DON'T DISTURB.
Jai menutup pintu bilik suite miliknya. Serah terkagum dengan hiasan dalaman suite mewah bertaraf tujuh bintang itu.
"So, boleh cakap di sini tak top secret kau tu?"
Serah mengukir senyuman. Sweaternya ditanggalkan, kemudian beg mekapnya diselongkar. Sebuah uncang kecil dikeluarkan dan dibawa di hadapan Jai.
"Apa ni?"
"Ini gambar mak kandung aku. Conrad yang berikan kepada aku sebelum dia mati."
"Oh.. jadi apa kena mengena gambar ni dengan Heidi?"
"Bagi sini fon kau. Kau tengok sendiri benda yang sikit nak buat kepala aku pecah tadi tu."
Jai tidak bercakap banyak. Gambar Heidi dipaparkan di skrin telefonnya manakala Serah meletakkan gambar Samira Lavine di sisi telefon Jai.
"Kan.. betul aku cakap. Ini.. Jai, ini yang aku maksudkan."
"Okay.. point kau apa? Mak kau dan Heidi ni adik beradik atau ada hubungan persaudaraan?"
Serah terdiam.
"Itu aku tak fikir lagi. Cuma bila aku tengok je gambar Heidi tadi, ingatan aku terus ke gambar ini la. Samira Lavine. Kau rasa apa sebenarnya yang berlaku?"
"Aku tak pakar dalam bermain teka-teki ni. Aku terbiasa bermain logik. Senang cerita, kita minta bantuan Tristan."
"Bantuan serupa apa?"
"Nak dapatkan DNA Samira Lavine rasanya tak usah. Tapi Heidi Fernandez ni, kita kena buat sesuatu kalau kita mahu perkara ini berhenti menganggu kepala otak kita. Apa kau kata?"
"Kau nak dapatkan sample dari Heidi? Tapi macam mana?"
"Senang. Majlis pertunangan ini akan membuatkan kerja kita menjadi sungguh mudah. Tapi, nampaknya kita terpaksa bermain dengan risiko."
"Aku suka risiko."
"Ya.. aku tahu. Aku cuma berharap kita tidak berkahwin di dalam jail."
Ha ha ha
"Shea, aku serius."
"Aku tahu. Aku pun tak nak kahwin dalam jail. Tapi nak buat benda ni, payah Jai. Kita perlukan bantuan."
"Mestilah kita perlukan bantuan. Mak bapa kau dan mak bapa aku perlu tahu tentang hal ini."
"Err... pasal Drake?"
"Pasal Drake mama dan papa aku dah tahu. Pasal Heidi dan Samira ini belum. Aku harap betul tak jadi benda lain, kalau setakat Heidi dan Samira berakhir sebagai adik beradik, tak apalah. Masih boleh diterima agaknya, kau berbiras dengan mak cik kau, kan?"
"Janggal sikit rasanya. Tapi, kalau betul pun, aku rasa tak perlu la kita hebohkan perkara ni, betul tak? Lagi pun, aku bukan lagi yang dulu tu, ingat?"
"Betul juga. Apa-apa pun, aku nak call mama dan papa. Suruh dia orang datang ke sini."
"Aku pun nak call mama dan papa. Tapi, tak kan nak meeting dalam ni?"
"Tentulah tidak Serah sayang oii.. bilik dalam hotel ni kan banyak? Kita book la satu, senang cerita."
"Good. Kau send alamat dekat dia orang ya, aku nak mandi kejap."
"Sure baby, sure."
Serah tertawa kuat bila Jai memanggilnya baby. Nampak sangat tidak ikhlas.
* * *
Adit memberi isyarat berhenti di tepi jalan. Manakala Jhon terpaksa ikut sama berhenti.
"Ada apa?"
YOU ARE READING
SORROW
General FictionRhea dan Jai bertemu dalam situasi yang agak luar biasa. Pertemuan mereka juga telah merungkai rahsia demi rahsia yang terpendam selama ini. Angkara sifat tamak dan cemburu buta, Rhea dan Jai diburu oleh musuh yang tidak bernama. Seringkali mereka b...