Walaupun terlalu banyak yang dia rahsiakan tentang dirinya, semua itu tidak penting lagi. Malahan, memori itu sepatutnya tidak perlu di ingati lagi.
Dia kini adalah Heidi Fernandez. Cukup hanya itu yang dia perlu ingat sepanjang masa.
Telefon bimbitnya berbunyi menerima mesej ringkas.
Kau dah tengok interview Jai dengan tunang dia? You should watch it. Its like the hottest news of the town right now.
"Jai dah bertunang? Tapi dengan siapa? Bagus la, sekurang-kurangnya aku tak perlu nak berbaik-baik dengan si Rita tu. Padan muka dia."
Heidi segera mengunggah Youtube dan mencari channel khusus untuk keluarga Seth.
Exclusive interview with Jai Seth and Serah Dias.
"Oh.. jadi nama perempuan itu Serah Dias? Hmm.. not that bad. Lets watch."
Heidi meletakkan telefonnya di atas meja. Ketika Jai dan Serah muncul di skrin, dia terpaku sejenak.
Reporter : Selamat malam dan selamat sejahtera Encik Jai Seth dan Cik Serah Dias. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah walaupun keadaan sedikit sibuk.
Jai : No, its fine.
Serah yang duduk di sebelah Jai turut mengangguk kecil.
Reporter : Baiklah, rasanya saya tidak perlu lagi perkenalkan Encik Jai kepada audience memandangkan encik adalah most wanted, most famous, most followed bachelor of the town. Betul ya encik Jai?
Jai : Begitu ke? Rasanya tidaklah sampai begitu sekali. (ketawa kecil)
Reporter : Kali ini kita akan fokus kepada pengumuman yang baru sebentar tadi encik lakukan di live streming kakak encik iaitu Octavia. Boleh encik berikan sedikit penjelasan tentang perkara itu?
Jai : Okay, pertama sekali, ya saya mengesahkan perkara itu adalah benar. Saya sudah pun bertunang dengan gadis pilihan saya sendiri iaitu Cik Serah Dias, yang ada bersama-sama dengan saya ketika ini.
Reporter : Okay.. I mean, wow.. and congratulation!
Jai dan Serah : Sama-sama.
Reporter : Seterusnya, soalan wajib la kan? Kenapa merahsiakan kehadiran Cik Dias selama ini? Ye la, sebelum ni ke mana-mana seorang diri, alih-alih dah bertunang. Ada sebab tertentu ke kenapa tidak pernah membawa Cik Dias ke mata umum sebelum ini?
Jai : Okay, biar saya berterus terang saja. Saya mengenali Serah sudah lama. Tapi disebabkan dia menetap di luar negara, kami tidak selalu berjumpa. Jadi, tiada istilah saya menyembunyikan dia atau merahsiakan dia dari pengetahuan umum.
Reporter : Oh.. menetap di luar negara rupanya. Patut la jarang sekali kelihatan. Okay, Cik Dias mungkin hendak menambah sesuatu.
Serah : Okay, pertama sekali selamat bertemu.
Reporter : Ya.. ya.. baiknya dia. Sila, teruskan.
Serah : Seperti yang Jai katakan tadi, kami tidak pernah menyembunyikan kebersamaan kami. Cuma jarak itu yang menyebabkan kami jarang bertemu. Tapi dia rajin call, hantar mesej.
Reporter : Wah.. betul- betul percintaan jarak jauh ni. Boleh ulas sikit sejak bila mula bercinta dan seterusnya mengambil keputusan untuk bertunang.
Jai dan Serah berpandangan.
Jai : Saya jawab dulu. Kalau ada yang kurang, you tambah.
Serah : Okay.
Reporter tersebut hanya tersenyum melihat ulah pasangan tersebut.
Jai : Kami.., sejujurnya tidak pernah bercinta.
Reporter : Oh come on. Give me the real answer man.
Jai tertawa kemudian menyambung.
Jai : Betul la. Saya mengambil keputusan untuk melamar dia selepas kami sering berjumpa sejak awal tahun ini. Dia seorang gadis yang baik, menghormati semua orang, penuh dengan kasih sayang, dan yang paling utama dia setia dengan saya. So, terlintas di fikiran saya, kenapa saya perlu menunggu lagi? Dia gadis yang sempurna di mata saya dan itulah yang mendorong saya untuk melamar dia.
