BAB 4 (a) : Panasss

1.3K 74 0
                                    

"NI yang aku nak marah ni." Ujar Jasmin sendirian lalu menutup kembali pintu Myvinya. Manusia manalah yang melakukan double parking. Cermin kereta Honda HR-V dipandang. Kosong. Panas pula hatinya.

Menyusahkan orang betul pemilik kereta ni. Ikutkan hati mahu saja dia tendang tayar kereta tu. Tak ada akal betul!

"Sabarlah wahai Jasmin, manusia tak semua baik macam kau." Pujuk hatinya sendiri. Disebabkan sabarnya masih ada, dia boleh lagi menunggu dalam lima minit. Kalau dalam masa itu, pemandu berkenan belum muncul tahulah apa yang akan dibuat.

Tidak jadi dia melangkah  masuk apabila memandang kereta HR-V itu buat kali kedua. Kereta ini buatkan dia teringat akan seseorang. Tapi mustahillah mereka kembali berjumpa. Ramai saja rakyat Malaysia menggunakan kereta jenis ini.

          Sabar manusia ada batas. Sedikit-sedikit kesabaran yang ada mula menipis. Mana taknya hampir 20 minit menunggu, kelibat pemilik kereta ini tidak muncul-muncul. 

"Tuan kau ni mana? Aku dah lambat nak balik pejabat. Nanti bos aku bising." Geram punya pasal tayar kereta HR-V itu ditendang. Melihat seorang lelaki yang muncul lalu dengan selamba meloloskan diri masuk ke dalam kereta buat matanya terbeliak. 

"Kurang ajar!" Laju langkah Jasmin ke tempat pemandu. Cermin tingkap diketuk  kuat. Kalau pecah lagi dia suka. Memang tak ada adab betul pemandu kereta ni. Bukannya nak minta maaf. Kenapalah kat Malaysia wujud lagi manusia macam ni? "Bukak tingkap ni!"

             "Yes, any problem?" Ujar pemandu itu dengan sombong.

          "Kau ni tak reti bahasa ke? Kalau nak buat double parking pun tinggallah nombor telefon. Ni tak memang menyusahkan orang betul!" Terus Jasmin menghamburkan marahnya tanpa melihat wajah pemandu yang tidak beradap itu.

"Lagi?"

Keluhan berat terbit apabila mendengar soalan yang bolah dikatakan sengaja minta penampar. Melihat lelaki yang bertanya, Jasmin ketawa sinis. "Kau lagi." 

Kalau lelaki ini memang tak hairanlah. Dia ni memang tak ada adap. Kalau dengan ayah sendiri boleh kurang ajar apatah lagi dengan orang luar.

"Kau nak apa ni? Cakaplah cepat!"

"Dah tahu salah, minta maaflah. Kau ingat aku ni mak guard kena jaga kereta tak habis bayar kau ni?" Dia boleh terima kalau Hazrain meminta maaf kerana melakukan double parking. Tapi apa yang dia tidak boleh terima apabila lelaki itu dengan muka sardinnya langsung tidak meminta maaf. Bukannya dia minta duit, dia cuma mahu dengar kata maaf kerana telah menyebabkan dia tertunggu-tunggu.

"Kau yang patut minta maaf sebab tendang tayar kereta aku." Balas Hazrain selamba lalu mengenakan cermin mata hitamnya.

         Jasmin terdiam. Tidak tahu untuk balas apa. Lelaki macam ni marah pun tak guna. "Orang sombong macam kau memang susah nak minta maaf. Berlagak, pentingkan diri sendiri. Macam diri tu bagus sangat. Pael macam budak tak habis sekolah! Kalau aku jadi mak bapak kau, dah menyesal aku bela kau!"

Habis berkata terus Jasmin meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Lega hati dapat menghamburkan segala kemarahan. Pintu kereta ditutup dengan kuat. Biarlah tercabut sekalipun. Kerana seorang lelaki, moodnya hilang. Nanti kalau sampai pejabat pasti telinganya akan mendengar bebelan Tuan Thomas kerana masuk lambat.

Cermin pandang belakang dipandang apabila HR-V Hazrain masih tidak bergerak. Ini mesti kes terkejut kena sound dengannya. Baru kau rasa. Itu baru sikit. Siapa suruh cari pasal dengan Jasmin Fallina.

Hon ditekan kuat untuk menyedarkan Hazrain. Tindakannya  berjaya menarik perhatian orang awam. Marahnya sudah tidak dapat dikawal. Dua kali lelaki itu buat salah, dua kali itu juga tidak minta maaf. 

Moga-moga dia tidak akan berjumpa lagi dengan Hazrain sombong itu. Setiap kali berjumpa pasti darahnya akan mendidih. Panasss...

Jangan lupa vote⭐️

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now