Stella termundar mandir di ruang tamu rumah besar itu. Kehilangan Rhea di saat-saat akhir sebelum majlis pertunanganya dengan Mic bukan saja membuatkan dia menanggung malu, tapi bakal berdepan dengan situasi yang lebih buruk lagi.
Fred dan Becca tidak mampu berkata apa-apa kerana mereka tahu kedudukan mereka seperti apa.
Telefonnya berdering menerima panggilan dari balai polis.
"Hello tuan inspektor, bagaimana? Dapat tak pihak tuan mengesan lokasi Rhea mengikut GPS tu?"
"Khabar baik, Puan Stella. Kami sudah dapat mengesan lokasi Cik Rhea dan kami telah pun menghantar unit kami ke sana. Kami berharap pihak puan dapat bersabar dan tidak melakukan apa-apa yang mengganggu usaha pihak polis."
"Saya faham tuan. Saya berharap tuan dapat menghubungi saya sekiranya tuan berjaya menemui Rhea. Tolonglah tuan, selamatkan adik saya."
"Itu sudah pasti puan. Saya akan hubungi puan nanti."
Stella terduduk di atas sofa. Emosi dan fikirannya bercampur aduk. Yang pastinya dia amat risaukan Rhea. Kalau sampai Rhea mati, habislah peluangnya untuk mendapatkan harta kekayaan adik tirinya itu.
"Elle, polis cakap apa?"
Mic bertanya setelah beberapa minit berlalu.
"Mereka dah dapat kesan lokasi terakhir Rhea. Mereka dah pun hantar pasukan penyelamat ke sana."
"Syukurlah." Becca berbisik perlahan.
Emma yang mendengar dari pintu masuk ke dapur segera berlalu sebaik saja mendengar berita itu.
Rhea akan selamat. Itu sudah pasti.
* * *
Lembah maut
Rhea tersedar dari pengsannya apabila rintik-rintik hujan mula berguguran dari langit. Dia membuka matanya perlahan-lahan.
Aku tak mati! Aku masih hidup!
Dia merasa lega untuk hal yang satu itu, namun di mana dia sekarang ini dan bagaimana keadaannya membuatkan dia diserbu rasa cemas.
Brak! Rhea terkejut. Dia meraba-raba di dalam kegelapan dan hanya menyentuh benda berbentuk bulat dan kasar.
Brak! Sekali lagi bunyi itu menghentikan pergerakannya.
Okay. Rhea mula menyedari bahawa dia terjatuh ke atas sebatang pokok dan pokok itu pula bakal patah akibat menampung berat badannya. Dia cuba menggapai ke sana sini namun tiada apa yang mampu dijangkaunya.
Bbbrraakkk...!!
Rhea melayang jatuh sekali lagi dan kali ini dia terjatuh betul-betul di atas sebuah pondok buruk.
Gedebuk! Rhea terbatuk. Sakit pada seluruh anggota tubuh badannya tidak dapat digambarkan lagi. Belum sempat dia berbuat apa-apa, sepasang kaki berdiri betul-betul di hadapan kepalanya.
Rhea mengangkat muka.
Sepucuk pistol diacukan tepat di dahinya sambil lelaki berpakaian hitam itu mengisyaratkan agar dia berdiri. Rhea berusaha sedaya upaya untuk berdiri sambil memandang persekitarannya.
Terdapat empat orang lagi yang berpakaian hitam seperti lelaki di hadapannya ini dan oh... ada seseorang yang terikat di kerusi dan ditempatkan di sudut ruang tersebut. Seorang lelaki bersut hitam, seperti orang kenamaan penampilannya.
"Siapa kau? Bagaimana kau boleh ada di sini?" Lelaki itu tadi bertanya sambil mengarahkannya agar berjalan ke arah orang yang diikatkan di kerusi itu. Tumpuan Rhea terhadap lelaki itu terganggu.

YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...