25

45 5 0
                                    


Stella bagaikan hendak pitam mendengar kesimpulan siasatan selama lima hari dari pihak polis. Sebuah fail laporan lengkap dari makmal hospital turut dibentangkan. Sementara barang-barang yang ditemukan bersama-sama dengan mayat turut dipamerkan di hadapan Stella.

"Puan bolehlah memeriksa semua barang-barang ini sekiranya puan mahu."

Stella menggagahkan diri untuk berdiri dan menghampiri meja yang berada di tengah-tengah ruang itu.

Dia tersedu apabila melihat cincin pusaka Adrianna yang sudah diberikannya kepada Rhea.

"Cincin itu ialah cincin pusaka ibu tiri saya, Adrianna. Saya sendiri yang telah memberikannya kepada Rhea sehari sebelum majlis pertunangannya. Gelang kaki itu pula, hadiah pemberian Conrad sempena hari jadi Rhea yang ke 18 tahun. Dan baju itu, baju yang dipakai oleh Rhea pada hari tersebut. Saya kenal semua barang-barang ini, tuan inspektor. Tapi, bagaimana kalau berlaku kesilapan? Maksud saya, bagaimana kalau dia dirompak dan.. dan.. mayat yang ditemui itu bukan dia? Tolonglah inspektor, adik saya tidak mungkin sudah mati."

"Maafkan kami Puan Stella. Selain barang-barang ini, kami telah menjalankan beberapa ujian ke atas mayat yang telah ditemui itu. Sampel rambut dan peluru yang tertanam di kaki kanan mayat, memberikan kami hasil keputusan DNA yang sepadan dengan adik puan. Manusia boleh menipu puan, tapi ujian seperti ini tidak akan berbohong."

Stella terduduk di atas kerusi. Oh Tuhan.. benarkah Rhea sudah mati?

"Di mana mayat itu tuan, boleh saya tengok?"

"Sudah tentu. Tapi saya berikan amaran, keadaan mayat tidak lagi sempurna. Sebahagian anggota badan mayat telah hilang dan hancur. Kami percaya binatang buas telah menjumpai mayat sebelum kami tiba ke lokasi kejadian."

"Apa maksudnya tuan inspektor? Bahagian apa yang telah hilang?"

Para pegawai polis itu berpandangan sesama mereka.

"Cakaplah." Stella mula hilang kesabaran.

"Bahagian muka dan separuh bahagian badan mangsa."

"Oh my god!"

Stella meraung semahu-mahunya. Kenapa Rhea menerima nasib seperti itu?

"Puan masih mahu melihat keadaan mayat?"

"Tak.. tak sanggup rasanya. Uruskan penghantaran jenazah ke rumah saya."

"Baik puan."

"Satu lagi tuan inspektor. Saya mahu siasatan terhadap kematian adik saya ditutup selepas pengebumiannya selesai."

"Tapi kita perlu menangkap pesalah yang bertanggungjawab ke atas perkara ini, puan."

"Itu saya tidak kisah. Asalkan nama adik saya tidak dihebahkan. Saya tidak mahu sebarang gambar atau butiran mengenai adik saya tersiar di dalam akhbar."

"Kami faham, puan."

"Terima kasih banyak-banyak tuan inspektor."

Stella hampir-hampir tidak berdaya untuk melangkah. Semangatnya langsung hilang selepas menerima khabar kematian Rhea yang tragis sekali.

Ruben menutup pintu kereta. Dia membiarkan Stella menangis tersedu-sedu.
Lagipula dia tidak punya modal untuk memujuk wanita itu. Biarlah dia melayan kedukaannya.

* * *

Sebaik sahaja Stella sampai di Kristal Mansion, Mark dan Bre meluru ke arahnya bertanyakan keputusan siasatan kes kehilangan Rhea.

"She is dead." Mark dan Bre kaku seketika.

"Ma, ini bukan masa yang sesuai untuk berlawak, okay?"

"I dah tak ada tenaga untuk berjenaka, Mark. Rhea... dia.. dah mati. Pasukan penyelamat dah jumpa mayat dia, mereka dah bentangkan keputusan tu pada I tadi. She is really dead."

SORROWWhere stories live. Discover now