9

39 2 0
                                    

Stella terpaksa memegang watak kakak yang baik dan menerima undangan Rhea untuk bersarapan bersama sebelum penerbangan Conrad ke India.

Dia menyumpah seranah sepanjang perjalanan kerana terpaksa menunda perjumpaannya dengan Mic.

Setibanya di restoran yang dijanjikan, Stella tertoleh-toleh mencari kelibat adik-adik tirinya itu.

"Kak! Stella, sini." Rhea berseru sambil melambai kearahnya. Stella merengus kencang sambil mengatur langkah laju-laju mendapatkan Conrad dan Rhea.

"Kau ni, boleh tak buat temujanji awal sikit? Nasib baik aku tak ada meeting pagi ni, kalau tak mesti lewat."

Stella membebel sebaik saja duduk di kerusinya. Conrad tersenyum-senyum mendengar leteran Stella. Manakala Rhea masih bergayut manja di lengan kakaknya itu.

"Haa.. ada apa? Kamu dah jumpa calon suami? Calon isteri? Tak menyempat."

"Stella, relax. Kita cuma nak makan sama-sama, kan? Conrad kan nak pergi lima hari ke India, nanti rindu."

"Ye ye saja kau ni. Dia bukannya tak balik langsung. Susah sangat kau pergi sajalah dengan dia."

"Sudahlah tu, orang pandanglah. Makanan dah sampai, cepat makan."

Stella merengus kencang.

"Sorrylah Elle. Kita kan jarang sangat keluar bersama, sekali-sekala tak salah kan?"

"Yelah, kau menang. Ni, kau jangan lupa apa yang aku pesan. Sampaikan salam aku kepada Encik Seth." Conrad terangguk-angguk mendengar pesanan Stella.

"Belikan aku sari, boleh?" Rhea mencelah.

Conrad dan Stella berpandangan kemudian ketawa geli hati.

"Laa.. apa yang kelakarnya?"

"Sari kau boleh beli di Pasar India dik."

"Laa.. tapi aku nak juga."

"Tak ada apa. Yelah, nanti aku belikan iya? Hmm... okaylah semua, masa dah tamat. Sejam lagi flight aku nak berlepas. Aku minta diri dulu la ya ladies."

"Laa.. cepatnya. Tunggulah kita keluar sama-sama."

Conrad terpaksa beralah. Selepas membayar bil, mereka bertiga keluar beriringan dari restoran tersebut menuju ke tempat letak kereta.

"Kalau dah sampai, call tau." Stella berpesan.

"Jangan lupa cari bakal isteri." Rhea tertawa dengan pesanannya.

"Orait. Aku gerak dulu. Bye."

Rhea memerhatikan kereta yang dinaiki oleh Conrad hingga kereta itu hilang dari pandangan.

"Kau ni dah kenapa?" Stella bertanya, merasa pelik dengan kelakuan Rhea.

"Sedih la pula. Tak seronoklah macam ni, Conrad tak ada. Aku tak ada moodlah nak bekerja. Stella, jom kita jalan-jalan makan angin hari ni. Tak payah ke ofis, please?"

"Budak ni, kau ingat kau boss senang ceritalah, ya? Kalau pelanggan kau lari, kerugian kau siapa yang tanggung?"

"Laa.. sehari je pun. Tak seronoklah kau ni."

"Semalam kan kau dah bersiar-siar dengan Conrad. Kalau kau nak, kau pergilah sorang. Aku ada mesyuarat penting petang nanti. Tak boleh cancel."

"Ye ke? Kalau macam tu, tak apalah. Kau hantar aku ke pejabat, okay?"

"Kereta kau mana?"

"Tertinggal di rumah Conrad."

"Banyak songeh la kau ni. Masuklah, jangan lupa suruh pemandu kau ambil kereta tu, karang kau nak ke mana-mana payah."

SORROWWhere stories live. Discover now