Reporter bertepuk tangan sambil mengangguk mengiakan hujah Jai.
Reporter : Cik Dias, boleh luahkan perasaan cik bila tiba-tiba dilamar oleh rakan baik cik sendiri?
Serah : Saya tentulah terkejut. (ketawa). Jai yang saya kenal tidak pernah menjadikan sesuatu yang serius sebagai bahan jenaka. Jadi, bila dia datang ke Spain, semata-mata hendak melamar saya, god! Saya bagaikan hendak pengsan. Walau pun sebelum ini kami jarang bertemu, kami sering berhubung melalui telefon. Sebagai seorang perempuan, tentulah saya terkesan dengan perhatian yang diberikannya itu. Sehingga sekarang, saya masih adakalanya terlupa, bahawa dia ini adalah tunangan saya.
Reporter : Ye la, selama ini kawan baik saja. Belum sempat bercinta dah bertunang. You betul-betul gentleman Encik Jai. Okay, next question. Bila dah bertunang ni, orang tentu akan tanya bila pula nak kahwin?
Jai : Kami akan berkahwin. Itu sudah pasti. Tiada sebab untuk kami membubarkan pertunangan kami hanya kerana kami kawan baik yang belum sempat bercinta. Cinta boleh hadir pada bila-bila masa sahaja, betul tak? Lagipula, saya rasa lebih selesa membawa dia ke mana saja saya pergi, selepas kami bertunang. Soal kahwin tu, saya akan umumkan sekiranya kami sudah mencapai kata sepakat tentang bila dan di mana tempatnya.
Reporter : Okay. Yang terakhir untuk edisi kali ini, sebab saya menjangkakan, kita akan lebih kerap bertemu selepas ini, boleh ye Encik Jai, Cik Dias?
Jai dan Serah mengangguk kecil.
Reporter : Bagaimana penerimaan keluarga terhadap pertunangan kalian ini?
Jai : You jawab dulu.
Serah : Okay. Err.. macam keluarga saya, mereka amat senang dengan kehadiran Jai setiap kali dia berkunjung ke rumah kami di Spain. Mereka senang dengan cara dia membawa diri, senang dengan cara dia berkomunikasi secara personal dengan mereka pendek kata mereka memang sukakan dia. Jadi, bila Jai memberitahu dia sudah melamar saya siap bagi cincin lagi, mereka gembira. Ya, kerana sebagai ibu bapa, mereka tentunya berharap anak mereka menemui orang yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.
Jai : Kalau anda semua hendak tahu, ibu saya, Karmila Seth, pernah beritahu dengan saya, kalau dia hanya akan menerima Serah Dias sebagai menantu, isteri saya maksudnya. Pada mulanya, saya berfikir, apa maksudnya itu? Sebab, seperti yang anda semua maklum, Karmila Seth itu bukan mudah untuk ditawan hatinya. Tapi bila saya perkenalkan Serah kepada dia, dia terus suka. Jadi, semuanya mudah bagi kami.
Reporter : Bak kata pepatah, match made in heaven la ni? Semoga semuanya terus dipermudahkan untuk anda berdua.
Jai dan Serah : Terima kasih.
Reporter : Kalau dah dapat tarikh kahwin, jangan lupa call saya, okay?
Jai : Sudah tentu.
Reporter : Sekian sahaja temuramah saya dengan pasangan ini, untuk kali ini. Kita jumpa lagi.
Beberapa gambar Raj dan Serah turut disertakan di akhir temuramah itu. Heidi menarik nafas panjang panjang.
Dia tidak punya masalah dengan gaya dan personaliti yang ditunjukkan oleh Serah di dalam interview itu. Dia nampak ikhlas dan tidak try hard untuk kelihatan bagus. Di sisi lain, walaupun Jai mengaku belum sempat bercinta dengan tunangnya itu, nampak sangat dia mencintai Serah. Words can lies, but body language tell all the truth.
Lantas dia meninggalkan komen yang paling dikiranya sesuai untuk pasangan itu.
'Looking forward to you guys. Congrats!'
Tulisnya.

YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...