31

35 3 0
                                    

Mark berpeluk tubuh sambil memerhatikan Stella serta orang yang mengaku sebagai anak kandung Don Gavin itu. Nampak bukan macam orang tempatan.

Susuk tubuhnya tinggi, berkulit putih, rambutnya merah keperangan. Entahlah. Susah betul hendak mempercayai apa yang diakui oleh lelaki itu. Nama pun Drake Ivanshov, asal Russia ke apa?

"Apa yang kau fikirkan?" Jai menghampiri Mark.

"Drake Ivanshov inilah. Datang entah dari mana lepas tu sesuka hati dia mengaku sebagai anak kandung Don Gavin. Maunya aku tak berfikir panjang. Susah nak percaya."

"Aku tak hairan kalau dia mengaku dia tu anak mendiang. Kau kan tahu, mendiang tu tinggalkan banyak harta, lambat laun mesti ada orang yang akan menuntut harta tu."

"Aku pening la. Pasal duit pun orang hendak berbunuhan. Yang sekarang ini pula, entah apa maunya. Kau percaya ke dia ni datang nak berjumpa dengan Rhea saja?"

"Fikiran orang, kita tidak boleh baca Mark. Siapa tahu dia ikhlas hendak bertemu dengan adik-beradik dia tu."

Mark menggeleng lagi.

"Kau cakaplah apa pun, aku tetap curiga dengan dia ni. Kenapa dia tidak datang semasa Conrad dan Rhea masih hidup. Mustahil dia tidak tahu tentang perkara buruk tu. Entah la Jai. Lepas apa yang terjadi, susah betul aku nak percaya orang baru ni."

"Aku faham. Jadi, apa kita nak buat sekarang ni?"

"Nak buat macam mana lagi? Dia tidak akan dapat apa-apa pun di sini. Conrad dah mati. Rhea pun sama. Asset peninggalan Don Gavin pula dah dibahagikan mengikut wasiat Rhea. Aku tak nak simpan lelaki ni di rumah aku, okay?"

Jai mengangguk laju. Mark menghembuskan asap rokok ke udara.

"Mark?" Stella memanggil dengan suara yang lemak merdu.

Mark tidak menyahut. Dia sekadar mengangkat kepala ke arah ibunya itu. Stella menggeleng kecil melihat ulah Mark. Mahu tidak mahu, dia terpaksa berdiri mendapatkan Mark.

"Mark, he need our help."

"Here we go. Ma, lets me talk before you taking this too far. First, I don't know him. Second, I don't trust him. Third, I have nothing to do with him. Kalau dia nak duit, kita bagi dia. Kalau dia nak jumpa adik-adik you, kita bawa dia pergi ke kubur. But, if he want to stay here, don't ask me. Oh one more thing, keep this away from Emma."

Stella ternganga. Jai mendiamkan diri di tempatnya.

"But he is staying here, with his girlfriend."

"Oh yeah? What do he doing here? Makan angin? Kerja?"

"Dia kerja la. Dia cakap dia datang ke sini pun lepas betul-betul yakin yang kami, tidak akan menghantar dia ke jail."

"Jail my ass. If he have a place to stay, okay fine. But, ask him to not bother us anymore. Because last time, when too many people get involved into our life, adik-adik you berakhir mati."

"Mark I know, okay. I will never forget what happen to our family. But can we at least make friend with him?"

Mark merengus kencang.

"Ma, Aubrey masih hilang you dah nak buat kawan di sini sana? I mean, what is wrong with you? Semudah itu you terima orang masuk dalam kehidupan you?"

"Mark its not like that. Okay, if its true that he is my brother, well Don Gavin's son, what will we do? Dia boleh buat aduan kan?"

"I don't think so. He have nothing to sue us. Nanti, kalau dia terniat nak buat begitu, I will make sure, this time, I will kill him first."

"Mark!" Stella mengeluh panjang.

"Apa yang perlu saya lakukan Jai?"

"Aku tak nak masuk campur dalam urusan keluarga kamu, Stella. Tapi saya bersetuju dengan Mark. Malang tidak berbau, betul tak?"

