BAB 3 (a) : Hati terluka

1.4K 84 2
                                    

"AWAL Haz balik hari ni." Tegur Datin Izzah sebaik melihat kelibat anaknya melangkah masuk ke dalam rumah. Biasanya lewat malam baru Hazrain pulang. Televisyen yang terbuka terus ditutup.

           "Baru habis jumpa klien. Tu terus balik." Disalam tangan mamanya.

"Mama ingat Haz sakit sebab tu balik awal. Alang-alang dah balik jom kita minum petang sekali. Lama mama tak minum petang dengan Haz."

           "Haz penat. Nak rehat." Tolak Hazrain lembut lalu membuka langkah untuk naik ke bilik. Malas dia mahu minum petang sebab dia tahu pasti papa akan turut serta. Apabila teringat akan papa, marahnya kembali muncul.

"Hazrain Datuk Hanafi!" Panggil Datin Izzah tegas menyebabkan langkah kaki Hazrain terhenti. Terus dia menuju ke arah anaknya. "Sampai bila Haz nak macam ni? Jadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Mama boleh terima kalau Haz tak suka papa, tapi Haz tak patut buat mama macam ni. Mama rasa Haz makin jauh dengan mama. Cukuplah Haz benci ayah kandung Haz sendiri. Takkan mama yang lahirkan Haz pun Haz benci." 

"Ma, ni bukan masa nak berleter."

"Mama nak Haz sedar. Cukuplah selama ni Haz hidup dalam dunia sendiri. Langsung tak peduli orang sekeliling. Takkan Haz nak hidup macam ni untuk lima tahun lagi?"

"I'm happy with my life."

"Sudah-sudahlah hidup dalam kebencian. Nanti Haz juga yang rugi. Hidup Haz tak akan berubah kalau Haz sendiri tak berubah. Haz control hidup Haz. Haz boleh gembira jika Haz nak." Nasihat Datin Izzah apabila Hazrain diam. Sikap anaknya masih belum berubah walaupun kejadian itu sudah lama berlaku. "Tolong jangan benci mama macam Haz benci papa. Maafkan papa. Itu bukan salah dia."

           Pantas Hazrain memandang wajah Datin Izzah. Pantang dalam hidupnya mendengar kata maaf. Perkataan itu sudah tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. "Haz tak pernah benci mama. Sebab mama, Haz kat sini. Kalau tak, dah lama Haz pergi." Usai berkata terus dia melangkah tanpa mempedulikan perasaan mamanya.

           Bukan mahu jadi anak derhaka tapi dia belum bersedia untuk merubah cara hidup. Kenangan lalu masih menghantui segenap sisi dirinya. Sekelip mata dia berubah menjadi sombong, pemarah dan tidak mempedulikan perasaan orang lain. Semuanya kerana tragedi itu.

Datuk Hanafi yang berdiri di pintu dapur hanya mengeleng kepala. Ayah mana tidak sedih apabila diri dibenci oleh anak sendiri. Tapi dia terima, cuma hatinya ralat apabila isterinya yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Kesian wanita itu yang terlalu rindu Hazrain yang dulu. Kenapa hati anaknya sangat keras?

Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now