Seth Residence - Alia Mansion
"Selamat datang ke rumah Encik Aditiya Seth."
"Terima kasih encik tuan rumah. Besar rumah kau? Berapa family yang tinggal di dalam ni?"
"Hanya kami berlima. Kau tahulah bapa dan mak aku tu bagaimana orangnya. Mereka gemar mengadakan kenduri kesyukuran, tapi tidak berapa minat masuk campur dalam hal keluarga orang lain."
"Oh.. aku suka dengan prinsip mak bapa kau. Mendorong orang lain untuk lebih berusaha memajukan diri."
"Kau memang semua benda kau suka. Sebelum kita menyertai acara meriah di dalam tu, mari aku tunjukkan di mana kau nak tinggal sehingga majlis ini selesai."
"Amboi.. kau nak halau aku lepas majlis abang kau lah ya?"
"Tak, tapi aku nak bawa kau tinggal di rumah aku."
Serah hampir-hampir mahu melompat kegirangan namun satu sosok yang sungguh jelita membantutkan niatnya itu.
"Jai!" Tanpa diduga wanita jelita itu mendakap Jai sambil tertawa girang.
"You finaly home. I miss you so much!"
Oh Margarita Nikandro. Serah sempat membuat muka ke arah Jai apabila Margarita seolah-olah tidak menyedari kehadirannya di situ.
"Rita, aku okay. Ini rumah aku, kau tak perlu menahan aku di depan pintu macam ni."
Margarita melepaskan dakapannya dan hendak mengucup pipi Jai tapi sepantas kilat Serah menarik Jai ke sisinya.
"What the hell? Who are you girl?"
Serah memandang Jai, really?
"She is my fiancee. Touch her and you will know where did you came from."
"Fi.. fiancee..? Are you kidding me? Jai, you pergi tak sampai dua hari dan sekarang ni you mengaku you dah bertunang?"
"I don't need to explain anything to you. Come baby, mama mesti cari kau sebab kita dah lambat sangat ni."
Serah mengangguk kecil. Ini yang namanya Margarita Nikandro? Tak senonoh betul, patut la Karmila tidak berkenan.
"Kau fikirkan apa tu?"
"Margarita itu la. Kenapa dia masih ada muka nak datang ke sini?"
"Sebab bapa dia tu salah seorang ahli lembaga pengarah di syarikat penerbitan papa."
"Oh.. aku rasa aku nak lempang je muka dia tadi tu. Terdesak sangat, sampai aku yang terpacak di situ pun dia tidak sedar."
"Lain kali kau boleh lempang dia, okay? Esok ke lusa ke? Ya? Sekarang ni, kita kena cepat. Kau tak nak dengar mama membebel kan?"
"Alaa.. mama kau tu senang je nak handle. Jangan risau, aku kan ada?"
"Aku lupa, kau ni life saviour aku. Dah, mari masuk. Ini bilik aku. Kau stay di sini demi keselamatan kau, okay?"
"Terima kasih. Boleh tahan mewah bilik kau ni. Kenapa tak letak swimming pool?"
"Perli. Bilik ni aku yang design selepas graduate hari tu. Two in one. Jadi bilik besar macam ni la. Kau pakai bilik tu, aku biasa guna yang ini. Bilik mandi dan tandas kena kongsi. Pintu almari yang tu. Kau susun la kain baju kau di dalam tu. Oh, dan kalau tak silap mama dah letakkan baju yang kau kena pakai malam ni dan esok dalam tu. Kau pandai-pandai la cari."
"Penat aku dengar kau bercakap ni."
"Ye la. Karang kalau aku tak beritahu, kau sesat pula."
"Hmm.." Serah menarik sliding door wadrobe yang di tunjukkan oleh Jai. Dia terlopong melihat koleksi pakaian Jai.
YOU ARE READING
SORROW
قصص عامةRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...