Mic memberikan arahan tegas kepada konco-konconya yang ditugaskan untuk menjaga Bre. Sejak Bre mengugutnya untuk membocorkan hubungan mereka kepada Stella dan Rhea, Mic nekad untuk mengurung wanita simpanannya itu di apartment Bre sendiri. Kandungan Bre pula berhasil digugurkan atas bantuan Doktor Elise, yang merupakan kawan lama Mic.
"Jaga dia baik-baik. Jangan sampai dia terlepas, kalau tidak nahas kamu saya kerjakan."
"Baik boss."
* * *
Bre merapikan pakaiannya. Sudah dua hari dia menjadi tawanan di dalam rumahya sendiri. Mic tidak membenarkan dia keluar dari rumah atau menggunakan telefon. Kandungannya sudah gugur, tidak mengapa. Tapi Mic tidak boleh berkahwin dengan Rhea. Sebab Rhea la, Mic membuat keputusan di luar jangkaan. Perempuan itu memang pembawa nasib malang kepada sesiapa sahaja yang rapat dengannya.
Don Gavin sudah mati. Conrad juga sudah mati. Kini anaknya pula menerima nasib yang sama. Kalau keadaan ini berterusan, Stella mungkin akan mati, malah Mark juga. Bre menggeleng laju. Fikirannya berserabut memikirkan pelan untuk menyingkirkan Rhea.
Malam nanti, majlis pertunangan Rhea dan Mic akan dilangsungkan di Kristal Mansion. Dia perlu melepaskan diri dari kawalan konco-konco Mic sekiranya dia hendak menghalang majlis tersebut.
Bre termundar mandir di ruang tamu rumahnya sambil memikirkan cara yang paling cepat untuk melepaskan diri. Dia perlukan bantuan bukan dari Stella tapi seseorang yang boleh membawanya pergi jauh dari Mic sekaligus membantunya menyingkirkan Rhea.
Telefon rumah dan telefon bimbitnya sudah diputuskan oleh Mic. Bre tidak punya pilihan, selain mencuba untuk mempengaruhi pengawal yang ditugaskan untuk menjaganya itu.
Bre membuka pintu apartmentnya.
"Maaf cik, cik tidak boleh keluar."
"Itu aku tahu. Aku cuma nak pinjam telefon, boleh? Nama kau siapa?"
"Nama saya Jed, dia Stan."
"Okay, Jed, aku nak buat panggilan. Satu panggilan sahaja."
"Tapi boss tak benarkan cik menggunakan telefon."
"Dia tidak berada di sini kan? Lagipun dia tidak akan tahu kalau kamu tidak beritahu dengan dia."
Stan dan Jed berpandangan lagi.
"Aku akan ganti kredit panggilan yang aku gunakan tu, okay? Tunggu sekejap."
Bre begegas ke bilik tidur. Dia menyelongkar beg duitnya. Tanpa mengira jumlah wang tersebut, dia menggenggamnya dan kembali semula mendapatkan Jed dan Stan.
"Nah. Ini ganti kredit panggilan itu. Tolonglah Jed, sekejap saja."
"Dua minit."
Jed menghulurkan telefonnya kepada Bre. Tanpa berlengah, Bre mendail nombor telefon Paula.
* * *
"Aku kena jawab panggilan ini." Paula menjauh dari Stella tanpa menunggu jawaban rakan sekutunya itu.
Paula mengerutkan kening sebelum menyambut panggilan dari nombor yang tidak diketahui itu.
"Hello?"
"Paula, ini aku Bre. Dengar baik-baik apa yang aku nak cakap ini. Aku nak kau hantar orang kau ke rumah aku sekarang juga. Sediakan sebuah lagi kereta untuk aku. Pastikan orang yang kau hantar itu lengkap bersenjata. Aku tak ada masa nak jelaskan pada kau. Lepas aku keluar dari sini, aku akan call kau balik."
Paula mengerling ke arah Stella, kemudian membuat satu lagi panggilan.
"Paula, jom. Aku kena ambil barang dari kedai ni."

ANDA SEDANG MEMBACA
SORROW
Ficción GeneralRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...