26

42 3 0
                                    

"Puan, Cristoper Jai Seth dan pembantunya ada di sini."

Stella mengangkat muka. Lotus segera membantunya untuk berdiri.

"Di mana dia?"

"Dia baru sampai puan."

"Okay. Sediakan tempat duduk untuk dia."

"Baik puan."

Stella menggagahkan diri untuk menyambut tetamu penting itu walaupun jelas sekali dia amat tertekan dengan apa yang sedang berlaku. Jai sebenarnya diundang untuk menghadiri majlis pertunangan Rhea dan Mic, tapi sekarang ini malah berlaku perkara yang sebaliknya.

"Jai."

"Hello, Stella. Takziah untuk awak dan keluarga awak."

"Terima kasih, Jai. Maaf sebab sepatutnya bukan di suasana seperti ini kita bertemu."

"Ajal dan maut di tangan Tuhan, Stella. Saya hendak melihat..."

"Oh sure. Silakan." Jai menoleh sekilas ke arah Serah a.k.a Rhea, yang berperanan sebagai pembantunya. Mereka melangkah perlahan-lahan menghampiri keranda.

"I had plan everything for her, but now she left me. I dah kehilangan semua orang yang I sayang di dunia ini, Jai."

"Bersabarlah, Stella. Semua ini akan berlalu. Marilah duduk sebentar. Saya tak dapat menemai awak sampai akhir upacara, sebab saya perlu balik ke India malam ini."

"Its fine. Terima kasih sebab sudi datang."

Jai mengangguk kecil. Dia dan Serah dibawa duduk di barisan paling hadapan membuatkan Serah terpaksa kurang bergerak. Stella nampaknya langsung tiada semangat untuk bercerita. Dia hanya mendiamkan diri selepas bersandar di kerusinya.

"Cik? Maafkan saya, tapi boleh tolong ambilkan sapu tangan itu tak? Ia kepunyaan anak saya."

Serah mengangguk kecil kemudian menoleh. Emma? Hampir saja dia menyebut nama rakan kesayangannya itu, mujur saja Jai menyedari tingkah lakunya yang sumbang.

"Ini dia puan."

"Terima kasih, cik. Mari Leah."

Serah memandang Emma dan Leah sehingga Jai menepuk lembut ke bahunya.

"Kenapa? Kau kenal dengan mereka tu?"

"Nanti aku cerita. Sekarang, boleh tak kita pergi dari sini, atau kita tunggu di luar?"

"Okay. Mari. Err.. Stella, saya nak jawab panggilan di luar. Maafkan kami."

"Tak apa."

Serah mendahului Jai menuju ke luar gereja. Jika berlama-lamaan di situ, takut nanti dia terlepas cakap. Tambahan lagi apabila melihat keadaa  Stella yang kononnya sangat berduka itu, perasaannya malah mula menjadi berang.

Serah membawa langkahnya sehingga mereka sampai di kawasan perkuburan yang terletak seratus meter dari kawasan gereja.

Terdapat ramai orang dan wartawan sudah sedia menunggu di kawasan itu. Serah tersenyum kecil melihat situasi itu.

"Bukan main meriah lagi upacara pengebumian kau."

"Kan? Aku tak faham la dengan orang-orang ni semua."

"Orang kenamaan macam tu la. Lepas ni mesti Stella tak senang duduk asyik diganggu wartawan."

"Kenapa pula kau cakap macam tu?"

"Kisah hidup Rhea Gavin ni merupakan kisah hidup seorang anak orang kaya yang tragis, okay. Kes berprofile tinggi. Dari semasa hidup sampai dah mati, semuanya bagaikan tiada yang bahagia untuk dia. Orang suka ambil tahu kisah-kisah macam ni. Nak dibuat buku la. Filem la."

SORROWTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang