BAB 13 (a) : Sisi Lain Si Sombong

778 54 3
                                    

LANGKAH kaki Jasmin terhenti sebaik anak matanya terpandang Hazrain yang duduk di sofa sambil memeluk kanak-kanak lelaki. Mata dikecilkan. Tak mungkin dia salah lihat. Memang lelaki yang berbaju melayu hitam itu Hazrain.

         Siapa kanak-kanak yang dipeluk lelaki itu? Anak itu kelihatan manja dengan Hazrain. Melihat hubungan mesra mereka, hatinya tiba-tiba cair. Hazrain yang bersongkok buat wajah itu nampak bersih dan suci. Hatinya tiba-tiba jadi tenang memandang wajah itu.

         Bagaimana seorang lelaki yang hatinya keras dan sombong mampu berlembut dengan kanak-kanak? Melihat sesuatu yang tak terduga, pantas Jasmin mengosok matanya. Hazrain ketawa? Betulkah apa yang dilihat?

         Inilah kali pertama dia lihat Hazrain ketawa. Terkejut! Takkan Hazrain suka kanak-kanak? Saat itu baru Jasmin sedar yang dia masih belum layak menilai diri lelaki itu. Makin lama makin sukar untuk dia tafsir sikap sebenar Hazrain yang dianggap sombong.

         "Min, pergilah naik atas. Nanti kita semua solat kat ruang tamu."

         Kehadiran Datin Zaida buat lamunan Jasmin terbang. Bakul berisi surah Yassin disambut. "Auntie, budak yang dengan Hazrain tu siapa?"

          "Itu Noah. Cucu sulung auntie. Haz tu sayang sangat dengan Noah. Anak buah sulung katakan."

           Jasmin angguk tanda faham. Matanya masih ralit memandang dua insan yang sedang bergelak tawa itu. Galak sekali Hazrain mengusik Noah. Susah betul untuk dia percaya apa yang dilihat. Betul ke itu Hazrain?

           Langkah diatur naik ke atas. Lupa yang Ayu sudah menunggu. Telekung disarung lalu dia duduk. Kata Datin Zaida seramai 40 orang dijemput.

             "Min, tengok bakal iman kau. Sejuk pula hati aku tengok."

              "Kau ni agak-agaklah," tegur Jasmin namun matanya tetap dihalakan ke tangga. Seorang lelaki baru saja melangkah naik. Nampak berbeza Hazrain malam ini. Mungkin kerana ini kali pertama dia melihat lelaki itu memakai songkok. Elok saja Hazrain bersalaman dengan tetamu. Dia tidak rasa itu lakonan semata-mata ingin menjaga air muka keluarga.

             Jantung mula berdetak kencang. Tidak dinafikan dia suka melihat Hazrain yang ada di depan mata. Sangat berbeza perangai dengan Hazrain yang dikenali sebelum ini. Hazrain ini nampak tenang dan baik.

Jangan lupa tekan vote  ⭐️ & tambah cerita ni dalam playlist reading anda🥳 Terima kasih sudi baca🤩😘

🌸PENGGANTI CINTA DIA🌸  Where stories live. Discover now