"Tapi macam mana kalau dia tu betul anak papa?"

"Well, we bring this to the court."

Stella tercungap-cungap mencari alasan. Mark dan Jai sama-sama sudah meninggalkannya. Drake dipandang sekilas. Masalah betul la.

* * *

Aditiya dan Karmila mendengar dengan penuh sabar tentang apa yang sedang dikatakan oleh Jai. Ada seorang lelaki bernama Drake Ivanshov mengaku sebagai anak kandung mendiang Don Gavin.

"Mama nak jumpa dengan orang ini."

"Ma, no. Kita tidak tahu apa tujuan dia."

"Betul tu. Kalau tujuan dia sekadar hendak bertemu dengan anak-anak mendiang Don Gavin, well he got nothing. Begitu juga dengan asset peninggalan Don Gavin. I will not giving even a penny to him. Rhea was through everything hard before. Papa tidak akan berkompromi dalam hal ini. Jika perlu, papa akan bawa perkara ini kepada peguam."

Karmila mendiamkan diri.

"Should we tell her about this?"

"No. Not yet. But we will tell her everything. Hujung bulan ni mereka akan datang, kan? We wait until that time."

"Fine."

Ketukan pada pintu membuatkan perbincangan itu habis di situ sahaja. Raj, abang sulung Jai melangkah masuk dengan raut wajahnya yang muram.

"Kenapa ni?" Karmila segera bertanya. Sebagai seorang ibu, dia tahu anak bujangnya itu sedang berdepan dengan masalah.

"Ma, its about me and Heidi."

"Ya, mama tahu. Kenapa lagi? What is happen this time?"

"Saya nak lamar dia, ma. Tapi saya risau sekiranya dia tolak. Maklumlah, dia tu belum puas mengejar cita-citanya."

Aditiya dan Jai berpandangan.

"You will never know until you try, Raj. Apa kata malam ni you pergi bawa dia dinner. Bagi je cincin yang you dah beli tu, tak usah berbunga-bunga sangat. Korang kenal pun bukannya sebulan dua. Dah nak masuk tiga tahun."

"I know, ma. Jai, can you help me with this?"

"I want to, but I am sorry. Saya kena uruskan sesuatu, soal Heidi tu, abang jangan la tertekan sangat. Kalau kena rejek pun, abang tak kan rugi apa-apa. Betul tak ma?"

"Budak ni, tak membantu langsung. Jangan dengar cakap dia. Dia tu bercinta pun tak tahu."

Raj mengukir senyuman.

"I know ma, but he is with Serah, kan? Bila kau nak bawa dia jumpa kitaorang?"

Jai mengerutkan kening apabila Serah dibawa masuk ke dalam perbualan mereka.

"Soon. Kau akan jumpa dia tak lama lagi."

"Whoa.. so, kau mengaku la yang kau ni taken?"

Jai mengerling ayahnya dengan ekor mata. Selepas itu dia mengangguk perlahan.

Raj melebarkan senyuman.

"I know it. Kita buat majlis sama-sama, macam mana? What do you think mama?"

"Amboi, berangan. Kau pergi lamar kekasih kau tu dulu, baru fikir pasal nak buat majlis. Pasal adik kau ni, tahulah apa mama nak buat."

"Nanti, you know the girl ma?"

"I know her, and I love her."

Raj ternganga. Dia pasti dia salah dengar sebab selama ini, dia tidak pernah mendengar Karmila mengaku sukakan kawan-kawan mereka. Walaupun hanya sekadar kawan biasa.

"Really? She must be so special. Sampai mama pun sukakan dia. Nampaknya saya dah ketinggalan banyak ni. I will do my best, and you my brother, I promise you, my girl is the best than yours."

"Yeah.. yeah.. I will let you win."

Raj tertawa hambar. Manakala Jai sudah berkira-kira hendak mengatur skrip, tentang apa yang harus dikatakannya kepada Serah selepas ini.

Walaupun dia akui gadis itu sudah mendapat tempat yang istimewa di dalam hatinya, masih banyak benda yang perlu dia selesaikan.

SORROWWhere stories live. Discover now