"ASTAGHFIRULLAHLAHAZIM." Wajah diraup sebaik terjaga daripada tidur. Jasmin mengurut dadanya yang masih turun naik dan berkali-kali mengucap. Lega apabila menyedari yang dia hanya bermimpi. Melihat baju kerja yang masih tersarung di tubuh buat dia mengeluh. Inilah padah berehat sambil baring. Akhirnya dia terlajak tidur.
Jam dipandang. Sudah pukul 2.20 pagi. Rasa mengantuknya hilang serta merta sebaik mendapat mimpi ngeri itu. Mimpi itu buatkan dia teringat apa yang terjadi bulan lepas. Bagaimana dia mahu bangkit kalau mimpi itu masih menghantuinya?
Tangan mula mengusap pipi. Masih terasa sakit tatkala dirinya ditampar seperti binatang. Jasmin bangun lalu mencapai tuala. Dia tidak mahu ingat peristiwa hitam itu lagi. Cukuplah peristiwa itu bermain-main dalam ingatannya selama ini. Dia masih trauma.
Langkah kaki terhenti apabila ternampak sesuatu di atas meja solek. Kad warna putih itu dicapai. Sudah beberapa minggu kad itu berada di situ tanpa disentuh. "Datuk Hanafi bin Hassan." Bibir mula membaca nama yang tertera.
"AYU, kenapa letak kereta jauh sangat? Lain kali carilah yang dekat-dekat. Penatlah jalan macam ni." Rungut Jasmin sambil membimbit beg plastik di tangan. Sesekali tangannya mengesat peluh di dahi. Pukul 11.00 pagi panasnya macam 1.00 tengahari. Kawan serumahnya dijeling.
"Nak buat macam mana. Semua parking dah penuh. Kat sana je kosong. Aku park jelah." Mahu saja dia sumbat tisu ke dalam mulut Jasmin. Daripada tadi asyik merungut. Tahu sangat kawannya tidak puas hati apabila dia memaksa keluar ke supermarket untuk membeli barang dapur.
"Memang mu..." Terhenti bicara Jasmin apabila bahunya dilanggar kuat oleh seorang lelaki. Habis jatuh beg plastik yang dipegang.
"Kau buta ke? Mata letak mana? Main langgar je."
Terkejut bukan kepalang Jasmin apabila ditengking sebegitu. Dia menarik nafas dalam. Beg plastik yang jatuh segera dikutip. "Saya rasa encik yang buta sebab encik langgar saya. Bukan saya yang langgar encik. Oh, mungkin encik tak nampak, maklumlah cermin mata yang encik pakai itu gelap sangat."
Ayu yang melihat Jasmin membalas kata-kata lelaki itu membeliakkan mata. Cari masalah betul Jasmin ni!
"What???" Pantas saja tangan lelaki itu membuka cermin mata hitam yang dipakai. Direnung tajam gadis yang memakai baju kurung di tengah cuaca panas.
Jasmin hanya buat tak tahu. Pandangan tajam lelaki itu tidak dihiraukan. Buat apa nak takut. Bukan dia yang salah. Sempat matanya memandang wajah garang lelaki itu. Macam pernah dia lihat wajah itu, tapi di mana?
"Kenapa ni, Haz?" Tegur seorang gadis yang baru sampai. Tercungap-cungap nafasnya ketika itu. "Kenapa awak lari macam tu je? Saya tak habis beli barang lagi ni."
"Kau jangan ikut aku boleh, tak? Nak beli barang, belilah sendiri. Kalau aku tak ada kau tak boleh beli ke?"
Jasmin mengelengkan kepala. Sah, lelaki ini kurang ajar. Bukan dengan dia saja kena marah, tapi tanpa segan silu lelaki itu menengking gadis yang menegurnya. Dari kaca matanya nampak mereka seperti saling kenal.
"Perempuan semua sama. Suka mengusahkan hidup aku."
Tersentap Jasmin apabila jari lelaki yang dipanggil Haz menuding tepat ke arah wajahnya. Bulat mata akibat terkejut. Aikkk, lelaki ni betul ke tidak? Wah, ni dah lebih ni.
"Encik abang, cakap baik-baik ya. Bila saya mengusahkan awak? Kenal pun tak. Eh, dia lari macam tu je? Kurang ajar!" Bentak Jasmin tidak puas hati. Bukan mahu minta maaf tapi dijelingnya tajam ibarat dia ada hutang. Kalau tidak mengenangkan Ayu yang memaut lengannya, sudah dia kejar lelaki itu. Berani betul cari pasal dengan kaum hawa di tempat yang terbuka.
"Walaupun saya tak tahu apa yang abang saya dah buat pada cik, tapi saya bagi pihak dia nak minta maaf. Mungkin dia tak sengaja." Lembut bicara gadis itu.
Jasmin hanya mengangguk lalu melangkah pergi. Hatinya masih lagi sakit dengan sikap sombong lelaki itu. Malu dia pada orang awam yang melihat.
Jangan lupa vote⭐️
YOU ARE READING
🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸
RomanceDulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Bar...