54

47 3 0
                                    

Alia mansion

"I told you, she have something with Heidi from the beginning." Octavia separuh bertempik separuh teruja selepas mendengar pengakuan Heidi. Serah menepuk dahi.

"Vya, you are overreacting." Serah menarik lengan Octavia supaya kekal duduk di tempatnya.

Ira, Jhon dan Anna kelihatan serba salah dan keliru dalam masa yang sama. Mereka memandang Heidi dan Serah bersilih ganti.

"Ira, tiada apa yang akan berlaku. Heidi datang hendak berjumpa dengan kamu sebab hendak mejelaskan keadaan. Dengarlah apa yang dia nak cakap."

Ira mengangguk. Heidi mengukir senyuman. Dia mengambil tempat di sebelah Ira dan menggengam jari-jemari wanita itu.

"Ira, saya tidak akan membawa Serah pergi bersama-sama dengan saya. Cuma, saya ada satu permintaan."

"Cakaplah."

"Saya hendak keizinan dari awak dan suami awak untuk berjumpa dengan Serah pada bila-bila masa saja pada masa akan datang. Boleh?"

Ira tidak dapat menjawab pertanyaan Heidi. Dia mendakap Heidi sambil mengangguk laju.

"Sudah tentu la boleh. Bagaimana saya boleh menghalang kemahuan awak untuk berjumpa dengan dia? Walaupun.. walaupun awak nak bawa dia dari keluarga kami, saya.. saya akan benarkan. After all, she is your daughter."

Heidi menggeleng perlahan.

"No. She is our daughter." Tambahnya.

Ira berlinangan air mata. Hatinya luluh mengenangkan situasi Serah dan Heidi.



"Untungnya kau." Anna menyiku Serah.

"Kau cemburu ya?" Serah berbisik.

"Tak ada maknanya aku nak cemburu. Tapi aku tak sangka betul Heidi tu mak kau. Dia tu model terkenal tau. Cantik. Kaya."

"Kau ni.. tiada benda lain kau nak jadikan bahan untuk menggambarkan seseorang tu. Asyik asyik kaya. Kaya. Kaya."

"Sebab betul dia kaya. Tapi betul ke tak apa kau tak nak tinggal dengan dia?"

Serah tidak menjawab. Ira dan Heidi dipandang dari kejauhan. Kedua-dua wanita itu amat penting buatnya. Mana mungkin dia mahu memilih salah seorang daripada mereka.

"Kau fikir apa tu?"

"Tak ada apa. Aku cuma tak dapat bayangkan kalau aku tak bertemu dengan mama kita. Entah bagaimana kehidupan aku sekarang. Dan Heidi pula, reunite with her was my biggest dream. So, kau jangan nak pandai-pandai suruh aku memilih, ya. Aku sayangkan kedua-duanya."

Anna tersenyum lebar.

"Aku pun sayangkan kau. Kau kan kakak aku? Jangan la tinggalkan kami, okay?"

"Aku tak akan pergi mana-mana la." Anna memeluk Serah.

"I love you Shea."

"I love you more, Anna." Anna mengeratkan pelukannya pada Serah.

"But she is mine." Jai tiba-tiba mencelah dari belakang mereka. Octavia menepuk bahu adiknya itu.

"Killjoy!" Katanya. Jai tertawa mengejek. Dia meraih lengan Serah.

"I am sorry Anna, but your sister will be with me forever. She love me more than anything in this world."

Serah tertawa.

"Of course I love you. I love you all. You are my life. And this little lady is my baby sister. You all are my world."

SORROWWhere stories live. Discover now